Isnin, 19 Julai 2010

SOLAT HAJAT UPSR 2010

Bapa ,guru dan murid yang hadir
Imam membaca doa
Sama-sama berdoa
Kaum ibu dan murid serta guru
Membaca surah Yaasin
Kusyuk membaca surah Yaasin
Tuan Guru Besar memberi ucapan
Menanti untuk jamuan makan
Menjamu selera


Pada 18 Julai Ahad malam Isnin,Seramai 60 orang ibubapa ,guru dan murid telah hadir bagi menjayakan Program Solat hajat UPSR 2010.Majlis yang diadakan diimamkan oleh Tn Hj Ustaz Salahuddin Hj Ramli dari Pejabat Agama Daerah Kemaman.

Antara tentatif program ialah Solat maghrib berjemaah,Bacaan yaasin,Tazkirah,Solat Isyak dan solat hajat.Majlis yang bermula jam 715 mlm berakhir jam 10.00 malam dengan tetamu dan murid dihidangkan dengan jamuan nasi minyak.

PROGRAM MOTIVASI UPSR GANDA USAHA 2

Tuan Guru Besar menyampaiakan cenderahati kepada Tuan Fasilitator
Menyampaikan ceramah
Pn Rohana mempengerusikan majlis
Tuan Hj Mohd Zor dan Pn Asmarani berbual
Menyampaikan input kepada murid


pada 18 Julai 2010,Ahad jam 900 pagi,Unit HEM SKRKTST telah mengadakan Program Motivasi Ganda usaha 2 di Dewan SKRKTST yang disampaikan oleh Tuan Hj Hashim,seorang fasilitator yang sentiasa memberi bimbingan untuk memajukan diri peserta.


Majlis yang diadakan adalah bertujuan untuk memberi tip-tip berguna untuk dijadikan panduan bagi memastikan murid-murid berjaya dalam UPSR.Seramai 37 orang murid telah bersama dalam majlis tersebut.Turut hadir ialah Tuan Guru Besar,PK1 dan PK HEM.Majlis dipengerusikan oleh Pn Rohana Hassan,Setiausaha peperiksaan UPSR 2010 tamat pada jam 11.00 pagi.

Khamis, 15 Julai 2010

MAKAN PULUT DURIAN BERSANTAN

Santan dan pulut yang sudah masak.
Candid......siapa ini?

Guru Bsar SK.Sberang Tayor kebetulan hadir......


PK 1,Pengusaha Kantin GB bersama GB ST



Pada 15 Julai 2010,Khamis jam 1030 pagi,Majlis tidak rasmi,makan pulut durian bersantan yang mana Tuan Guru Besar telah sponser durian bersama dengan Cikgu Syed Amran.Hampir 100 biji durian telah dicekoh dan makan pada hari tersebut oleh semua warga sekolah ini seramai hampir 30 orang.

Majlis makan pulut durian secara tidak rasmi ini diadakan di dalam bilik pengawas.Guru dan kakitangan boleh makan bila-bila masa sahaja waktu free masing dari pukul 10.30 pagi sampailah waktu balik.
Santan durian dan buburnya pula dimasak oleh pekerja sekolah.









Ahad, 11 Julai 2010

Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan OTI, NILAM dan Pengawas.
















Pada hari Anad, 11 Julai 2010 majlis penyampaian hadiah bagi tiga program telah diadakan dalam perhimpunan mingguan. Dimulai dengan penyampaian hadiah NILAM, pengawas terbaik bulanan dan hadiah kecemerlangan OTI 2. Penyampaian hadiah dilakukan oleh PK1 dan PK HEM. Semoga program itu menjadi motivasi dan penjana semangat pelajar untuk sentiasa berusaha menempa kecemerlangan dalam segala bidang. Tahniah kepada yang berjaya dan cuba lagi kepada yang belum berjaya.






Isnin, 5 Julai 2010

PEPERIKSAAN PRA PERCUBAAN UPSR 2010

Tekun menjawab soalan
Bersedia menjawab soalan
Guru memberi penerangan
Suasana dalam kelas
Murid UPSR 2010
Menghadapi peperiksaan pra percubaan

Pada 4 Julai 2010,murid sekolah ini bersama semua murid di seluruh Negeri Terengganu menghadapi peperiksaan Pra Percubaan UPSR bagi tahun 6.Peperiksaan yang berlangsung selama 3 hari ini hanya melibatkan murid tahun 6 sahaja.

MAJLIS PENYERAHAN EBOOK OLEH YAB MB



Shah dan Syed agih makanan

Ustaz Shah rancak bertugas
Murid gembira dengan ebook masing-masing
Terima kasih MB......
MB menyampaikan Ebook
Guru Besar bergambar bersama MB
Ibu yang mengiringi murid
Terima ebook
Siapa mak Chik ini.....
Murid bersama ibubapa

Ketibaan YAB MB

PPD dan YB Adun
Tetamu VIP yang hadir
YAB MB baru tiba
Bertugas jaga nasi keeee...
Kenangan.....
Suasana dalam dewan

Sabar menanti

Pada 4 Julai 2010,Ahad bermula jam 800 pagi,seramai 35 orang murid dari sekolah ini terlibat dengan majlis penerimaan ebook yang disampaikan oleh YAB Dato Menteri Besar Terengganu.

Majlis yang diadakan di Dewan Gemilang SMK Ayer Puteh itu turut disertai oleh 505 orang murid dari PKG Cheneh.Murid dari SKRKT Seberang Tayor turut mendapat rahmat dari sumbangan yang dihulur oleh Kerajaan Negeri Terengganu .Turut bertugas memastikan murid dari sekolah ini berada di dalam keadaan bersedia dengan program yang diatur ialah Cikgu Syed Amran,Cikgu Mat Zaik,En.Lotfi dan Ustaz Mohd Shahriza.Tuan Guru Besar,En.Hamzah Ahmad turut hadir meraikan kehadiran YAB MB.

Khamis, 1 Julai 2010

MAJLIS TANDANGAN BUKU PKBS

Cikgu Rohaya melayani ibubapa murid tahun 1
Cikgu Zainon bersama ibubapa murid

Cikgu Azlin memberi penerangan


Cikgu Rohana bersama bapa murid



Cikgu Marfazilia memberi penerangan



Cikgu Noorazita bersama ibu murid



Menunggu giliran



Pn Engku Zawiah bersama ibu murid


Pada 1 Julai 2010 Khamis bermula jam 1145 pagi,sekolah ini telah mengadakan Hari Menandatangi Buku PKBS yang mana ibubapa dijemput hadir untuk menandatangani buku serta berbincang dengan guru berkaitan dengan prestasi anak-anak dalam pembelajaran.





























Sambutan Hari Jadi Murid.