Sabtu, 11 April 2009

SUKAN TAHUNAN

SUKAN TAHUNAN KALI KE 24

Temasya sukan tahunan kali ke 24 baru saja selesai diadakan pada 2 April 2009,Khamis pagi bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tgh.Majlis dirasmikan oleh Wakil Pengurus Besar KETENGAH . Menurut PK Kokurikulum,Pn.Asmarani bt Abdullah,antara rumah sukan yang bertanding pada tahun ini ialah rumah Hang Lekir {Merah},Hang Tuah {Hijau} dan Hang Jebat {Biru}.

Selain sukaneka,turut diadakan ialah acara olahraga dan acara 4 x 100 m lelaki jemputan yang terdiri dari SK.Pasir Gajah {Tempat Kedua}.SK.Seberang Tayor {Ketiga} dan SKAyer Puteh {Keempat} manakala SKRKT Seberang Tayor menjadi juara dalam acara ini.

Selain dari itu,ibubapa juga berpeluang menunjukkan bakat iaiatu untuk ibu ialah acara hantar getah dengan straw dsan acara bapa ialah tarik tali.Hadiah turut disampaikan oleh Pengerusi JKKK Seberang Tayor,Tn Hj Ab Jalil bin Ismail dan Pengerusi PIBG En.Yusof bin Mat Ali.

Juara keseluruhan tahun ini dimenangi oleh Rumah Hang Jebat yang dipimpin oleh Cikgu Mat Zaik bersama Cikgu Rohaya,Cikgu Sabariah,Cikgu Marfazilia,Pn.Norhafizah,Pak Ngah Hussin ,Pn Mariah dan PaK Hamzah .Naib johan ialah rumah Hang Tuah dan ketiga ialah rumah Hang Lekir.

Pertukaran Warga SEFSTAR 2018.

Pertukaran Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Norazizan Binti Abdul Rahman ke SK Chukai berkuatkuasa pada 2 Disember 2018.Portfolio ...