Rabu, 27 Julai 2011

MENGINDAHKAN SUASANA SEKOLAH






Pada 26 Julai 2011 Selasa, berpandukan kepada Pertandingan Kebersihan dan Keindahan sekolah yang bermula I Ogos 2011 telah mencetuskan idea dan prasarana baru.Unit Hem di bawah Pn Asmarani Abdullah memulakan langkah menambah beberapa buah kerusi bulat dan pokok bunga bagi menampakkan keceriaan sekolah ini.Sebanyak 4 set kerusi simenfero bulat telah diletakkan di laluan rehat murid iaitu di bawah pokok di hadapan blog A.

Selain kerusi tersebut,pokok bunga juga turut diletakkan di hadapan pintu pagar sekolah bagi menampakkan keceriaan .Pokok bunga dan pasu bunga ini merupakan sumbangan PK HEM sendiri.

Selasa, 26 Julai 2011

GUANE FC ....MAIN OKAY DAH....NASIB TIADA

Pasukan Guane Fc dan MGK Sk Pusat



Pada 26 Julai 11,Se;asa....Guane FC telah bertandang e Padang SK Pusat untuk mengadakan perlawanan persahabatan engan MGK SK Pusat.Pasukan Guane FC bertuah juga hari ini kerana turut berada di padang ialah Guru Besar Sk Pusat sendiri iaitu En Omar Deraman.

Turut ada bersama ialah Cikgu Rahim ,PK Ko Sk Pusat,Ckgu Mahzar,Cikgu Khairi,Cikgu Mat Yee,Cikgu Mat Sarfiza.Itu beberapa nama yang boleh disebut.Manakala Guane Fc menurunkan semua pemainnya kecuali Cikgu Syed.Antara pemain Guane FC ialah Cikgu Zaik,Cikgu Abanglong Fadil,Cikgu Zaki,Ustaz Zem,Uztaz Zul,Ustaz Fakrul,EIO Lotpi ,EIO Hadi dan Deli.

Gol pembukaan MGK Pusat disumbat oleh Cikgu Mat Sarfiza di minit ke 3,manakala gol permulaan Guane FC disubat oleh Lotpi di minit ke 13.Dalam perlawanan yang bermula jam 555 ptg dan berakhir jam 7.00 ptg ini,Guane FC menyumbat 4 gol dan MGK SK Pusat menyumbat 7 gol.
Waalaupun tewas,namun Guane FC rasa happy sangat kerana ini adalah perlawanan penutup sebelum Ramadhan tiba.


GUANE FC KENA LAGI


Pada malam ini,25 Julai 2011,Team Futsal Guane FC bertemu dengan team jiran sekampung iaitu Stone 14 FC.Perlawanan yang diatur oleh Abanglong Fadzil bermula jam 915 malam.

Dalam perlawanan ini,Team GUane FC telah menggunakan khidmat Gol Keeper baru iaitu Hadi Ebook.Hebat jugok....banyok buah yang dia dapat selamatkan.Keeper asal team Guane FC tak dapat turun disebabkan urusan yang tidak boleh dielakkan.

Kelewatan penyerang berbisa Abanglong Syed @ Joe Jambo kerana membeli air mineral menyebabkan malam ini dia tiada dalam gambar.Perlawanan malam ini memang rancak sehingga ke masa penamat iaitu jam 1030 malam.Keputusannya ialah 13 Guane FC dan 13 Stone 14 FC.Disebabkan seri,penjaga gelanggang telah menambah masa dan akhirnya Stone 14 Fc berjaya menyumbat gol kemenangan.

Guane FC akan berehat sebulan semasa bulan Ramadhan kerana semua pemain telah diarah oleh Pengurus Adikda LotPi ke masjid untuk solat tarawikh.

Ahad, 24 Julai 2011

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2011

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2011
Murid sedang mengfhadapi ujian


Suasana sunyi....


Pelajar,Syarifah...tekun menjawab soalan



Pada 24 Julai 2011,Ahad,seramai 37 orang murid tahun 6 di sekolah ini telah menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR 2011.Peperiksaan yang bermula jam 8.00 pagi teah diselia perjalanannya oleh Tuan Guru Besar.Tuan Guru Besar juga turut memberi panduan dan nasihat yang berguna untuk murid menghadapi ujian yang dijalankan.Selain itu,PK1,turut memberi kata-kata semangat kepada murid agar bersungguh menjawab solalan ujian yang diberikan.

Khamis, 21 Julai 2011

LAWATAN UJIAN PBS UPSR BAHASA INGGERIS

Pn Azlin sedang menguji kefahaman murid


Pada 21 Julai 2011,Khamis,10 orang murid tahun 6 sekolah ini telah menjalani Ujain PBS UPSR bagi Subjek bahasa Inggeris.Ujian Lisan ini adalah untuk menguji kefahaman murid dalam lisan yang mana pemilihan murid pula dilakukan mengikut beberapa peringkat kebolehan.Di bawah pengelolaan Cikgu Pn Sabariah Daud,murid ini telah menjalani pengujian PBS Lisan bahasa Inggeris di Perpustakaan Sekolah yanag mana ianya diuji oleh Cikgu Pn Azlin dari SK Cheneh Baru.Ujian bermula jam 845 pagi dan berakhir jam 10.30 pagi.

Rabu, 20 Julai 2011

CUTI HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN TERENGGANU

SELAMAT BERCUTI UNTUK SEMUA WARGA SKRKTST
HARI INI RABU 20 JULAI 2011
20-07-2011 HARI KEPUTERAAN KEBAWAH D.Y.M.M. SULTAN TERENGGANU

Selasa, 19 Julai 2011

SOLAT HAJAT UPSR 2011

Murid yang hadir
Ustaz Zul jadi pengerusi

Kalangan guru dan bapa

Bersedia untuk Solat Hajat

Guru Besar menyampaikan ucapan



Pada 19 Julai 2011,Selasa malam Rabu,Uniut Kurikulum bersama Panitia agama Islam telah mengadakan Solat hajat Perdana Untuk UPSR yang melibatkan murid tahun 5 dan tahun 6.Dianggarkan seramai 150 orang kalangan ibubapa telah hadir bersama guru dan murid.



Majlis dipengerusikan oleh Ustaz Zulkifli bin Ibrahim.Turut hadir ialah Tuan Guru besar,En.Kamarudzaman bin Hashim,Pengerusi PIBG En Yusof bin mat Ali,PK 1 dan Pk HEM.Majlis solat hajat diimamkan oleh Ustaz dari Sk Cukai.Majlis yang bermula dengan solat maghrib berjemaah pada jam 725 malam diikuti dengan solat hajat,bacaan yassin dan ucapan Guru Besar serta tazkirah.



Tetamu dan ibubapa yang hadir kemudiannya dihidangkan dengan jamuan nasi minyak.majlis berakhir jam 945 malam.

GUANE FC BERENTAP HEBAT DENGAN MGK SK SERI IMAN

Guane FC dan MGK Sri Iman
Pemain Guane GC


Sri Iman dan Guane FC.....


Perlawan sedang rancak


Pada 18 Julai 2011,Isnin malam Selasa,GUANE FC sekali lagi berentap di Padang FUTSAL Binjai dengan rakan-rakan guru dari kelab MGK SK Sri Iman.Pertemuam yang diatur oleh AbangLong Fadzil melalui temujanji dengan Cikgu Zaizol menjadi kenyataan apabila tepat jam 9.15 malam kedua-dua pasukan ini mula memulakan sepakmula.{Berapa banyak mula daaa....}



Dalam pertemuan yang hangit dan hangat ini,GUANE FC telah menunjukkan persembahan yang begitu konsisten dengan permainan yang cepat dan hantaran yang tepat...namun GUANE FC akur jua dengan ketentuan ALLAH yang mana GUANE FC telah berjaya menjaringfkan 11 gol manakala Sri Iman pula 13 gol.Antara pemain Sri Iman yang penulis tahu ialah Cikgu Rosdi dan Cikgu Yusri ada bersama.


Pemain-pemain GUANE FC telah bermain dengan baik dengan tendangan tepat ke arah gol namun kelincahan penjaga gol Sri Iman tidak membenarkan 2 gol lagi untuk GUANE FC seri dengan Sri Iman.Namun pada malam ini,Kapten GUANE FC iaitu Ahamad Lotpi telah "mentereneng" rakan sendiri iaitu Hadi yang menyebabkan pemain ini senok perut.



Diberitakan juga,pemain lincah berkasut Nike Cikgu Syed juga sudah beransur sembuh dari sakit dada kanan,manakala pemain Abanglong Fadzil tetap dengan strateginya,merembat dengan kuat dari jauh.Pemain bek iaitu Zem masih konsisten dengan gaya gelecik yang lincah dan Ustaz fakrul dengan corak pertahanan yang stedy tetapi meyakinkan.Pemain paling veteran iaitu Cikgu Zaik hanya mampu menyumbat 1 gol sahaja dan mensia-siakan 1 peluang apabila bola yang di"kosing" kepada Lotpi gagal dirembat oleh Lotpi,manakala gol keeper Cikgu Zaki pula menyalahkan sarung tangannya yang sudah tidak ada "power ultraman" lagi untuk memegang bola dengan kemas.Namun perlawanan yang berhagra RM50.00 ini amat menghiburkan.

Ahad, 17 Julai 2011

MURID UPSR 2011






















Pada 14 Julai 2011,sesi fotografi untuk murid yang mengambil UPSR 2011 telah diadakan.Seramai 37 orang murid tahun 6 terlibat dalam sesi fotografi ini.Ianya terdiri dari 17 murid dari kelas 6AR dan 20 orang dari kelas 6AK.



Murid ini diharap akan membawa kejayaan yang gemilang buat sekolah ini pada tahun 2011 bagi mempertahankan kredebeliti yang telah ditunjukkan oleh murid UPSR 2010.InsyaAllah,berkat usaha gigih para guru dan ketekunan murid,kita sama-sama berdoa agar UPSR tahun ini tetap menggambarkan kegemilangan sekolah ini.

Khamis, 14 Julai 2011

JURUTEKNIK TM MEMERIKSA INTERNET MAKMAL

Encik Din dan En Ariffin sedang membuat pemeriksaan rauter

Pada 14 Julai 2011,dua orang juruteknik dari TM telah hadir ke Makmal komputer sekolah untuk membuat pemeriksaan ke atas rauter yang menyebabkan pengaksehan internet di makmal terlalu perlahan.

En.Din dan En.Ariffin {berbaju gelap} dari TM telah membuat pengujian ke atas rauter dan buat masa ini digantikan rauter.Turut ada bersama ialah EIO Lotpi dan Cikgu Zaik.Pencapaian perlahan ini mungkin disebabkan oleh gangguan switch atau gangguan kabel memandangkan melalui pemeriksaan spedometer,internet mencapai kelajuan yang baik.

Walaubagaimanapun,beliau akan datang lagi bagi melihat perkembangan semula selepas ianya dibaiki .


GOTONG ROYONG BASMI DENGGI

Cikgu Azlin memproses semak dekat kebun pisang
Membuang perabot tak berguna
Cikgu Noorazita menyapu tuuuuu...bukan Poco-poco
Apa yang Ustazah Nab sedihkan....surau cantikkkkk
Ustaz Zem ajak murid cari lipas kee..cari nyamuk
PK Hem bersama pekerja membersihkan kawasan belakang bangunan
Cikgu Rohaya bersama muridnya di kawasan surau
Bersama memecahkan almari.......
Perhimpunan 1Malaysia...Ustaz Shah
GB bersama mengecat bahagian pintu pagar

Pada 14 Julai 2011 Khamis,sekolah ini di bawah kelolaan PK Hem Pn Asmarani Abdullah,telah mengadakan Program Gotong Royong membersihkan kawasan bagi kempen pembasmian Nyamuk Aedis.Program yang bermula jam 8.00 pagi telah dijayakan oleh semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6 sereta melibatkan Pentadbir,guru-guru ,pekerja dan pengawal keselamatan sekolah.

Antara kerja yang dilakukan ialah membersihkan kawasan padang sekolah,membakar perabot yang tidak digunakan,membuang sampah dan membersihkan kawasan surau,mengecat bahagian pintu masuk sekolah dan memunggah perabot di bahagian atas bangunan.

Selesai program tersebut,murid disediakan minuman air mineral manakala guru disediakan jamuan minum pagi iaitu nasi lemak dan air tembikai serta karipap.Majlis berakhir jam 1045 dan kelas dijalan seperti biasa selepas itu.

Rabu, 13 Julai 2011

SKRKTST DAPAT SUMBANGAN LAPTOP DARI DIGI

Surat Rasmi penyerahan Laptop kepada SKRKTST
Pusat DIGI di Pasir Gajah
Cikgu Zaik menerima sumbangan tersebut

Pada 13 Julai 2011,Rabu,DIGI pusat Jalur Lebar di Pasir Gajah telah bermurah hati menyumbangkan dua buah Laptop HP kepada sekolah ini sebagai sumbangan sempena majlis pembukaan Pusat Jalur Lebar DIGI di Pasir Gajah.

Majlis ringkas penyerahan itu dilakukan oleh Pegawai DIGI dan penerimaan Laptop tersebut untuk SKRKTST diterima oleh guru ICT SKRKTST iaitu Cikgu Mat Zaik bin Mohd Yusof di Pusat DIGI Jalur Lebar Pasir Gajah.

Sekolah lain yang turut menerima sumbangan Laptop ini ialah Sk Pasir Gajah yang diterima sendiri leh Pn Guru Besarnya dan Sk Seberang Tayor yang diterima oleh Pn Norhayati Ngah,PK HEM.SKRKTST menyucapkan berbanyak terima kasih kepada DIGI Jalur Lebar Pasir Gajah atas sumbangan yang besar ertinya.

USTAZ ZUL SAH JADI PEMAIN GUANE FC

Ustaz Zul sungguh happy dapat jersey no5...jangan kawin sampai 5 udah leee
Pengurus dan Timbalan pengurus serah jersey
No 5.....milik Ustaz Zulkifli Ibrahim @ Taz Zul

Pada 13 Julai 2011,Ustaz Zul yang baru sebulan berpindah ke SKRKTST telah SAH menjadi pemain Team Futsal GUANE FC demngan memakai jersey no 5.Majlis penyerahan jersey no5 disempurnakan leh Pengurus Pasukan Guane Fc iaitu En.Ahamad Lotfi bin A. Rashid dengan ditemani oleh Timbalan Pengurus iaitu Cikgu Mohamad Zaki Ramli.

Dengan penyerahan jersi ini yang dibuat di kantin sekolah,maka pemain GUANE FC telah cukup 10 orang sebagaimana sepatutnya.Ustaz Zul yang kali pertama bermain untuk GUANE FC semasa bermain menentang sekolah lamanya iaitu SK Sri Bandi2,telah menunjukkan corak pemain yang kukuh,bergaya dan stabil.Selamat membayar Yuran diucapkan kepada Ustaz Zul iaitu RM10 sebulan dan RM10 untuk jersey no5 itu.

Sambutan Hari Jadi Murid.