Selasa, 29 Januari 2013

PK1 HARGAI GURU TUISYEN SEKOLAH UNTUK KELAS 2012

 PK1 menyampaikan sumbangan perhargaan kepada Cikgu Salamiah
Pn Maslizawati antara guru yang mengajar Tusyen Sekolah 2012 lalu

Sepanjang tahun 2012 yang lalu,Unit Kurikulum telah mengadakan Kelas Tuisyen Sekolah melibatkan matapelajaran teras untuk murid tahun 4,5 dan 6.Kelas Tuisyen yang dirancang oleh Unit kurikulum dibawah kepimpinan Pn Asmarani bt Abdullah,GPK1 sekolah ini adalah merupakan usaha murni pihak sekolah untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap apa yang dipelajari semasa sesi persekolahan biasa.

Pada 29 Januari 2013,Selasa,bertempat di bilik guru,Unit Kurikulum Sekolah telah menghargai kerjabuat guru-guru Tuisyen Sekolah yang mana sedikit sumbangan ikhlas disediakan.PK1 Pn Asmarani bt Abdullah telah mengambil inisiatif untuk menghargai kerjabuat murni guru-guru terlibat dalam menjayakan Tusyen Sekolah tahun 2012.

Penulis sempat merakamkan detik perhargaan ini .Penghargaan ini membuktikan kerjabuat guru sentiasa diberi perhatian oleh pihak pengurusan sekolah.Semoga tahun 2013 ini,kejayaan pasti akan lebih cemerlang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.