Khamis, 29 Disember 2016

Persediaan Awal Tahun 2017



SK RKT Seberang Tayor telah membuat persediaan bagi sesi persekolahan 2017 dengan mengadakan mesyuarat yang bermula pada 26 hingga 28 Disember 2016. Dimulakan dengan mesyuarat guru dan diikuti Mesyuarat JKS serta mesyuarat panitia mata pelajaran. Terima kasih kepada semua guru yang telah memberi komitmen dan hadir mesyuarat.

Isnin, 19 Disember 2016

Selamat Bertugas Di Sekolah Baru.


Ustazah Wan Suryani Binti Wan Said

Ustazah Wan Suryani akan memulakan tugas baru di  SK Seri Jaya bermula tahun 2017. Tahniah dan terima kasih atas budi anda di SK RKT Seberang Tayor.

Isnin, 14 November 2016

EG-Tukar. Tiga Khidmat Masih Diperlukan Di SK RKT ST.



Semoga tiga orang guru SK RKT ST yang memohon untuk berpindah seorang di samping suami tercinta dan dua orang yang ingin menghabiskan sisa-sisa kehidupan  di kampung halaman semoga tabah kerana khidmat dan jasa anda masih lagi diperlukan. Sabar ye cikgu.Belum ada rezeki lagi.

Musim Tengkujuh Tiba.



Seperti tahun-tahun sebelum ini, apabila tiba penghujung bulan November dan awal Disember, warga SK RKT ST mula resah kerana musim banjir bakal tiba. Persiapan rapi banjir telah dibuat.Bermula pada 15 November 2016,satu gotong-royong akan diadakan bagi mengangkat barang-barang ke tingkat atas. Harapan semua guru agar kejadian banjir pada tahun 2013 tidak berlaku lagi.

Jamuan Makan Tengah Hari Sempena Pertukaran Guru Besar.


 MC tetap dan berpencen SK RKT ST 
Cikgu Nor Azwa Bt Sani








Ucapan Mantan Guru Besar
Encik Roslan Bin ismail

Tahniah ! 2 Orang Murid SK RKT ST Yang Mengikuti Perkhemahan Pengakap Asia Pasifik.


 Amirul Asraf menerima sijil dan lencana perkhemahan.


Alif Zikri menerima lencana dan sijil perkhemahan.

Selasa, 8 November 2016

Wakil Perbentangan Kajian Tindakan , Ustzah Wan Suryani Binti Wan Said.


Ustazah Wan Suryani ketika Perbentangan Kajian Tindakan beliau. Bersemangat 
dan berkeyakinan tinggi.


Ucapan PPD Kemaman
Encik Idris Bin Bidin.


Menerima cenderamata.

Sambutan Hari Jadi Murid.