Khamis, 3 Januari 2013

LAWATAN PEMANTAUAN EN AZMI SENIK DARI BTPN TERENGGANU

 En Azmi meninjau dalam setor sukan
 Berbincang tentang keadaan persekitaran sekolah
PK HEM bersama En Azmi bin Senik

Pada 3 Januari 2013,Khamis jam 1000 pagi,En Azmi bin Senik,Pegawai dari BTPN Terengganu telah hadir untuk membuat pemantauan di sekolah ini.Kehadiran beliau telah disambut oleh PK HEM En Mohd Asri bin Abd Rashid.En Azmi telah di bawa meninjau keadaan sekolah yang mengalami musibah banjir pada 25 hingga 28 Disember yang lalu.

Antara yang ditinjau ialah keadaan perabot di dalam kelas,keadaan surau sekolah,kantin,makmal komputer dan peralatan yang rosak yang masih ada di luar kawasan kelas,setor sukan dan kedai sekolah.Selain itu PK HEM turut memaklumkan tentang penghantaran gambar-gambar yang menunjukkan suasana dan situasi keadaan sekolah sepanjang berlaku banjir serta proses pembaikpulih bilik darjah bagi memastikan sesi persekolahan dapat dijalankan.Lawatan En Azmi bin Senik berakhir jam 1115 pagi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.