Selasa, 12 Ogos 2014

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN MANTAN PK HEM PN DOROTHY LOOI SUET FONG MERIAH.

Pada Ahad 10 Ogos 2014 jam 200 petang,MGKJ bersama PK Ko telah mengadakan Majlis Jamuan Perpisahan PK HEM Pn Dorothy yang bertukar sebagai PK1 di SK Mak Lagam,Kemaman.Dalam majlis ini,turut serta hadir ialah PK1 Pn Norazizan,PK HEM En Syed Amran Tuan Padan dan PK Ko En Ruzaidi bin Ibrahim.

Pn Dorothy memulakan khidmat di sekolah ini sebagai PK Ko dan dinaikkan pangkat kepada PK HEM sebelum bertukar ke SK Mak Lagam sebagai PK1.

Antara guru yang tidak dapat hadir atas urusan ialah Tuan Guru Besar,Guru Agama En Zulkifli dan Guru Media En Mat Zaik. Dalam majlis ini telah diadakan jamuan makan tengahari dan ucapan yang disampaikan oleh Pn Dorothy.

Majlis berakhir jam 330 petang dengan penyampaian sumbangan Cenderahati kepada Pn Dorothy atas khidmat bakti beliau selama hampir 4 tahun.

PERASMIAN MAJLIS SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2014

Pada Ahad 10 Ogos 2014,Unit Kokurikulum telah mengadakan Program Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat sekolah yang mana ianya dilancarkan semasa perhimpunan pagi Ahad.Pelancaran ini telah dirasmikan oleh PK Ko iaitu En Ruzaidi bin Ibrahim.

Dalam majlis ini,En Ruzaidi telah menyampaikan ucapan serta telah mengagihkan bendera kepada ketua kelas untuk dipasang dan dikibarkan.Dalam ucapan PK Ko,menyatakan pelbagai acara baka dirancang bagi menghidupkan Sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah yang diperttyanggungjawabkan kepada Panitia Kajian Tempatan dan Sivik.Majlis berakhir jam 815 pagi.

GURU MEDIA RKT HADIR TAKLIMAT PENGAWASAN UPSR DI PPD KEMAMAN

Pada 10 Ogos 2014 Ahad,Guru Meddia RMT iaitu Cikgu Mat Zaik bin Mohd Yusof telah hadir untuk mendengar taklimat Pengawasan UPSR 2014 di Bilik Mesyurata Zamrud di PPD Kemaman bersama hampir 80 orang ketua pengawas UPSR dari sekolah-sekolah Daerah Kemaman.

Dalam taklimat tersebut,ianya dipengerusikan oleh En Rozi dari PPD Kemaman dan taklimat disampaikan sepenuhnya oleh Pegawai dari Unit Peperiksaan JPNT iaitu En Shamsuddin.Taklimat yang bermula jam 830 pagi berakhir jam 430 petang.

GURU BESAR RKT BERSAMA MURID DI KEM TUTORIAL UPSR 2014 DI SK SEBERANG TAYOR.

Pada Rabu 6 Ogos 2014,Tuan Guru Besar RKT En Nor Azmi bin Muda telah meluangkan masa hadir memberi sokongan kepada murid yang mengikuti Kem Tutorial UPSR yang dijalankan di Sk Seberang Tayor.Tuan Guru Besar telah mengadakn pertemuan dengan Guru Besar SK Seberang tayor Pn Hjh Wan Akma sebelum melakukan tinjauan perjalanan kem tersebut.

Tuan Guru turut berpeluang menyampaikan sedikit kata-kata rangsangan dan semangat kepada murid yang mengikut kem tersebut agar murid yang dipilih menyertai kem ini dapat mengikuti kem ini dengan baik bagi memastikan murid memperoleh kejayaan dalam UPSR.


SAMBUTAN JAMUAN HARI RAYA 2014 PENUH NOSTALGIA DI RKT

Pada 7 Ogos 2014,RKT telah mengadakan Sambutan Majlis Hariraya peringkat sekolah 2014.Sambutan ini adalah merupakan program tahunan sekolah ini yang mana ianya bertujuan meraikan hari yang Mulia Hari Raya.

Program yang dirancang lebih dari seminggu yang lalu,diatur sebegitu rapi dengan persediaan yang cukup teliti di bawah pengurusan PK Kokurikulum iaitu En Ruzaidi bin Ibrahim.Pembahagian tugas yang di agihkan memudahkan guru memainkan peranan masing-masing.

Persiapan untuk sambutan Majlis Hari Raya dimulai pada pagi 7 Ogos 2014 Khamis dengan penghantaran pelbagai juadah yang disediakan.Antara juadah raya yang disediakan ialah satey,lemang dan ketupat,tapey,laksa,pelbagai aneka air,buah-buahan,kueh mueh,nasi dagang dan lain-lain lagi.

Antara jemputan yang hadir pada sambutan kali ini ialah YB Tn Hj Wan Abdul Hakim bin Tan Sri Wan Mokhtar serta kakitangan pejabat DUN Air Puteh,Wakil PPD Kemaman,En Mohd Asri bin Abd Rashid,Wakil Icon OFFSHORE En Mohd Amin,Pengurus Felda En Jamil bin Abbas serta kakitangan FELDA,Pengerusi JKKK FELDA Seberang Tayor En Halimun dan AJK JKKK FELDA,Pengetua SAR Seberang Tayor Tn Hj Ramli,Ketua Polis Balai Air Puteh Sjn Zulkifli,YDP PIBG En Zulkifli bin Abd Ghani bersama AJK PIBG,Pn Asmarani bt Abdullah bekas PK1sekolah ini,Guru Besar SK Pasir Gajah En Abd Rahim bin Salleh serta Guru Besar SK Ayer Puteh Pn Maznah bersama PK HEM En Nazarimi   dan dikalangan ibubapa.

Latarbelakang Program......ringkas tetapi menarik dari idea Pn Marfazilia
Juadah yang baru nak dihidangkan
AJK Makanan nak hidang makanan
Tengok apa tu Ustaz wehhhh
Murid menjamu kuih...
En Mohd Amin dan pegawai Off Shore...tetamu kita
Guru dan kakitangan RKT...ceria beb
Muriod menanti nak jamah hidangan
PK HEM tunjuk bakat...bravooooo
YDP PIBG diapit pentadbir sekolah
GB iringi YB dan kakitangan Pejabat DUN Ayer Puteh
Geng baju Kelabu.....
Cikgu lelaki RKT
Kumpulan Koir buat persembahan
PK HEM bersama Wakil PPD En Asri bersama YB
GB menyampaikan sumbangan duit raya
Jumputan...PK1 lama...Pn Asmarani {kiri}..terima kasih hadir
Murid menanti ....duit rayalah beb
Nak makan ni...bila nak start
Pengacara.....veteran punya
Pekerja kantin sekolah
Episod terakhir.....makanan lebih dibungkus-bungkuskan...
 
Majlis yang dihoskan oleh Cikgu Zaik pada hari ini diserikan dengan persembahan koir hari raya oleh kumpulan Koir dari Tahun 5B.Turut menyambut kehadiran tetamu ialah PK1 Pn Norazizan,PK HEM Cikgu Syed Amran dan PK Ko Cikgu Ruzaidi.Majlis yang berlangsung jam 1000 pagi berakhir jam 1245 tgh dengan majlis pembahgian duit raya oleh pihak pentadbir.

Selasa, 5 Ogos 2014

PEGAWAI SISC + DARI PPD KEMAMAN MEMBERI BIMBINGAN DALAM PDP

Pada 5 Ogos 2014,Pegawai SISC + dari PPD Kemaman En Anuar bin Ibrahim telah hadir untuk melihat perjalanan PdP bagi subjek BM di RKT.En Anuar bin Ibrahim yang tiba di sekolah ini pada pagi Selasa  dan telah membuat perbincangan dengan Pn Salamiah binti Jusoh untuk melihat perjalanan PdP di Kelas Tahun 5B bagi subjek BM.

Selesai melihat perjalanan PdP,En Anuar bin Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan Tuan Guru Besar,En Nor Azmi bin Muda.En Anuar bin Ibrahim mengakhiri lawatannya ke sekolah ini pada jam 1130 pagi.

PERHIMPUNAN PERTAMA SELEPAS CUTI HARI RAYA 1435H

Pada Ahad 3 Osos 2014,Sekolah ini telah mengadakan perhimpunan pertama bagi sesi selepas menyambut Hari Raya.Perhimpunan pada pagi ini dimulakan dengan bacaan doa dan ikrar serta nyanyian lagi Negaraku,Selamat Sultan dan Lagu sekolah.Kemudian ianya disusuli dengan lap[oran guru bertugas yang disampaikan oleh Cikgu Noorazita bt Razali.

Turut hadir dalam perhimpunan ini ialah Tuan Guru Besar,PK1,PK HEM dan PK Ko.Dalam perhimpunan ini,Tuan Guru Besar telah menyampaikan ucapan dan meminta agar segala amalan yang telah dijalankan selama ini di sekolah ini diterus dan dijalankan seperti biasa.

Perhimpunan berakhir jam 815 pagi dan guru berkumpul untuk tazkirah ringkas oleh tuan Guru Besar selama 3 minit.

SAMBUTAN MAJLIS KHATAM QURAN PERINGKAT RKT BERJAYA DILAKSANAKAN

 Banner majlis Khatam
Murid yang hadir
 Naskah Quran dan muqaddam
Menguruskan siaraya
 Murid lelaki terlibat dengan berkhatam
 Menguruskan murid....
 Menunggu untuk memulakan pembacaan
 Sedia membaca
 Ustaz Hamdi dan Ustaz Harun
Ibubapa yang hadir
Guru wanita
 Semuanya dah masuk wassap...kata Pn Salamiah
 Wakil PPD En Abd Ghani bin Samad {Kiri}
 YDP PIBG En Zulkifli b Abd Ghani
 NYDP PIBG Pn Ani menyampaikan sumbangan duit
 Tuan GB menyampaikan cenderahati kepada Wakil PPD
Menunggu untuk pulang

Pada 24 Julai 2014,Khamis....Panitia Agama Islam di bawah Unit Kurikulum telah mengadakan Majlis Khatam Quran peringkat sekolah yang melibatkan hampir 60 orang murid.Program ini yang dijalankan sepanjang bulan Ramadhan melibatkan semua guru yang mengkhatamkan quran semasa waktu rehat.

Program yang dijalankan ini telah dirasmikan oleh Wakil PPD Kemaman En Abd Ghani bin Samad yang masa turut hadir ialah YDP PIBG En Zulkifli bin Abd Ghani dan NYDP PIBG Pn Rohani.Majlis  berakhir jam 1245 tengahari.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR

Sambutan Hari Jadi Murid.