Ahad, 26 Julai 2009

kelaS MALam STF

Guru menggunakan ICT semasa mengajar
Mohd Amirul Afiq menumpukan perhatian
Cikgu Mat Zaik sedang mengajar
Belajar dalam makmal amat menyeronokkan
Murid tahun 6 semasa kelas STF

Kelas malam merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan bagi murid SKRKTST.Dengan adanya kelas malam samada kelas malam SBT,Kelas malam STF atau kelas tambahan biasa,murid tahun 4,5,6 diberi peluang menikmati suasana belajar pada waktu malam.Inilah antara aktiviti yang menghidupkan pembelajaran di sekolah ini atas inisiatif guru dan pihak pentadbir.





Kursus Teknik Menjawab UPSR Bahasa Inggeris

Penyampai Pn.Sabariah sedang berbincang dengan Cikgu Azlin
Murid tahun 6 yang terlibat
Pn.Azlin bersedia untuk program
Pada 26 Julai 2009,Ahad,jam 2.00 petang,Panitia Bahasa Inggeris bersama JK UPSR telah mengadakan Program Teknik Menjawab Bahasa Inggeris UPSR.Ianya disampaikan oleh Pn.Azlin dari SK.Cheneh.Hadir sama ialah Pn.Azlin Yahaya adan Pn.Sabariah Daud.



PasukAn HOKi Jadi JOhan Karnival Hoki Kemaman

Murid berjaya menerima Medal dari Guru Besar
Guru semasa perhimpunan

Guru sedang memberi tumpuan ucapan semasa perhimpunan
Murid Berhimpunan
25 Julai 2009,Sabtu,Sekolah ini telah dinobatkan sebagai juara karnival hoki Daerah Kemaman mengalahkan SK Cukai.Atas bimbingan Cikgu Fadzil dan Cikgu Syed Amran,kejayaan ini amat membanggakan sekolah ini.Dalam perhimpunan pagi 26 Julai 2009,pagi Ahad,Guru Besar,En.Hamzah Ahmad telah menyampaikan medal kepada pemain hoki yang mengharumkan nama sekolah ini.Unit Kokurikulum di bawah PK Ko iaitu Pn Asmarani Abdullah mengucapkan tahniah!!!!!

Jumaat, 24 Julai 2009

MAJlis PENUtuP Kempen BBBK

Cikgu Zaik memberi tumpuan ucapan yang disampaikan
A ntara guru yang hadir..Ana,Mafa,Lia dan Nab
Cikgu Zatipah,Zainon dan Aya....
Cikgu Shah dan Fadzil...bergaya sakan
Murid memberi perhatian
Cikgu Syed,Cwan an Ustaz Zamli di belakang kelas
Murid ang hadir
Kak As,Kak Ros,Tn Hj Zor memberi perhatian ucapan Guru Besar

Lagi guru kita
Pada Khamis 16 Julai 2009 jam 1215 tgh,sekolah ini telah mengadakan penutupan kempen Budi Bahasa Budaya Kita {BBBK} yang mana ucapan penutupnya disampaikan oleh Tuan Guru Besar,En,Hamzah Ahmad.Majlis dipengerusikan oleh Ustazah Nafisah Ismail.





Khamis, 23 Julai 2009

MOtiVasi Mata PelajarAn Sains UPsR 2009

Cikgu Ishak Idris,menyampaikan taklimat menggunakan laptop.
Murid tekun mendengar

Murid lelaki bersedia mengambil nota

Penceramah menyampaikan taklimatnya.

Suasana dalam kelas tahun 6

Murid yang terlibat dalam program tersebut.



Pada 23 Julai 2009,Khamis jam 8.30 pagi,Unit Kokurikulum di bawah pengurusan PK1, Pn.Rosemariah Kamaruddin bersama JK UPSR telah mengadakan Program Motivasi meningkatkan pengetahuan menjawab soalan matapelajaran Sains untuk murid UPSR.Seramai 44 orang murid terlibat dalam program itu yang dikelolakan oleh Cikgu Noorazita Razali.Motivasi disampaikan oleh Cikgu Ishak Idris,guru Sains dari SK Felda Cerul.


Khamis, 16 Julai 2009

PenggunaaN ICT oleH CIKgu ROhana

Cikgu Rohana sedang mengajar
Murid tekun mendengar
Sedang menyampaikan pengajarannya

Murid respon
Penggunaan LCD lebih menyakinkan

Dalam memperkemaskan P & P,penggunaan peralatan ICT merupakan kaedah yang cukup memberansangkan murid.Pada 14 Julai 2009,Cikgu Rohana telah membuktikan apabila beliau menggunakan kemudahan ICT di dalam P & P semasa berada di kelas tahun 1.Ini semua adalah untuk membuktikan yang pengajaran guru boleh diajar melalui peralatan ICT di dalam kelas.



AKtiVITI MURid PRa SEkolah

Siapa saya?
Cantik tak?

Aku nak jadi ustaz nanti...!!!!

Ehem...macan Ikin Mawi keeee!!!!!

Bersedia bergambar

Murid Pra bergambar.
Murid PRA Sekolah SKRKT Seberang Tayor turut juga menyertai aktiviti yang dianjurkan untuk mereka.Pada 15 Julai 2009,Rabu seramai 4 orang murid pra sekolah telah menyertai pertandingan bercerita di bawah bimbingan Cikgu Pn.Engku Zawiah.






Rabu, 15 Julai 2009

KANtiN SK RKT ST SEmakIN CEria

Ruang kantin keseluruhannya
RMT Korner

Cikgu Pn.Salamiah dan pengusaha kantin berbincang

Ruang hadapan kantin

Inilah meja bermaklumat...satu dimensi baru untuk murid




Bermula penggal kedua,Kantin SK.RKT Seberang Tayor semakin ceria....itulah kata-kata yang diluahkan oleh Pengerusi JK Kantin,Cikgu Mohd Fadzil apabila melihat berlakunya perubahan yang drastik terhadap keceriaan kantin sekolah.

Antara perubahan yang nyata ialah adanya langsir yang menghiasi ruang tingkap,wujudnya ruang meja bermaklumat,kelibat pasau bunga mini di atas meja dan alas meja yang menarik untuk meja makan guru serta ruang RMT yang lebih elegen dan berkonsepkan pelamin pengantin.
Ini merupakan usaha dan kesungguhan Pengusaha Kantin iaitu iaitu En.Mail dan isterinya serta kecaknaan PK HEM Tuan Hj Mohd Zor bin Ali bagi memastikan kelainan dan kebersihan serta keceriaan yang unggul untuk kantin sekolah ini.

PASUKAN BOLASEPAK MGK SKRKTST

Pemain bersedia nak balik selepas perlawanan
Berehat .....Fadzil bersama Ustaz Zuki

Pemain bersama bergambar


Bergambar bersama


Bersama bergambar
14 Julai 2009,Rabu ,jam 5.30 - 645 ptg,Pasukan bolasepak MGK SKRKT ST telah mengadakan perlawanan persahabatan bolasepak dengan SK.Sungai Pergam,Kemaman bertempat di Padang Awam Cheneh Baru.Perlawanan ini adalah untuk mengeratkan lagi persahabatan antara guru-guru SKRKTST dengan guru-guru dari perkumpulan NERAM.Antara pemain MGK yang bermain ialah Cikgu Fadzil,Ustaz Zamli,Ustaz Che Wan,Cikgu Mat Zaik.Walaupun keputusannya 6-4 memihak kepada pihak lawan,namun hal itu bukan menjadi persoalan kerana pemain MGK SKRKT dapat bersatu hati untuk ke Cheneh.Antara pemain lain yang bermain untuk MGK ialah Denam,Stopa,Yahya,Seli,Zemi,Mie,Dolah,Limun,Ton,Afza dan Deli.





Selasa, 14 Julai 2009

Dokumen BERsejArah



Sijil Pendaftaran Sekolah

No Panduan nya P.T 394/57/241

Bahan bersejarah ini disimpan dalam bilik Guru Besar,walaupun ianya telah dimakan bubuk,namun jelas terlihat bahawa SIJIL PENDAFTARAN SEKOLAH seksyen 49 ini masih berharga.
Antara maklumat yang ada ialah no panduannya ialah P.T.394/57/241 dengan no pendaftarannyua ialah 0233{M}.Nama asal yang didaftarkan bagi sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan L.K.T.P Seberang Tayor,Kemaman.Surat ini dikeluarkan pada 3 hb September 1969.Bilangan murid yang dibolehkan di sekolah ini ialah 240 orang sekali belajar.



Sambutan Hari Jadi Murid.