Sabtu, 28 Februari 2015

Majlis Solat Hajat Perdana Siri 1




Pengujian LCD Panasonic

Dua orang kakitangan Prodata telah hadir ke SK RKT ST untuk membuat pengujian LCD Panasonic yang baru diterima. Pengagihan terpaksa ditunda kerana terlibat dengan banjir.





Edaran Yess ID Kepada Murid.




Pelaksanaan BK 2015.

Jadual perjalanan BK bagi tahun 2015.

Hari Ini Dalam Sejarah.

SK RKT ST telah melakar sejarah yang tersendiri apabila dipilih sebagai tempat untuk menyerahkan Bantuan Pasca Banjir 2015. Sumbangan pasca banjir telah disempurnakan oleh isteri Perdana Menteri Datin  Paduka Seri Rosmah Binti Mansor.Terima kasih.

















Merentas Desa Peringkat Daerah 2015

Dua orang murid dari SK RKT ST telah berjaya mendapat tempat ke-8 dan ke-11 dalam pertandingan merentas desa tersebut. Tahniah diucapkan.

Pemenang tempat ke -11 , Mohd Afiq Hakimi menerima medal daripada Guru Besar`


 Pemenang tempat ke -8 , Mohd Alif Hakiemi menerima medal daripada Guru Besar`


Mesyuarat Kokurikulum Kali Pertama 2015

Unit Kokurukulum telah menjalankan mesyuarat perjumpaan kali pertama. Semuanya telah berjalan dengan lancar. Terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan.

 Ustazah Wan Suryani sedang membuat catatan undian.


Saya sokong...



Persatuan Puteri Islam.


Unimap Hadir Bersih Makmal Komputer.

Seramai 40 mahasiswa dan mahasiswi , Universiti Malaysia Pahang  datang ke SK RKT ST  untuk tujuan amal. Mereka datang untuk membersihkan makmal komputer . Selepas seharian berada di sini,mereka telah berjaya membersihkan makmal komputer. Sekali lagi pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih.



Program Kaunseling Mangsa Banjir Di RKT

Gabungan Guru Kaunseling Daerah Kemaman dan Dungun telah hadir ke SK RKT Seberang Tayor untuk memberi kaunseling kepada murid yang terlibat dengan kejadian banjir. Tujuan program diadakan untuk memulihkan semangat  serta memberi keyakinan kepada murid. Bagi pihak sekolah,saya mengucapkan ribuan terima kasih.








Jumaat, 27 Februari 2015

Solat Hajat 2015

Solat hajat diadakan untuk memohon kepada ALLAH SWT supaya mempermudah segala urusan supaya berjalan dengan lancar dan memohon pertolonganNya agar dijauhkan sebarang musibah. Amin.





Mesyuarat JKS Kali Pertama






Persediaan Awal Tahun 2015.

Selepas berhempas-pulas membersihkan kawasan sekolah . Guru- guru pula sibuk membuat persediaan awal tahun dengan menyusun buku untuk diberikan kepada murid.

Ustaz Zulkifli bersama -sama Cikgu Noorazita dan Cikgu Norazwa.

Semua sudah selesai. 

Hari Pertama Persekolahan 2015




Khamis, 26 Februari 2015

Sumbangan BAKED Kepada Isteri Arwah Cikgu Mohd Zaik Bin Mohd Yusof

Badan Kebajikan Warga Pendidikan Terengganu telah menyampaikan sumbangan kepada isteri arwah Cikgu Mohd Zaik Bin Mohd Yusof. Sumbangan telah disampaikan oleh Timbalan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman, Tuan Haji Rahman Bin Kadir kepada isteri arwah Haniza Binti Basir. Semoga dengan sumbangan yang diberikan dapat meringankan tanggungjawab isteri Allahyarham.



...sambungan Lawatan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.







SK RKT ST Menerima Lawatan Daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia , Datuk Dr Khair Bin Mohamad Yusof telah hadir ke SK RKT ST untuk meninjau kawasan sekolah selepas di landa banjir. Beliau telah diiringi oleh Guru Besar , Encik Mohd Rozi Bin Hamid  untuk meninjau seluruh kawasan sekolah.




Terima kasih

Sukarelawan  Pemuda dan Puteri UMNO Cawangan Besut hadir ke SK RKT SEBERANG TAYOR untuk membersihkan kawasan sekolah. Tidak lupa juga kepada Pihak Majlis Daerah Besut dan Majlis Perbandaran  Kemaman yang membekalkan lori tangki.




Sambutan Hari Jadi Murid.