Rabu, 22 April 2015

Bahang Perkhemahan Kian Terasa

Persediaan praperkhemahan semakin terasa di SK RKT ST. 








Pencerapan Latihan Mengajar PPG Kohort 2 Bermula.

Bermula semester 2 2014/2015 , Peserta PPG KOHORT 2 akan menjalani praktikum. Guru yang mengikuti program ini akan  dicerap oleh pensyarah masing-masing. Bagi guru dari SK RKT ST iaitu Syed Amran Bin Tuan Padan dan Mohammad Zaki Bin Ramli telah dicerap oleh PM DR. Ahmad Zaidi dari Universiti Utara Malaysia.





Selasa, 21 April 2015

Wajah Ceria Guru RKT







Jamuan Perpisahan.

Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah SK RKT Seberang Tayor telah mengadakan majlis perpisahan untuk  mantan Guru Besar  SK RKT ST iaitu  Encik Norazmi Bin Muda. Majlis dilangsungkan dengan jamuan makan tengah hari di Restoran Paya Bakau Tinggi. Ribuan terima kasih kerana sudi hadir. Jasamu Dikenang.





Mantan Guru Besar  RKT Encik Norazmi Bin Muda


Encik Mohd Rozi Bin Hamid






Khamis, 16 April 2015

Chempaka Nur Ariesha Johan Bercerita Tahap 2.

Pertandingan Ko Akademik Bahasa Melayu Peringkat PKG Cheneh telah berlangsung pada 14 April 2015. SK Cheneh Baru 2 telah menjadi tuan rumah. SK RKT ST telah menghantar 2 orang peserta bercerita bagi tahap 1 dan tahap 2. Wakil dari SK RKT ST , Chempaka Nur Ariesha Binti Juhari telah menjadi Johan Bercerita Tahap 2. Manakala , Hanis Hardiana dari Tahun 2 Bestari sebagai pelapis dan pendedahan awal. Tahniah diucapkan.







Program Motivasi Kecemerlangan UPSR 2015

Program Kecemerlangan UPSR SK RKT ST  diteruskan dengan menjemput Encik Zakaria Bin Tahir Guru Kaunselor dari SK Kampung Tengah  untuk memberi ceramah motivasi kepada murid tahun 6. Semoga semua murid tahun 6 akan menunjukkan potensi diri yang sebenar dan berusaha untuk mencapai kecemerlangan.










Sambutan Hari Jadi Murid.