Selasa, 30 April 2013

RKT HANTAR WAKIL PROGRAM SARANA DI PPD BERSAMA DS AHMAD SHEBERY


WAKIL RKT HADIRI PROGRAM YB MENTERI BELIA DS AHMAD SHABERY RASMIKAN PROGRAM SARANA DI PPD KEMAMAN

 Pamplet program
 SU PIBG bersama YDP PIBG mendengar taklimat SARANA
 YB Shabery bersama Ybhg Hakim dalam majlis SARANA di PPD
 YDP dan SU PIBG RKT
 YDP terima sijil sumbangan RM1000 dari Kerajaan Negeri
 Tengok sijil penghargaan
Terima kasih Kerajaan Terengganu.....

Pada 30 April 2013,Selasa jam 200 petang bertempat di Bilik Zamrud PPD telah berlangsung program pemantapan SARANA yang disampaikan oleh Ketua Sektor Perhubungan JPNT En Hamid bersama PPD Kemaman Tn Hj Sulaiman bin Mohamed.Majlis yang dipengerusikan oleh En Tajul turut disertakan dengan program dialog mengenai SARANA antara pihak PIBG dan SU bersama pihak PPD dan JPNT.

Majlis yang berakhir jam 400 petang kemudiannya disambungkan pula dengan petrasmian oleh YB Menteri Belia dan Sukan DS Ahmad Shabery bin Cheek yang hadir bersama Ybhg Tn Hj Wan Abdul Hakim,calon BN DUN Ayer Puteh.Selesai ucapan,YB DS Ahmad Shabery menyampaikan sijil penghargaan kepada semua PIBG atas sumbangan RM 1000 untuk pengurusan PIBG.Majlis berakhir jam 500 petang

KAKITANGAN JKR ELEKTRIK HADIR KE RKT BAIKI KELENGKAPAN ELEKTRIK DI BILIK SALURAN MENGUNDI 2013

 Penuh dengan peralatan
 Kenderaan JKR Elektrik
 Membaiki lampu yang tidak menyala
Sudah menyala

Pada 30 April 2013,jam 1045 pagi Selasa,tiga orang kakitangan JKR bahagian elektrik telah hadir ke sekolah ini untuk membaiki kemudahan elektrik bagi bilik-bilik yang digunakan untuk saluran pengundian PRU13.Kerja-kera pembaikian ini meliputi pemasangan lampu kalimantan jika tidak menyala,kipas diganti jika tidak berfungsi.Kerja pemasangan selesai jam 1130 pagi.

JAM DAN POSTER DUTCH LADY UNTUK PROGRAM SUSU SEKOLAH MENARIK MINAT MURID RKT

 Jam Dutch Lady di laluan dewan  RKT
 Jam dan poster ditampal di papan kenyataan laluan 
 Poster.....
 Murid mula membacanya
 Sempat merakamkan murid membaca poster dari Dutch Lady
Di laluan ......

Pada 30 April 2013,Selasa ,penulis telah diminta oleh PK Kokurikulum untuk menampalkan poster dan meletakkan jam sumbangan Dutch Lady untuk Program Susu Sekolah.Jam tersebut penulis letakkan di laluan Dewan RKT bagi memudahkan murid membaca dan melihat waktu yang mana ianya adalah untuk memudahkan agihan susu yang akan diberikan nanti.

Jam dan poster ini dihadiahkan oleh DUTCH LADY kepada sekolah melalui perjumpaan dengan GPK dan Penyelaras Susu Sekolah .RKT diwakili oleh PK Kokurikulum Pn Dorothy dan Cikgu Norsyazwina Abdullah,Penyelaras PSS yang berkursus pada Isnin 29 April 2013.

Isnin, 29 April 2013

CIK NORAZIMAH RAZAK DAN CIK FARIDAH ,GURU GANTI BERTUGAS DI RKT BERMULA APRIL

 Cik Zimah dan Cik Faridah
 Makan di kantin...
Cik Norazimah bersama Cik Faridah

Pada April 2013 ini,RKT menerima dua orang guru ganti bagi memberi khidmat untuk mengajar di sekolah ini bagi menggantikan dua orang guru yang cuti rehat kerana melahirkan cahayamata.Cik Norazimah bt Abd Razak hadir bertugas di sekolah ini bagi menggantikan Cikgu Maslizawati Abd Wahab yang bersalin pada awal April,manakala Cik Faridah pula menggantikan Cikgu Marfazilia.
Kepada dua orang guru ganti ini,penulis ucapkan selamat bertugas.

SPR BERSAMA WAKIL CALON PRU13 TINJAU TEMPAT MENGUNDI DI RKT

 Ketua Tempat Mengundi bersama SPR
 Wakil calon dan wakil parti bertanding hadir sama
Melihat bilik untuk mengundian di RKT

Pada Ahad 28 April 2013,Ahad jam 1145 pagi,SPR telah mengadakan lawatan bersama Wakil Calon dan wakil parti yang bertanding di PRU13 meninjau keadaan bilk yang akan digunakan semasa hari proses pengundian.

Dengan kerjasama dari pihak pentabdir iaitu PK1,Pn Asmarani bt Abdullah bersama PK Kokurikulum Pn Dorothy,kerja-kerja peninjauan dilakukan dengan amat berkesan sekali.Empat buah bilik darjah telah dikenalpasti untuk dijadikan bilik pembuangan undi.Pemantauan berakhir jam 100 tengahari.

PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT FELDA RASMIKAN MAJLIS WATIKAH PENGAWAS PERPUSTAKAAN DAN LANCARKAN PROGRAM NILAM 2013

 Banner Program
 Pengawas Perpustakaan Perempuan
 Pengawas perpustakaan lelaki
 Guru yang bersama jayakan program
 Ustaz CW Fakrul mempengerusikan majlis
 Pn Asmarani,PK1 menyampaikan ucapan aluan
 Guru wanita turut menjayakan program
 Guru GPM RKT Cikgu Mat Zaik hadir sama
 Pn Rohani menyampaikan ucapan
 Pengawas perempuan terima watikah
 Pengawas pustakan lelaki
 PK1 dan PPM FELDA memotong riben banner NILAM
 Banner yang dirasmikan
 Gimmik guru NILAM terima buku NILAM
PK1 sampaikan cenderahati kepada PPM FELDA

Pada 28 April 2013,Ahad jam 745 pagi bertempat di dataran himpun RKT,Unit Kurikulum bersama JK PSS Sekolah  telah melangsungkan majlis Penyampaian watikah perlantikan Pengawas Perpustakaan 2013 dan pelancaran program NILAM serta READING PROGRAMME peringkat sekolah.

Majlis hari ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengacara majlis iaitu Ketua JK Perpustakaan Bergerak Ustaz CW Fakrul Anuar dan diikuti pula oleh ucapan aluan oleh PK1 Pn Asmarani bt Abdullah.Majlis telah dirasmikan oleh Pn Rohani bt Jusoh,Pembantu Pembangunan Masyarakat FELDA Seberang Tayor.

Kemudian seramai 24 orang Pengawas Perpustakaan telah diberikan watikah perlantikan Pengawas Perpustakaan yang mana ianya disampaikan oleh Pn Rohani bt Jusoh.Kemudian Pn Rohani telah melancarkan Gimik perasmian NILAM dengan memotong riben pada banner Program Nilam dan Reading Programme 2013.Disusuli pula dengan penyampaian buku NILAM kepada Penyelaras NILAM.Pn Asmarani bt Abdullah kemudian menyampaikan cenderahati kepada Pn Rohani sebagai tanda terima kasih atas kesudian menyempurnakan majlis.Majlis berakhir jam 820 pagi dan diikuti dengan jamuan ringan.

Jumaat, 26 April 2013

UJIAN PERMATA PINTAR TERUS MENDAPAT TEMPAT DI HATI MURID RKT UNTUK TURUT MENYERTAINYA

 Guna Ebook jawab soalan
 Dibantu oleh EIO Ebook RKT
 Farah Mimi Zaza tahun 4B mencuba jawab soalan
 Saiful Sabri tahun 6B
 Dah dapat sijil tuuuu
 Baru nak daftar.....
 Mula jawab
 DAh siappun......Elyana thn 6B
 Saifullah Setapa.....thn 6B
 Suasana dalam makmal komputer
Sijil yang didapati...boleh dicetak oooooo....

Pada 25 April 2013,Ujian Permata Pintar yang masuk hari ke tiga di jalankan di sekolah ini telah berjaya dijawab oleh hampir 42 orang murid.Sasaran untuk mendapatkan 50  orang murid bagi sekolah ini sebagaimana yang ditetapkan oleh JPNT hamir dapat dilaksanakan.

Melalui bimbingan EIO Ebook RKT Cik Zaida Zainuddin dan Penyelaras Permata Pintar Cikgu Mat Zaik Mohd Yusof,dijangka matlamat 50 murid akan dapat dicapai dalam sehari dua lagi.Namun RKT akan terus membuka peluang kepada seberapa ramai murid yang ingin menyertai ujian ini bagi memberi peluang murid menimba pengalaman menjawab soalan.

PEGAWAI BOMBA HADIR DI RKT TINJAU BILIK UNTUK DIGUNAKAN SEMASA PRU13

 Pegawai Bomba Daerah Kemaman membuat tinjau bilik tahun 3B
Berangkat pulang setelah selesai tugas

Pada 22 April 2013,Isnini,sekolah ini telah menerima kehadiran 2 orang pegawai Bomba Daerah Kemaman yang hadir untuk meninjau keselamatan bilik yang akan digunakan untuk saluran pengundian semasa PRU13.

Penulis diarah mengiringi pegawai bomba dan memaklumkan tentang bilik yang akan digunakan untuk dijadikan saluran mengundi.Antara bilik yang terlibat ialah bilik dewan {tahun 6 lama} bilik tahun 6 Bestari,Bilik Tahun 1 B dan bilik tahun 3 B.

Penulis dimaklumkan bangunan A dan B selamat digunakan dan kesiapsagaan sekolah ini untuk dijadikan sebagai pusat pembuangan undi amat baik.Penulis cuma diminta pastikan tabung gas pemadam api dipastikan ianya berfungsi sebaiknya.

Tinjauan berakhir jam 1100 pagi.

Selasa, 23 April 2013

RKT MENERIMA KUNJUNGAN PEGAWAI PPD BAGI PEMANTAUAN UNIT HEM DAN KOKURIKULUM

Pada 23 April 2013,Selasa RKT telah menerima kunjungan 5 pegawai dari PPD Kemaman yang diketuai oleh En Mahzan yang hadir pada pukul 1000 pagi.Selain dari En Mahzan,turut serta ialah En CW Zailani,En Haznan,En Abu Hurairah dan Cik Suziah.

Lawatan yang berfokoskan kepada pentadbiran Unit HEM dan Unit Kokurikulum ini telah mendapat kerjasama dari Cikgu Salamiah dan PK Ko Pn Dorothy.Kunjungan berakhir jam 1200 tengahari.

SEMAKIN RAMAI YANG BERMINAT SERTAI PERMATA PINTAR DI RKT

 Maisara....murid tahun 5
 Aidib Rahman...guna Ebook mencuba Permata Pintar
 Penyelaras Permata Pintar...Cikgu Zaik bimbing murid
 Cik Zaida..EIO Ebook bantu isi pendaftaran murid
 Aidib dah siap...dapat sijil
Murid dalam makmal komputer

Pada 23 April 2013,Selasa,semakin ramai murid yang berminat untuk sertai Ujia UKM1 Permata Pintar yang diuruskan oleh Cikgu Zaik dan Cik Zaida.Ujian yang dijalankan dimakmal komputer ini agak mendapat sambutan memandang ianya dapat diakses dengan baik melalui penggunaan Zoom YTL yang ditempatkan di makmal komputer.

Ujian yang dijalankan bermula jam 900 pagi ini dibuka kepada 5 orang murid tahun 5 untuk setiap satu sesi dan digantikan pula dengan murid lain apabila ianya selesai mendapat sijil dari UKM.Ujian ini akan  diteruskan lagi bagi membolehkan jumlah 50 orang tercapai.

Melalui bantuan Cik Zaida Zainuddin,EIO E book,kerja pendaftaran murid dapat dijalankan dengan baik.Ujian ini ditamatkan jam 1230 tengahari.

Sambutan Hari Jadi Murid.