Selasa, 22 Januari 2013

HARI TERAKHIR GB EN MOHD SAIDI DI RKT PENUH BERMAKNA

 Hampir 200 orang murid berkumpul
 Tuan GB menyampaikan ucapan
 Tuan GB bersalaman dengan murid
 YDP PIBG menyampaikan ucapan
 Pn Zainon berucap
 Cikgu Razali menyampaikan ucapan
 Tuan GB menyampaikan cenderahati kepada Cikgu Razali
 Cikgu Zainon menerima cenderahati
 Tuan GB menerima cenderahati dari PK1
 YDP PIBG menyampaikan cenderahati
 Guru lelaki memilih juadah.....
 GB bersantai dengan guru lelaki
 Kakitangan sekolah turut serikan majlis
GB melayan tetamu.....

Pada 22 Januari 2013,Selasa jam 1245 tgh bertempat di dataran himpun pagi telah diadakan majlis bersalaman sempena pertukaran Guru Besar En Mohd Saidi bin Embong ke sekolah baru.Dalam majlis tersebut,Tuan Guru Besar telah menyampaikan amanat terakhir agar semua murid sentiasa menjaga etika tingkah laku dan belajar bersungguh-sungguh demi kecemerlangan.Dalam majlis tersebut,turut hadir ialah YDP PUBG En Yusof bin Mat Ali.Selesai ucapan,Tuan Guru Besar telah bersalam dengan hampir 200 orang murid yang berhimpun di situ.

Selesaui majlis tersebut,semua guru telah menghadiri majlis jamuan perpisahan Tuan Guru Besar yang diadakan oleh Majlis Guru dan Kakitangan {MGK} yang dipengerusikan oleh Cikgu Mohamad Zaki bin Ramli.Dalam majlis tersebut,turut diraikan ialah guru yang sudah bertukar iaitu Cikgu Mohd Razali bin Mat Hussin dan Cikgu Zainon binti Othman.Turut hadir dalam majlis jamuan ini ialah Tuan Guru Besar SK Seberang Tayor dan PK HEM Pasir Gajah.

Dalam majlis ini,MGK dan PIBG telah menyampaikan cenderahati kepada Tuan Guru Besar.Kemudian majlis ditamatkan dengan jamuan makan tengahari iaitu Tom Yan,ikan siakap tiga rasa dan masak stim,nasi putih,ulaman,sambal dan sirap.Ternyata semua yang hadir berselera menikmati juadah hidangan.Majlis berakhir jam 215 petang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.