Khamis, 31 Januari 2013

PERTEMUAN PERTAMA GB EN NOR AZMI BIN MUDA BERSAMA GURU DALAM TAKLIMAT RINGKAS GB

 Antara guru yang hadir
 Guru bersedia untuk membuat catatan
 Tuan Guru Besar memaklumkan beberapa perkara
PK HEM  dan PK 1 hadir sama

Pada 31 Januari 2013,Khamis jam 130 tengahari,Tuan guru Besar En Nor Azmi bin Muda buat pertama kalinya mengadakan pertemuan secara formal bersama guru-guru di Bilik Mesyuarat SKRKTST yang terletak di Perpustakaan Sekolah.Dalam Majlis Perjumpaan dan Taklimat Guru Besar ini turut dihadiri oleh Guru-guru Penolong Kanan dan kesemua guru lain yang berjumlah seramai 20 orang.

Dalam pertemuan ini,Tuan Guru Besar telah menyampaikan ucapan dan pengharapan beliau terhadap dalam mentadbirurus SKRKTST.Antara perkara yang dimaklumkan oleh Tuan Guru Besar ialah bagaimana menguruskan masa dalam P & P guru,menjalankan tugas dalam suasana ceria,gembira dan tanpa rasa tertekan,dan perkara berkaitan dengan pelaksaan tugas dan perkhidmatan ,yang harus mengikut kehendak perkhidmatan.Walaubagaimanapun Tuan Guru Besar juga turut menyentuh bahawa nilai budibicara tetap beliau ambil perhatian.

Selain dari Tuan Guru Besar,Guru Penolong Kanan turut memberikan makluman dalam majlis ini berkaitan dengan bidang pengurusan masing-masing.Majlis berakhir jam 230 petang.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.