Rabu, 22 Disember 2010

BOLA BAWAH 11 TAHUN

BEREHAT...makan goreng pisang ajeeee
Fakrul,Ngoh,Zem dan Zaik........bersama pasukanRKT

SKRKTST turut serta dalam pertandingan karnival bolasepak bawah 11 tahun di SMK Bukit Mentok pada bulan november lalu,namun pasukan ini tiada kemenjadiannya apabila tewas dikedua-dua perlawanan.....Menurut kata jurulatihnya,Ustaz Mohd Shah....nantilah kebangkitan Singa Melaya ini pada tahun 2011...

Rabu, 1 Disember 2010

LAWATAN KL DAN MELAKA

Tn Hj Mohd Zor,Pn Asmarani dan Pn Dorothy memberi amanah kepada ahli rombongan
Bergambar di pintu masuk Desa Water Park
Bersantai selepas mandi di Desa Water Park
Bergambar di Menara Kuala Lumpur
Makan tengahari di Plus Melaka
Sarapan pagi di Bandar Hilir Melaka
Menanti untuk menaiki Menara Taming Sari
Bergambar di hadapan Menara Taming Sari Melaka

Pada 9,10 dan 11 Nov 2010,Selasa,Rabu dan Khamis,seramai 34 orang murid dan 6 orang guru dari sekolah ini telah menyertai rombongan ke Kuala Lumpur dan Melaka.Rombongan bertolak dari sekolah pada pukul 8.30 pagi dan tiba di Kuala Lumpur pada jam 1.30 tgh.

Rombongan sambil belajar ini telah mengadakan lawatan di sekitar Kuala Lumpur iaitu di Menara Kuala Lumpur,di Muzium Negara dan Masjid Negara.Selain itu rombongan ini juga telah di bawa untuk mencari pengalaman mandi di Desa Water Park ,Sungai Besi Selangor.

Rombongan ini bermalam di Hotel SIMA Kuala Lumpur.Selain itu pada hari Rabu,rombongan ini telah mengadakan lawatan ke NILAI untuk membeli belah sebelum bertolak ke Melaka.Di Melaka,rombongan ini telah bermalam di Melaka Gest House.

Di Melaka,rombongan ini mengadakan lawatan di sekitar bandar hilir dan bertolak balik jam 4.00 petang serta tiba di Kemaman pada pukul 1130 malam.

Jumaat, 19 November 2010

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2010

Tn Hj Che Abd Jalil,En.Yusof,Ybhg Sdr Mohd Hisham dan Tn Hj Ramli
Ybhg Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kemaman menyampaikan sumbangan
Pengerusi JKKK Felda Seberang Tayor menyampaikan hadiah
Tokoh Murid Lelaki 2010....
Hadiah yang disediakan


Pada Isnin 15 Nov 2010,Isnin jam 830 pagi,sekolah ini telah mengadakan hari Anugerah Kecemerlangan 2010 yang mana ianya dirasmikan oleh Tuan Pengerusi JKKK Felda Seberang Tayor iaitu Tn Hj Che Abdul Jalil bin Ismail.

Turut serta dalam majlis tersebut ialah Pengerusi PIBG En.Yusof bin Mat Ali dan Pengetua Sekolah Agama Rakyat Tn Hj Ramli bin Yusof.Selain itu turut hadir ialah Ybhg Saudara Mohd Hisham bin Hj Zubir,Ketua UMNO Bahagian Kemaman yang hadir menyampaikan sumbangan kepada 9 murid yang berjaya mendapat 5a UPSR bersama 7 murid yang mendapat 3A hingga 1A.

Rabu, 3 November 2010

LAGI GAMBAR JAMUAN MGK

Pengerusi MGK memilih hidangan.....
GB dan PK1 bersama menikmati hidangan tengahari
PK Ko pun suka makan bubur kacang........
Yang penting Cikgu Fadzil sentiasa dekat dengan penyelia jamuan....
Baca...jangan tak baca
GB menyampaikan cenderahati kepada Pn Mazlina
Bersantai menunggu majlis ucapan dimulakan
PK Hem dan PK Ko bersama guru wanita
Pn CT mula mencedok tuuuuuu.....
Beratur jangan tak beratur.....

JAMUAN PERPISAHAN MGK 2010

Ahli MGK Lelaki
Ahli MGK Wanita
Yang diraikan Mazlina dan Zatipah
Banyak cerita agaknya


Pada 2 Nov 2010 bertempat di Impiana Resort Cerating,MGK SK RKT Seberang tayor telah mengadakan majlis Jamuan Akhir Tahun dan Perpisahan yang dihadiri oleh guru-guru,pekerja dan pentadbir sekolah.

Selain Jamuan Akhir Tahun,majlis juga turut meraikan pertukaran Cikgu Mazlina Ariffin,guru lama di SKRKTST yang bertukar ke SK Binjai pada 1 Oktober 2010 yang lalu.Dalam ucapan Tuan Guru Besar di majlis itu,menyatakan terima kasih tidak terhingga kepada Cikgu Mazlina yang sentiasa memberi kerjasama selama hampir 15 tahun berada di SK RKT ST.

Majlis dijamukan dengan makan tengahari beranika lauk,kuih dan pencuci mulut.Selain itu majlis juga turut menghulurkan hadiah akhir tahun kepada semua guru dan kakitangan yang menjadi ahli MGK.Majlis bermula jam 230 ptg berakhir jam 430 ptg.Majlis hari ini dikelolakan oleh Pengerusi MGK Ustaz Zamli Hj Ya .

Selasa, 21 September 2010

PEPERIKSAAN UPSR 2010 BERMULA

Pada 21 Sept 2010,Selasa,Peperiksaan UPSR tahun 2010 bermula di seluruh Malaysia.Begitu juga di SK RKT Seberang Tayor,seramai 38 orang calon telah bersedia untuk menduduki UPSR tahun ini.

Ketua Pengawas,Cikgu Zai mengetuai pengawasan UPSR di sekolah ini.Sebelum memulakan peperiksaan,semua guru tahun 6 bersama murid telah dihimpunkan untuk membaca doa dan membaca surah yassin memohon agar dapat menjawab dengan tenang.

Khamis, 2 September 2010

PROGRAM KHATAM QURAN SEMPENA RAMADHAM

Pada 2 Sept 2010,Khamis jam 830 pagi,Panitia Agama Islam telah mengadakan majlis khatam Quran melibatkan 51 orang murid.Dalam majlis tersebut,ibubapa murid turut menyediakan pulut semangat serta bunga telur.

Majlis dimulai dengan bacaan ayat quran oleh Ustaz Zamli,Ustaz Shah dan Ustaz Khairulanuar serta Ustazah Napisah.Turut hadir bersama ialah Guru Besar serta Guru Penolong Kanan dan juga semua guru.

Majlis berakhir jam 1130 pagi dengan pemberian pulut kuning dan telur kepada peserta khatam Quran.

Rabu, 1 September 2010

PROGRAM PUTERI UMNO MASAK BUBUR LAMBUK

Tuan Guru Besar mengalu-alukan kehadiran Pemuda dan Puteri UMNO
Pn Aspalinda menyampaikan hadiah
Saudara Hisham menyampaikan cenderahati penghargaan kepada GB
Murid menerima bubur lambuk bersaa Pn Aspalinda

Mengucau bubur lambuk

Pada hari Khamis,26 Ogos 2010,Puteri UMNO serta Pemuda UMNO Bahagian Kemaman telah mengadakan program memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada 230 orang murid serta guru dan pekerja sekolah.


Selain dari memasak bubur lambuk,pertandingan melukis dan mewarna juga turut diadakan untuk murid tahap satu dan tahap dua.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pemuda UMNo Bahagian Kemaman Saudara Mohd Hisham b Hj Zubir dan Pn Aspalinda bt Anuar,Ketua Puteri Umno Bahagian Kemaman.Turut serta dalam majlis itu Pemuda dan Puteri Felda Seberang Tayor,Pengerusi JKKK Felda Seberang Tayor dan Pengerusi PIBG SK.RKT Seberang Tayor.


Majlis yang bermula jam 830 pagi berakhir pada jam 1245 tgh dengan penyampaian hadiah kepada pemenang dan pengagihan bubur lambuk oleh Pn Aspalinda Anuar.

SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH

Murid membuat persembahan
Antara murid yang hadir semasa perhimpunan

Para guru wanita
Murid dengan gaya benderanya
Tuan Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang


Pada 30 Ogos 2010 Rabu,sekolah ini telah mengadakan sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah yang bermula jam 8.oo pagi lagi.Majlis yang dipengerusikan oleh Cikgu Syed Amran memulakan acara dengan nyanyian lagu Negaraku,Lagu Selamat Sultan dan lagu tanggal 31 Ogos diikuti pula dengan ucapan dari Tuan Guru Besar.

Kemudian,murid tahap satu pula berada di dalam kelas masing-masing untuk mewarna lukisan bagi pertandingan mewarna.Murid Tahap Dua pula bersama Cikgu Zaik dipertontonkan tayangan filem patriotik Sarjan Hassan bagi menjawab soalan kuiz.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar bersama PK Hem dan PK Koko.Majlis berakhir jam 1245 tgh.Selamat menyambut Kemerdekaan yang ke 53.1Malaysia menjana transformasi..............Majlis sambutan sederhana tetapi meriah.

Selasa, 31 Ogos 2010

KAIN RENTANG NEGERI BERSIH RAKYAT SIHAT

Cikgu Syed dan Cikgu Zaik merentang kain
Cikgu Syed bersama Ustaz Shah

Ini yang kami mampu buat.....kata Ustaz Shah


Pada 9 Ogos 2010,JK Pertandingan bagi Kain Rentang Negeri Bersih Rakyat Sihat telah dapat menyiapkan kain rentang tersebut untuk dihantar ke PPD Kemaman bagi pertandingan kain rentang tersebut.


Melalui usaha yang gigih dan kreativiti para guru di bawah kelolaan Ustaz Mohd Shahriza bersama murid telah berjaya menyiapkan kain rentang tersebut.

KEBAKARAN AKIBAT PETIR DI MAKMAL SEKOLAH

eN.mADIR DARI pkg cHENEH MENINJAU TEMPAT KEBAKARAN
Suis Utama yang terbakar

Kawasan panahan petir

SEorang murid menunjukkan lokasi panahan petir

Kawasan meter di makmal yang mengalami kebarakan


Pada 4 Ogos 2010,Rabu petang jam 630 ptg,Makmal komputer sekolah ini telah mengalami kerosakan akibat panahan petir yang menyebabkan suis utama elektrik di makmal komputer sekolah terbakar hangus.


Akibat kebakaran tersebut,pihak sekolah telah memanggil bomba untuk memadamkan kebakaran.2 buah jentera bomba tiba pada malam tersebut,walaubagaimanapun,kebakaran yang terjadi pada suis utama tidak merebak dan ianya hanya merosakkan meter dan talian masuk elektrik.


Pihak sekolah telah melaporkan hal ini kepada pihak PPD Kemaman dan Pihak PKG Cheneh yang mana akibat dari petir ini,telah merosakkan beberapa peralatan lain seperti printer,suis internert,wireless,komputer,cable network,mesen fax,telefon ,modern dan aircond.











Isnin, 19 Julai 2010

SOLAT HAJAT UPSR 2010

Bapa ,guru dan murid yang hadir
Imam membaca doa
Sama-sama berdoa
Kaum ibu dan murid serta guru
Membaca surah Yaasin
Kusyuk membaca surah Yaasin
Tuan Guru Besar memberi ucapan
Menanti untuk jamuan makan
Menjamu selera


Pada 18 Julai Ahad malam Isnin,Seramai 60 orang ibubapa ,guru dan murid telah hadir bagi menjayakan Program Solat hajat UPSR 2010.Majlis yang diadakan diimamkan oleh Tn Hj Ustaz Salahuddin Hj Ramli dari Pejabat Agama Daerah Kemaman.

Antara tentatif program ialah Solat maghrib berjemaah,Bacaan yaasin,Tazkirah,Solat Isyak dan solat hajat.Majlis yang bermula jam 715 mlm berakhir jam 10.00 malam dengan tetamu dan murid dihidangkan dengan jamuan nasi minyak.

Sambutan Hari Jadi Murid.