Khamis, 19 Mei 2011

SAMBUTAN HARI GURU: MERIAH SEKALI!!!!!!

Ustaz Zem bersama Trio menyampaikan lagu.....Tobat maksiat WALI band
Kumpulan Biru pun lagu Wali band juga...



Mendengar persembahan murid....



Wakil PPD bersama pentadbir


Menyampaikan watikah ucapan




Pada 16 Mei 2011,Selasa,sekolah ini telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah yang bermula jam 8.00 pagi.Dalam majlis ini,turut hadir ialah wakil PPd Kemaman iaitu En.Mohd Haznan bin Othman.

Majlis dimulakan dengan program ucapan yang didahului dengan ucapan Ketua Murid,Kemudian disusuli dengan ucapan Pengarah Pelajaran Negeri yang dibacakan oleh PK HEM,Ucapan KJetua Pengarah Pelajaran malaysia yang dibaca oleh PK1 dan ucapan Menteri yang dibaca oleh Tuan Guru Besar.

Dalam majlis tersebut,murid bersama guru menyanyikan lagu Negaraku,Lagu Tema dan Lagu Guru Malaysia.Manakala bagi sesi kedua pula,persembahan murid telah diadakan di dewan dimana murid yang terlibat ialah murid tahap dua sahaja diikuiti dengan persembahan guru mengikut rumah sukan masing-masing.

Majlis yang berakhir dengan penyampaian hadiah kepada guru turut disertakan dengan program Jamuan Tengahari serta acara membelah kek yang disumbangkan oleh PIBG,Pemuda dan Puteri UMNo DUN Ayer Puteh serta dari ibubapa serta pengusaha kantin.Majlis bersurai jam 2.00 petang.

Rabu, 11 Mei 2011

MOTIVASI FELDA: MURID BEGITU TERUJA

Kertas kerja motivasi Felda
Murid melakukan aktiviti


Pelbagai ragam dalam program ini


Murid berkumpul


Pada 11 Mei 2011,Rabu bermula jam 800 pagi,Program Motivasi Felda telah di adakan di sedolah ini untuk murid tahun 6.Program yang dianjurkan oleh FELDA Seberang Tayor,Kemaman di bawah Program Tuisyen STF ini dikendalikan oleh 8 orang fasilitator yang terdiri daripada kalangan staf dan kakitangan FELDA .

Program ini melibatkan kesemua murid tahun 6 iaitu seramai 37 orang yang diadakan di Dewan SK.RKT Seberang Tayor.Turut memantau program yang dijalankan ini ialah Tuan Guru Besar SKRKT Seberang tayor,En.Kamarudzaman bin Hashim dan Pengurus FELDA iaitu Tn Hj Aslam bin Jagangir Khan.

Program yang diisi dengan pelbagai slot menghiburkan ini amat menarik minat murid dan ianya mendapat kerjasama dari guru kelas tahun enam iaitu Pn Noorazita Razali dan Pn Rohana Hassan.Peserta program ini disediakan jamuan makan tengahari dan program ini berakhir jam 445 petang.

MESYUARAT GURU KALI KE TIGA 2011

Kalangan guru wanita yang hadir
Ustaz Zamli meneliti catatan minit
Tuan Guru Besar menyatakan sesuatu semasa mesyuarat


Pada 10 Mei 2011,Selasa bermula jam 1.20 tgh,telah diadakan mesyuarat Guru dan kakitangan kali ketiga di bilik mesyuarat iaitu di Perpustakaan Sekolah.Mesyuarat yang dipengerusukan oleh Tuan Guru Besar,En.Kamarudzaman bin Hashim turut dihadiri oleh semua penolong kanan dan guru serta kakitangan.

Dalam mesyuarat tersebut beberapa perkara telah dinyatakan oleh Tuan Guru Besar bagi memantapkan lagi pentadbiran sekolah serta meningkatkan lagi pencapaian dalam P & P.Antara yang disentuh oleh Tuan Guru Besar ialah tentang tugas guru,tentang kehadiran,tentang tanggungjawab guru,keberhutangan dalam peminjaman kewangan,surat pekeliling dan lain-lain.

Selain itu,semua penolong kanan telah menyampaikan taklimat masing-masing dalam mesyuarat ini.Turut disentuh ialah tentang pertukaran Cikgu Syed Amran ke SK Pasir Gajah yang mana dalam ucapan Tuan Guru Besar mengucapkan berbanyak terima kasih atas khidmat yang dicurahkan oleh Cikgu Syed sepanjang 10 tahun berada di sekolah ini dan berharap Cikgu Syed Amran akan terus sukses di Sk Pasir Gajah.Mesyuarat hari ini berakhir jam 4.00 petang.

GUANE FC KECUNDANG KALI INI

Pemain Guane FC {merah } bersama SebTayor FC

Pada 9 Mei 2011,Guane FC telah me ngadakan perlawanan persahabatan dengan rakan baik iaitu SEBTayor FC di gelanggang FUTSAL DUN Binjai pada hari Isnin malam selasa.Perlawanan yang berlangsung jam 915 malam berakhir jam 1030 malam.

Guane FC masih mengekalkan pemain yang sama tanpa mengubah ahlinya,manakala pihak lawan kerap menurunkan pemain baru.Hal ini tiada halangan bagi Guane FC.Namun pada malam ini,pemain Guane Fc agak keletihan yang menyebabkan Guane Fc kena teruk iaitu 15 berbalas 7 sahaja.

Namun,ada sedikit musibah pada perlawanan ini apabila sahabat baik dari pasukan Sebtayor FC iaitu Cikgu Rodi tercedera di tangan {terseliuh mungkin} apabila terjatuh semasa menggelecik bola.Guane FC berharap beliau akan cepat sembuh.

Selasa, 10 Mei 2011

PROGRAM JANA MISI AKADEMIK : SAINS

Cikgu Shairun menyampaikan taklimat
Bersama murid menerangkan cara menjawab soalan
Antara murid yang terlibat

Pada 10 Mei 2011,Program Jana Akademik di bawah Pk1,Tn Hj Mohd Zor Ali telah mengadakan Program Penerangan Menjawab Soalan Sains yang disampaikan oleh Fasilitator dari SK Cheneh Baru iaitu Cikgu Shairun Mahyuddin bin Ibrahim.

Program yang dikelolakan oleh JK Jana 7 iaitu Cikgu Mat Zaik,Cikgu Rohana dan Cikgu Zaki ini bermula jam 1045 pg dan berakhir jam 1245 tgh.Seramai 70 orang murid yang terdiri dari murid tahun 5 dan 6 terlibat dalam program ini.

Antara guru Sains yang hadir mendengar taklimat ialah Cikgu Noorazita,Cikgu Zainon,Cikgu Marfazilia dan Cikgu Mat Zaik.Melalui penerangan yang disampaikan,AJK Jana yakin pemahaman murid terhadap cara menjawab soalan Sains dalam peperiksaan semakin bertambah.AJK Jana 7 mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

Khamis, 5 Mei 2011

KOLEKSI TEAM GUANE FC: TOPI

Topi GUANE FC
Ubah suai bakal dibuat untuk memantapkan lagi Topi GUANE FC
Topi berlogo GUANE FC

Team FUTSAL SK.RKT Seberang Tayor....GUANE FC telah menambah satu lagi koleksi yang bakal meonjakkan nama GUANE FC di kalangan pemainnya atau ahli kelabnya iaitu dengan kemunculan TOPI berlogokan GUANE FC.

Dengan kos yang agak berpatutan,GUANE FC mengharapkan agar ada peminat dari luar akan menghubungi GUANE FC untuk mendapatkan topi ini dengan harga RM10.00 sahaja.GUANE FC akan menggunakan logo ini bagi memastikan Team FUTSAL Guru lelaki dari sekolah ini terus dikenali memandangkan ini merupakan salah satu cara untuk mengeratkan lagi silatulrahim antara ahli dan juga masyarakat luar.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan topi ini hubungi Pengurus GUANE FC iaitu En Ahamad Lotpi di talian 0148111856.


SERONOK BACA BORANG KAJIAN SSS YANG DITULIS GURU DI SEKOLAH

Timbunan borang yang dihantar oleh guru dan kakitangan menunggu untuk dianalisis.
Cikgu Salamiah memerhatikan butiran yang perlu dianalisis.


Pada 4 Mei 2011,sekolah ini telah mengadakan Kajian SSS bagi mengenalpasti kepuasan guru dan kakitangan melalui butiran yang terdapat di dalam borang kajian yang diedarkan.Kajian ini melibatkan semua guru dan kakitangan sekolah yang diuruskan oleh Cikgu Mat Zaik Mohd Yusof dan Cikgu Salamiah bt Jusoh.

Kajian yang dijalankan ini adalah merupakan tindakan susulan melalui surat yang diedarkan 0leh JPNT dan dapat diaksess borangnya melalui laman web JPNT.Cikgu Zaik telah mengagihkan borang kajian manakala Cikgu Sala pula ditugaskan membuat analisis penyataan yang dihantar oleh guru dan kakitangan di Borang B.Hasil kajian perlu dihantar pada 5 Mei 2011 .


TEAM GUANE FC DIKENAKAN LAGI

tEAM SMK Kijal
Pertembungan GUANE FC {OREN} bersama SMK Kijal
Keeper Guane FC,Cikgu Zaki

Pada 4 Mei 2011,Rabu malam Khamis,Team Futsal GUANE FC telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Team SMK Kijal di Gelanggang YB DUN di Binjai.Perlawanan yang bermula jam 930 malam berlangsung dalam suasana penuh muhibbah dan bersahaja.

Team Guane FC menurunkan pemain biasa termasuk pemain pinjaman dari Pasir Gajah iaitu Afza.Pemain lain ialah Keeper Zaki,Bek Zamli dan Fakroo,Pemain tengah,Zaik dan Lotpi,Penyerang Fadzil dan Syed Amran.Manakala pemain SMK Kijal yang dikenali ialah Rosdi sahaja.

Dalam perlawanan ini,Team FUTSAL Guane FC telah dikenakan dengan bergayanya iaitu 15 berbalas 11 gol.Namun perlawanan malam ini cukup hebat dan team GUANE FC bermain dengan baik walaupun tewas.Perlawanan berakhir jam 11.00 malam.

Selasa, 3 Mei 2011

AZRA IZZANA BT YAHYA ..MURID HEBAT

Azra bersama medal dan sijil
Tahniah Azra
Medal dan sijil milik Azra


Pada 3 Mei 2011,Isnin......Telah disah dan dibuktikan bahasa penama ini Azra Izzana bt Yahya,murid tahun enam dari sekolah ini telah berjaya mengangkat martabat sekolah ini melalui penyertaannya dalam Bidang Hoki.

Azra telah mewakili Pasukan Hoki Daerah Kemaman dalam pertandingan Hoki Peringkat Negeri Terengganu dan telah dinobatkan sebagai Pasukan Naib Johan dalam kejohanan tersebut.Anak didik Cikgu Mohd Fadzil iaitu Azra ini,bersama pemain lain telah dianugerahkan Medal dan Sijil sebagai pengiktirafan.Syabas Azra...

KETAHUILAH......KITA SEBAGAI GURU


2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara


KELAB GUANE FC BERMAIN LAGI

Pasukan lawan bersedia untuk permainan
Pemain Guane FC
Rakaman pemain Guane Fc dan Belia Seberang Tayor
Lagi gambar sebelum permainan bermula


Pada 2 Mei 2011,Isnin malam Selasa,Kelab FUTSAL SKRKTST iaitu Guane FC telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Belia Seberang Tayor bertempat di Gelanggang FUTSAL Binjai.Permainan yang bermula jam 900 malam ini merupakan perlawanan biasa yang mana Kelab Guane FC telah menempah gelanggang setiap minggu bagi maksud untuk mengadakan perlawanan.

Dalam perlawanan penuh muhibbah ini,Pengurus Guane FC iaitu En Ahamad Lopfi telah dipinjam oleh pasukan Belia Seberang Tayor bersama En Hadi.Dengan jumlah gol yang tidak dapat dicatatkan pada malam ini,perlawanan agak hebat dengan serangan balas gol dari pasukan Guane Fc dan Pasukan lawan.Perlawanan berakhir jam 1030 malam.


LAGI RAKAMAN HARI SUKAN

Tn Hj Mohd Zor menyampaikan cenderahati kepada Wakil PPDK
Pk Ko Pn Dorothy bersama Juruacara Cikgu Zaik
Cikgu Syed bersama Shapirah dan dot...dot..dot {tak kenal}
PK HEM,Pn Asmarani.......begitu bergaya dengan kacamata
Setiausaha sukan Cikgu Fadzil membilang medal.....cukup ke tak?

Segalanya berjalan seperti yang dirancang,sukan tahunan begitu meriah dan mendapat sambutan.Kepada semua guru......kerjasama yang diberikan begitu bermakna.....

TEMASYA SUKAN KALI KE 26 2011

En.Mohd Haznan dan Tn Hj Aslam asyik melihat gelagat peserta sukaneka
Perbarisan rumah sukan 2011
Petugas bahagian hadiah...Pn Marfa dan Pn Mas
Acara Grand Prix bermula
Wakil PPD Kemaman,En Mohd Haznan menyampaikan hadiah

Pada 27 April 2011.Rabu bermula jam 745 pagi,Unit Kokurikulum sekolah ini telah mengadakan Sukan Tahunan Kali ke 26.Temasya sukan yang dirasmikan oleh Tn Hj Mohd Aslam bin Jahangir Khan,Pengurus FELDA Seberang tayor turut dihadiri oleh wakil PPD Kemaman iaitu En Mohd Haznan bin Othman,YDP PIBG En Yusof bin Mat Ali dan OCS Balai Polis Air Puteh.Antara Guru yang hadir ialah PK1 Tn Hj Mohd Zor,PK HEM Pn Asmarani dan PK Ko Pn Dorothy bersama guru-guru lain.

Berbagai acara telah dipertandingkan dalam Temasya tahun ini,antaranya ialah acara sukaneka,acara padang dan balapan dan acara untuk ibubapa.Selain itu,ibubapa juga turut berpeluang membuat sumbangan melalui cabutan bertuah yang disediakan.Dianggarkan lebih dari 200 orang ibubapa yang hadir.

Semasa rehat,ibubapa juga dipersembahkan dengan pertunjukkan silat gayung dari Kumpulan Silat Gayung 9 dibawah ajaran En.Mazeli.Dalam pertandingan tahun ini,Rumah Hijau telah menjadi Johan keseluruhan,manakala Rumah Merah ditempat kedua dan Rumah Biru ditempat Ketiga.Majlis berakhir jam 2.00 petang.


Sambutan Hari Jadi Murid.