Ahad, 29 September 2013

SU SUKAN CIKGU FADZIL MEMULAKAN LATIHAN SUKAN ACARA SUKANEKA DAN BALAPAN

 SU Sukan kumpulkan murid
 Acara golek ring basikalpun ada
 Tiup tepung cari gula-gula.....
 Cikgu mengawasi murid berlatih
 Acara kasut bot....
Bawa bola berpasukan
 Hdaih sukaneka
Hadiah medal acara balapan
 AJK hadiah Pn Sala memunggah hadiah
Hadiah sukaneka dalam  MPV Cikgu Sala

Pada Ahad,29 Sept 2013,murid RKT mula menjalani latihan sukan di bawah seliaan PK Kokurikulum En Ruzaidi bin Ibrahim.Latihan sukan yang dikelolakan oleh Cikgu Mohd Fadzil bin Abdullah,SU Sukan sekolah telah berjalan sebagaimana yang diarahkan.

Semua kelas terlibat dari tahun 1 hingga tahun 6 yang melibatkan semua guru.Antara acara yang dilatih ialah acara cari gula-gula,acara lari berhalangan,acara golek ring,acara isi air dalam botol,acara kasut bot dan banyak lagi.

Diharapkan latihan ini akan membiasakan murid dengan alatan yang akan digunakan untuk acara sukan sebenarnya.

Rabu, 25 September 2013

SU SUKAN MEMULAKAN KERJA MEMBUAT TRACK UNTUK ACARA SUKAN TAHUNAN 2013

 Cikgu Zaki bersedia untuk tolak stamroll buat line
 Membersihkan hampas rumput yang baru di potong
 Hampas rumput memenuhi padang....
 Pak Guard turut tolong..
 Ok dah line tuuuuuu....
 PK Kokurikulum..Cikgu Ruzaidi ada sama tengah panas
 Murid turut menolong cikgu memungut hampas rumput
Nampaknya dah ok tuuu....Cikgu Fadzil,Cikgu Zaki dan AJK PIBG Pak Usop

Pada 22 - 24 Sept 2013,Unit ko bersama SU Sukan terta AJK PIBG dan guru lelaki serta murid turun padang untuk membuat track sukan bagi memudahkan guru-guru membuat latihan sukan yang bakal diadakan pada Rabu 2 Okt ini.

Antara kerja yang dilakukan ialah memotong rumput yang dilakukan oleh Pok Zahid dan Pok Mie serta urusan membuat track yang diselia oleh Cikgu Fadzil dan Cikgu Zaki.Turut bersama turun adang memberi sokongan ialah PK Kokurikulum En Ruzaidi bin Ibrahim.

UNIT KOKURIKULUM MULA GANTUNG BANNER PROGRAM SUKAN 2013


Pada 25 Sept 2013,jam 1000 pagi penulis sempat merakamkan Banner Program sukan ke 28 RKT yang mula digantungkan oleh Unit Kokurikulum untuk makluman dan pengetahuan ibubapa tentang temasya sukan yang bakal diadakan nanti.

UNIT HEM ANJUR CERAMAH REMAJA UNTUK MURID PEREMPUAN RKT

 Maklumat ceramah
 Penceramah memulakan program
 Murid wanita yang hadir mendengar ceramah
 Penglibatan murid tetap ada
 Murid mendengar ceramah yang disampaikan
 Perbincangan untuk aktiviti
 Majlis penyampaian cenderahati
 PK1 menyampaikan cenderahati
Majlis selesai

Pada 25 Sept 2013,Rabu jam 830 pagi,Unit HEM di bawah PK Pn Dorothy telah mengadakan Ceramah Remaja berfokoskan kepada remaja perempuan RKT iaitu dari tahun 4 hingga 6.Ceramah pagi ini telah disampaikan oleh Cik Mahfuzzah bt Mohamad dari SMK Sultan Ismail di Dewan RKT.

Ceramah yang disampaikan ini berkisar tentang persediaan murid perempuan RKT memasuki alam remaja yang antara lain menyentuh soal pergaulan sosial,kesediaan menghadapi remaja,penjagaan diri dan lain-lain lagi.

Turut serta hadir ialah PK1 Pn Asmarani bt Abdullah serta guru-guru tahun 6 iaitu Pn Norazita,Pn Salamiah,Pn Marfazilia,Ustazah Zainab dan beberapa orang guru lagi.Majlis berakhir dengan penyampaian cenderahati dari unit HEM.Majlis berakhir jam 1045 pagi.

Selasa, 24 September 2013

PENGISIAN PENARAFAN SSQS 2013: RKT MULA MENGISINYA

 Borang yang telah diisi
 Pengawas Perpustakaan Eliana membantu menyemak borang
 Membantu mengisi borang secara online
 Guru GPM mengisi maklumat ssqs
 GPM bersama  orang yang telah siap diisi
 Membantu mengisi borang secara online
Borang siap diisi dan dipaparkan pada skrin TV LCD

Pada 22 hingga 24 Sept 2013,GPM sekolah Cikgu Mat Zaik telah mengadakan taklimat ringkas dan mengrdarkan borang pengisian untuk penarafan SSQS bagi sekolah ini.Borang yang merlibatkan responden seramai 62 orang ini terdiri dari 30 orang guru dan 30 orang murid serta GPM dan Pentadbir.

Pada 23 Sept 2013,kebanyakan borang telah dapat diisi oleh guru dan dikembalikan kepada GPM untuk semakan manakala pada 24 SEPT,GPM bersama Pengawas Perpustakaan RKT telah melalukan semakan untuk mengisi maklumat dari borang tersebut secara online.

Kerja mengisi borang ini telah dijalankan di perpustakaan sekolah dengan menggunakan capaian 1Bestarinet zoom A yang agak cepat capaiannya.Semua maklumat telah siap diisi dan borang tersebut disimpan untuk semakan seterusnya.

19 ORANG MURID RKT TERIMA SUMBANGAN DARI MAIDAM KERANA BERJAYA DALAM HAFAZAN QURAN 2013

 Murid beratur pada hari Ahad
 Gutru Besar berucap
 19 murid berjaya hafazan beratur
 Tuan Guru Besar sampaikan sumbangan
 Wakil dari lelaki...3 orang sahaja
Guru yang hadir

Pada Ahad 22 Sept 2013,jam 800 pagi bertempat di Perhimpunan Pagi ahad,satu majlis ringkas penyampaian sumbangan MAIDAM kepada 19 orang murid RKT yang berjaya menghafal surah dan ayat dari Al Quran telah diadakan.Sumbangan berupa wang tunai berjumlah RM50 ini telah disampaikan oleh En Nor Azmi bin Muda,Guru Besar RKT.

Tuan Guru Besar alam ucapannya berharap akan lebih ramai lagi murid yang berjaya menghafal quran memandangkan seramai 45 orang telah dinilai,cuma ada kesalahan dan kelemahan kecil yang menggagalkan mereka ini memperolehi sumbangan dari MAIDAM.




LADAP : PELUASAN VLE FROG PERINGKAT SEKOLAH BERJAYA DIADAKAN

Kenyataan tentang LADAP

 Guru yang hadir
Pn Salamiah bersama PK1
Photo
 Cikgu Zaki menggunakan Tablet.....
GB bersama PK Ko di LADAP VLE Frog
Photo
 Cikgu Zaik menyampaikan kursus
Penggunaan TV LCD
Photo
Cikgu Fadzil berjaya membina dashboard

Pada Ahad,22 Sept 2013,UNIT ICT sekolah telah merngadakan LADAP Peluasan VLE FROG 1Bestarinet yang melibatkan semua guru di perpustakaan sekolah.Turut bersama hadir ialah Tuan Guru Besar En Nor Azmi bersama Penolong Kanan 1,HEM dan Kokurikulum.

Ladap VLE Frog ini telah disampaikan oleh Cikgu Mat Zaik bersama dengan Cikgu Salamiah yang mana dalam LADAP ini,pengkhususannya adalah bagaimana guru boleh mengakseskan FROG VLE melalui akaun yang telah disediakan untuk semua guru.

LADAP yang bermula jam 145 petang ini  telah diikuti dengan jayanya oleh semua guru apabila guru mula membuat dashboard masing-masing melalui akaun 1bestarinet.Kursus ini juga telah memberi pendedahan bagaimana cara mengakseskan platfom 1Bestarinet yang disediakan.

Jumaat, 13 September 2013

HARI TERAKHIR KHAMIS 12 SEPT MURID RKT HADAPI UPSR 2013

Suasana dalam dewan peperiksaan
Soalan ujian aptitut
Menjawab soalan
Bersama pengawas UPSR

Pada 12 Sept 2013,murid RKT seramai 28 orang menghabiskan masa terakhir menjawab soalan peperiksaan Aptitut yang bermula jam 245 petang.Ini merupakan kertas soalan terakhir untuk hari ketiga UPSR di seluruh negara.Paginya murid RKT ini telah menjawab soalan sains kertas 018 dan bahasa Inggeris kertas 014/1 dan 014/2.




Sambutan Hari Jadi Murid.