Khamis, 31 Januari 2013

PERTEMUAN PERTAMA GB EN NOR AZMI BIN MUDA BERSAMA GURU DALAM TAKLIMAT RINGKAS GB

 Antara guru yang hadir
 Guru bersedia untuk membuat catatan
 Tuan Guru Besar memaklumkan beberapa perkara
PK HEM  dan PK 1 hadir sama

Pada 31 Januari 2013,Khamis jam 130 tengahari,Tuan guru Besar En Nor Azmi bin Muda buat pertama kalinya mengadakan pertemuan secara formal bersama guru-guru di Bilik Mesyuarat SKRKTST yang terletak di Perpustakaan Sekolah.Dalam Majlis Perjumpaan dan Taklimat Guru Besar ini turut dihadiri oleh Guru-guru Penolong Kanan dan kesemua guru lain yang berjumlah seramai 20 orang.

Dalam pertemuan ini,Tuan Guru Besar telah menyampaikan ucapan dan pengharapan beliau terhadap dalam mentadbirurus SKRKTST.Antara perkara yang dimaklumkan oleh Tuan Guru Besar ialah bagaimana menguruskan masa dalam P & P guru,menjalankan tugas dalam suasana ceria,gembira dan tanpa rasa tertekan,dan perkara berkaitan dengan pelaksaan tugas dan perkhidmatan ,yang harus mengikut kehendak perkhidmatan.Walaubagaimanapun Tuan Guru Besar juga turut menyentuh bahawa nilai budibicara tetap beliau ambil perhatian.

Selain dari Tuan Guru Besar,Guru Penolong Kanan turut memberikan makluman dalam majlis ini berkaitan dengan bidang pengurusan masing-masing.Majlis berakhir jam 230 petang.





Rabu, 30 Januari 2013

KETUA UNIT PAKK DAN PRA SEKOLAH JPNT HADIR DI RKT TINJAU PERJALANAN KELAS PRA

En Zakarian Muda menyatakan sesuatu sambil diambil cakna oleh Tuan Guru Besar
Cikgu Harun dan Pn Rafidah dalam perbincangan bersama Ketua Unit Pra 
Perbincangan dijalankan di Kelas Pra SKRKTST
Ketua Unit PAKK dan Pra Sekolah menyatakan sesuatu
Tuan Guru Besar bersama Ketua Unit Pra Sekolah
Cikgu Harun mencatatkan maklumat yang diberikan

Pada 30 Januari 2013,Rabu jam 1200 tgh Pra Sekolah SKRKTST telah dilawati oleh Ketua Unit PAKK dan Pra Sekolah JPNT.Kehadiran  En Zakaria bin Muda disambut oleh Tuan Guru Besar En Nor Azmi bin Muda.

Dalam kunjungan ini,En Zakaria bin Muda telah mengadakan pertemuan dengan Guru Pra Sekolah iaitu Cikgu Harun bin Salleh  dan pembantu Pra Pn Rafidah bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan perjalanan Pra Sekolah di sekolah ini.Kunjungan Ketua Unit Pra Sekoah berakhir jam 140 tengahari.




PERTUKARAN GB SKRKTST BERKUATKUASA 16 JANUARI 2013


Pertukaran Guru Besar & GPK kuatkuasa 1 Jan 2013

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu melalui Unit Sekolah Rendah dengan kerjasama Unit Naik Pangkat dalam Tahun 2013 akan melaksanakan dasar pertukaran dan urusan penempatan naik pangkat bagi Guru Besar dan Guru Penolong Kanan sebagaimana berikut:
  1. Tarikh  pertukaran dan penempatan (pengisian dan penawaran ) pada setiap 1hbdan 16hb kecuali pada bulan Disember
3 GB YANG AKAN BERTUKAR.........

MOHD SAIDI BIN EMBONG (630126-11-5089)
DGA34
SK RKT SEBERANG TAYOR, 24020 KEMAMAN, TERENGGANU
A
SK KG BARU RASAU KERTEH 5, 23300 KETENGAH JAYA, TERENGGANU
A
LOT 3602, KG. PENGKALAN RANGGON, 24300 KERTEH, KEMAMAN, TERENGGANU.
16/01/2013
PERTUKARAN SETARA ATAS CADANGAN PPD KEMAMAN

4 GB YANG AKAN DATANG KE RKT

NOR AZMI BIN MUDA (660604-11-5129)
DGA32
SK KAMPUNG SHUKOR, 23000 DUNGUN, TERENGGANU
SKM B
SK RKT SEBERANG TAYOR, 24020 KEMAMAN, TERENGGANU
A
LOT 9161, JLN. INTAN, BALAI BESAR, 23000 DUNGUN, TRG.
16/01/2013
TAWARAN BARU

TUAN GURU BESAR DIKUNJUNGI YDP PIBG: PERTEMUAN KENAL MESRA

 YDP bersama GB
 Perbincangan berlaku secara santai di kantin sekolah
 YDP PIBG menyatakan sesuatu
Tuan Guru Besar bersama YDP PIBG di kantin sekolah

Pada 30 Januari 2013,Rabu jam 1145 pagi,YDP PIBG SKRKTST En Yusof bin Mat Ali telah meluangkan masa bertemu dengan Tuan Guru Besar En Nor Azmi bin Muda yang mana pertemuan kali pertama ini adalah untuk membincangkan beberapa perkara selain dari pertemuan untuk berkenal mesra.

Dalam pertemuan ini,Tuan Guru Besar dan YDP PIBG bertukar-tukar cerita selain membincangkan perkara berkaitan PIBG dan hal-hal yang melibatkan sekolah.Secara kebetulan pula,ianya berlaku di kantin sekolah dan ini memberi ruang kepada YDP PIBG dan Tuan Guru Besar berbincang dengan lebih santai.

Pertemuan YDP dan Tuan Guru Besar berakhir jam 1230 tengahari.Penulis yang  hadir bersama YDP PIBG sempat merakan detik pertemuan pertama ini.

Selasa, 29 Januari 2013

GPM/GURU ICT RKT HADIRI TAKLIMAT MENGGUNAAN DOGLE 1BESTARI NET

 En Rafhan menyampaikan taklimat
 GPM/ICT yang hadir
 GPM/ICT RKT bersama GPM/ICT SK Cheneh 2
 Kotak luar hadapan Dongle
 5 nama pendaftaran
 5 bentuk dongle
Dongle.....

Pada 29 Januari 2013 Selasa jam 230 petang, bertempat di PKG Cheneh,GPM/Penyelaras ICT SKRKTST Cikgu Mat Zaik bin Mohd Yusof telah menghadiri kursus dan taklimat penggunaan dongle 1Bestarinet yang disampaikan oleh Pegawai Teknopen PKG En Ahmad Rafhan bin Zaid.

Dalam taklimat tersebut,semua GPM/Guru ICT yang hadir diwajibkan mendaftarkan diri melalui Atas Talian bagi penggunaan dan pengagihan dongle.SKRKTST telah diberikan 5 dongle yang disefat semacam "broadband" berdasarkan keramaian guru iaitu 20 orang.

Bagi SKRKTST,diperuntukkan penggunaan dongle mengikut nisbah iaitu 2 untuk pentadbiran,1 untuk GPM/Penyelaras ICT,1 untuk ketua panitia BM dan 1 untuk ketua panitia Sains/Matematik.Majlis taklimat berakhir jam 430 petang.




PK1 HARGAI GURU TUISYEN SEKOLAH UNTUK KELAS 2012

 PK1 menyampaikan sumbangan perhargaan kepada Cikgu Salamiah
Pn Maslizawati antara guru yang mengajar Tusyen Sekolah 2012 lalu

Sepanjang tahun 2012 yang lalu,Unit Kurikulum telah mengadakan Kelas Tuisyen Sekolah melibatkan matapelajaran teras untuk murid tahun 4,5 dan 6.Kelas Tuisyen yang dirancang oleh Unit kurikulum dibawah kepimpinan Pn Asmarani bt Abdullah,GPK1 sekolah ini adalah merupakan usaha murni pihak sekolah untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap apa yang dipelajari semasa sesi persekolahan biasa.

Pada 29 Januari 2013,Selasa,bertempat di bilik guru,Unit Kurikulum Sekolah telah menghargai kerjabuat guru-guru Tuisyen Sekolah yang mana sedikit sumbangan ikhlas disediakan.PK1 Pn Asmarani bt Abdullah telah mengambil inisiatif untuk menghargai kerjabuat murni guru-guru terlibat dalam menjayakan Tusyen Sekolah tahun 2012.

Penulis sempat merakamkan detik perhargaan ini .Penghargaan ini membuktikan kerjabuat guru sentiasa diberi perhatian oleh pihak pengurusan sekolah.Semoga tahun 2013 ini,kejayaan pasti akan lebih cemerlang.

Isnin, 28 Januari 2013

HARI PERTAMA GB NOR AZMI BIN MUDA BERSAMA DI RKT

 Pn Zainab bt Mat Roka...guru bertugas
 Tuan GB menyampaikan ucapan
 Tuan GB En Nor Azmi bin Muda bersama PK HEM
 Guru Wanita SKRKTST
Pentadbir Sekolah
Guru lelaki mendengar tazkirah

Pada 27 Jan 2013,Ahad ,warga  sekolah ini telah berpeluang bersama dengan Tuan Guru Besar En Nor Azmi bin Muda yang memulakan tugas sebagai Guru Besar baru menggantikan En Mohd Saidi bin Embong yang bertukar.

Tuan Guru Besar juga berpeluang berada bersama di perhimpunan pagi yang dijalankan pada setiap hari Ahad.Semua GPK hadir bersama diperhimpunan ini.Dalam ucapan aluan beliau,Tuan Guru Besar melahirkan rasa gembira apabila murid dan guru sekolah ini berada dalam suasana bersedia,kemas dan berada dalam tahap kesediaan yang teratas.

Selain dari itu,beliau juga sempat bersama guru dalam program tazkirah pagi yang mana dalam ucapan beliau menyentuh tentang harapan dan kerjasama guru untuk bersama beliau dalam segala hal bagi memastikan kejayaan sama ada dalam bidang Kurikulum dan kokurikulum.Majlis berakhir jam 815 pagi.


Selasa, 22 Januari 2013

TUAN GB PUNCH KAD KELUAR BUAT KALI TERAKHIR DI RKT

Tuan Guru Besar En Mohd Saidi bin Embong memasukkan kad untuk kali terakhir.

Tepat jam 255 petang,Selasa 22 Januari 2013,Tuan Guru Besar En Mohd Saidi bin Embong telah merakamkan punch kad terakhir beliau untuk keluar dan bertugas di sekolah baru.Penulis sempat merakamkan detik peristiwa tersebut.Tuan Guru Besar yang memulakan tugas pada 1 Julai 2012 dan menamatkan jadual tugas beliau di sekolah ini pada 22 Jan 2013,iaitu berjumlah 6 bulan 22 hari beliau bertugas di sekolah ini.Penulis ucapkan jutaan terima kasih atas khidmat bakti dan kepimpinan beliau sepanjang bertugas di SKRKTST.SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH BARU.

HARI TERAKHIR GB EN MOHD SAIDI DI RKT PENUH BERMAKNA

 Hampir 200 orang murid berkumpul
 Tuan GB menyampaikan ucapan
 Tuan GB bersalaman dengan murid
 YDP PIBG menyampaikan ucapan
 Pn Zainon berucap
 Cikgu Razali menyampaikan ucapan
 Tuan GB menyampaikan cenderahati kepada Cikgu Razali
 Cikgu Zainon menerima cenderahati
 Tuan GB menerima cenderahati dari PK1
 YDP PIBG menyampaikan cenderahati
 Guru lelaki memilih juadah.....
 GB bersantai dengan guru lelaki
 Kakitangan sekolah turut serikan majlis
GB melayan tetamu.....

Pada 22 Januari 2013,Selasa jam 1245 tgh bertempat di dataran himpun pagi telah diadakan majlis bersalaman sempena pertukaran Guru Besar En Mohd Saidi bin Embong ke sekolah baru.Dalam majlis tersebut,Tuan Guru Besar telah menyampaikan amanat terakhir agar semua murid sentiasa menjaga etika tingkah laku dan belajar bersungguh-sungguh demi kecemerlangan.Dalam majlis tersebut,turut hadir ialah YDP PUBG En Yusof bin Mat Ali.Selesai ucapan,Tuan Guru Besar telah bersalam dengan hampir 200 orang murid yang berhimpun di situ.

Selesaui majlis tersebut,semua guru telah menghadiri majlis jamuan perpisahan Tuan Guru Besar yang diadakan oleh Majlis Guru dan Kakitangan {MGK} yang dipengerusikan oleh Cikgu Mohamad Zaki bin Ramli.Dalam majlis tersebut,turut diraikan ialah guru yang sudah bertukar iaitu Cikgu Mohd Razali bin Mat Hussin dan Cikgu Zainon binti Othman.Turut hadir dalam majlis jamuan ini ialah Tuan Guru Besar SK Seberang Tayor dan PK HEM Pasir Gajah.

Dalam majlis ini,MGK dan PIBG telah menyampaikan cenderahati kepada Tuan Guru Besar.Kemudian majlis ditamatkan dengan jamuan makan tengahari iaitu Tom Yan,ikan siakap tiga rasa dan masak stim,nasi putih,ulaman,sambal dan sirap.Ternyata semua yang hadir berselera menikmati juadah hidangan.Majlis berakhir jam 215 petang.


Isnin, 21 Januari 2013

BANTUAN PERSEKOLAHAN 1 MALAYSIA: MURID DI RKT MULA MENERIMA SUMBANGAN INI

 Pn Nornazifa mengagihkan surat panggilan penerima bantuan persekolahan
 Ini suratnya......
 Kami menerimanya.......
 Murid gembira menerima surat panggilan penerimaan bantuan persekolahan
 Pn Nornazifa mengagihkan bantuan persekolahan kepada seorang guru
Alhamdulillah.....bantuan persekolahan untuk anak-anak
Tuan GB RKT bersama GB dari sekolah terlibat bergambar bersama YB

Pada 21 Januari 2013 Isnin jam 1000 pagi,Majlis penyerahan Bantuan Persekolahan 1Malaysia beberapa sekolah  termasuk SK RKTST telah dilancarkan oleh YB Tn Hj Wan Abdul Hakim bin Wan Mokhtar,ADUN Air Puteh di SMK Ayer Puteh.Ibubapa dari sekolah ini juga turut terlibat dengan penerimaan bantuan dari kerajaan Malaysia ini.

Di bawah pengurusan UNIT HEM yang dikelolakan oleh En Mohd Asri bin Abd Rashid,,guru-guru dari AJk Kebajikan iaitu Pn Nornazifa,Pn Wan Suryani,Pn Syazwina dan Cikgu Mohd Fadzil telah ditugaskan memurnikan pembahagian yang dilakukan di kaunter yang ditetapkan di SMK Ayer Puteh.Selain itu,seramai 10 orang ibubapa murid dari sekolah ini telah menerima sumbangan secara simbolek bagi mewakili keseluruhan penerima dari YB ADUN Air Puteh di atas pentas.Turut hadir dimajlis ini ialah Tuan Guru Besar SKRKTST En Mohd Saidi bin Embong.

Melalui surat panggilan yang diedarkan kepada murid oleh Cikgu Nornazifa,ibubapa murid diwajibkan membawa surat panggilan tersebut untuk membolehkan wang bantuan diserahkan.Selain dari ibubapa,guru-guru yang mempunyai anak di sekolah ini turut  merasai menerima sumbangan bantuan ini yang berjumlah RM100 untuk seorang anak.




Sambutan Hari Jadi Murid.