Ahad, 30 September 2012

BANNER PROGRAM ANJURAN UNIT HEM SKRKTST

 PK HEM {Kanan} En Mohd Asri  bersama Cikgu Zaik nak pasang banner
Dipasang di pagar sekolah

Pada 30 Sept 2012.Ahad,Unit HEM yang akan mengadakan aktiviti PASCA UPSR pada 2 Oktober nanti telah menyediakan banner untuk memaklumkan program tersebut.Banner yang digubah oleh EIO En Ahamad Lotfi Abd Rashid ini telah ditempah oleh Cikgu Zaik setelah mendapat persetujuan dari PK HEM En Mohd Asri.Banner yang siap ini telah digantung di pagar tembok sekolah untuk makluman ibubapa dan murid.



TAZKIRAH OLEH TUAN GURU BESAR:PENAMBAHBAIKAN DALAM KERJABUAT GURU

 Tuan Guru Besar memulakan tazkirah Pagi Ahad
 Barisan Pentadbir,PK KO,PK1,GB dan PK HEM
Guru wanita SKRKTST

Pada 30 Sept 2012,minggu kedua program tazkirah yang disampaikan oleh tuan Guru Besar.Program Tazkirah yang disampaikan ini adalah merupakan salah satu cara perkongsian ilmu dalam penambahbaikan kerjabuat guru.Antara intipati yang diperkatakan oleh Tuan Guru Besar ialah tentang mewujudkan kajian tindakan bagi setiap perlakuan yang berkaitan dengan meningkatkan pencapaian dalam P & P.

Turut menyampaikan pesan dalam tazkirah ini ialah PK1 yang mana memperkatakan kaedah susunan meja guru untuk tahun 2013 yang lebih mesra murid dan menampakkan keserasian guru dalam  pengajaran di kelas.Selain itu keceriaan kelas turut diperjelaskan oleh PK1 dalam mewujudkan persekitaran P&P yang selesa.Tazkirah yang mengambil masa 5 hingga 10 minit ini merupakan salah satu pendekatan baru oleh Tuan Guru Besar dalam menyampaikan maklumat kepada warga guru.

SUASANA BARU SEMASA PERHIMPUNAN AHAD

 Semasa nyanyian dan ikrar...pengawas berada di hadapan murid
Pengawas tiada lagi di hadapan semasa guru menyampaikan ucapan

Pada 30 Sept 2012,dalam perhimpunan pagi Ahad mulai minggu ini,sebagaimana yang disarankan oleh Tuan Guru Besar,Unit HEM telah memperkenaskan lagi kedudukan pengawas sekolah semasa perhimpunan pagi Ahad.

Pengawas diatur berbaris di hadapan semua murid untuk memimpin nyanyian dan bacaan ikrar.Pengawas lelaki yang kebanyakannya lengkap berpakaian Pengawas diatur di sebelah kanan manakala pengawas perempuan di sebelah kiri.Semasa menyanyi,pengawas akan berdiri tegak dan memimpin nyanyain bersama semua guru.

Apabila selesai nyanyain dan bacaan ikrar,pengawas ini dalam barisan berbaris keluar menuju ke belakang perhimpunan untuk mengawasi disiplin murid.

Sabtu, 29 September 2012

GURUPUN DAPAT BONUS SEBULAN GAJI LAGI...TERIMA KASIH PM


FRIDAY, SEPTEMBER 28, 2012

Bajet 2013: Tambahan bonus sebulan gaji kakitangan awam


KUALA LUMPUR 28 Sept. - Kira-kira 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus sebulan gaji manakala pesara akan menerima RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata bonus sebulan itu sebagai tambahan kepada setengah bulan gaji yang telah dibayar sebelum perayaan Aidilfitri yang lepas, Bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.

"Sebagai kerajaan yang mengenang budi, suka saya mengumumkan pemberian bonus sebanyak satu setengah bulan gaji. Dari jumlah tersebut, setengah bulan telahpun diberikan menjelang Aidilfitri yang lepas," kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini. 

Kerajaan pada Ogos lepas memberikan bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500 kepada semua penjawat awam, manakala pesara menerima RM500 bagi menyambut Aidilfitri. 

Najib berkata pemberian bonus tersebut diharap dapat mengurangkan beban penjawat awam terutamanya yang berkeluarga, bagi menghadapi musim persekolahan yang akan bermula Januari depan. - BERNAMA

Jumaat, 28 September 2012

TAKLIMAT PBS OLEH GURU BESAR: SEMUA GURU AMBIL CAKNA

 Tuan Guru Besar memberi taklimat
 Antara guru yang hadir
 Guru membuat catatan

 Berfikir panjang....tentu faham tuuuuu
Kalangan guru wanita yang mendengar taklimat

Pada 27 Sept 2012,jam 117 tgh,telah diadakan satu taklimat PBS oleh Tuan Guru Besar,En Mohd Saidi bin Embong bersama PK1 Pn Asmarani bit Abdullah.Taklimat yang berfokoskan kepada pemahaman terhadap proses pembentukan dan cara menjalankan  ujian PBS di sekolah yang melibat murid KSSR iaitu murid ahun 1 dan tahun 2 bagi tahun 2012 ini.

Taklimat yang pertama kali diadakan di makmal komputer ini dihadiri oleh semua guru kecuali PK Ko Pn Dorothy atas urusan kesihatan.Dalam taklimat ini,guru diberi pendedahan terhadap skala pencapaian murid KSSR yang berkaitan dengan kedudukan BAND murid.

Taklimat berakhir jam 220 petang.

TALI BENDERA DAPAT DIPASANG DENGAN BANTUAN CREN PASANG LAMPU JALAN

 Cren naik ke atas untuk memasang tali.
Tali sudah dipasang......

Pada 27 Sept 2012,jam 1015 pagi,masalah pemasangan tali bendera yang putus sejak hampir 1 bulan yang lalu akhirnya dapat diselesaikan apabila sebuah cren yang kebetulan sedang melakukan kerja pemasangan lampu jalan lalu di hadapan kawasan sekolah.

Atas jasa baik,pemandu cren tersebut bersama pembantunya tiada halangan untuk membantu memasang tali bendera pada "buah pir" bagi membolehkan bendera sekolah dinaikkan semula.Pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kedua insan yang baik hati ini yang memasang tali tersebut yang hanya memakan masa 10 minit sahaja .

Khamis, 27 September 2012

PASCA UPSR: MENGECAT PAGAR TEMBUK

Pak Ngoh dan Ali ...memulakan kerja mengecat
Murid tahun 6 lelaki.....mengecat
Murid tahun 6 perempuan sempat bergaya lagiiii
Tuan Guru Besar hadir memberi sokongan kepada kerja mengecat ini
Cikgu Zaik dan Pok Ngah bersama murid lelaki
Cikgu Marfa dan Cikgu Noorazita.......
Sentuhan terakhir......dah nak siap niiiii
Ini hasilnya....

Pada 27 Sept 2012,Khamis  bermula jam 815 pagi,Unit HEM di bawah En Mohd Asri telah merjaya menyelesaikan satu projek iaitu Mengecat Tembuk Pagar Hadapan Sekolah.Program di bawah kelolaan Cikgu Mat Zaik bersama Pekerja swasta {Pok Ngah} dibantu oleh semua murid tahun 6.

Antara kerja yang dilakukan ialah mengecat semula 6 ruang tembok pagar dengar warna biru  muda dan tiangnya dengan warna merah,yang mana semasa kerja gotongroyong ini dijalankan,ianya  turut diberi sokongan oleh Tuan Guru Besar,En Mohd Saidi bin Embong dengan kerjasama guru tahun enam iaitu Pn Marfa,Pn Noorazita  dan Cikgu Razali serta Teacher Sabariah.

Kerja mengecat ini yang bertujuan menceriakan suasana pintu masuk ke sekolah SKRKTST adalah
 merupakan kesenambungan dari  gotong royong perdana yang dilakukan pada awal september dahulu.Kerja mengecat selesai sepenuhnya jam 12.00 tengahari.

Isnin, 24 September 2012

MURID TAHUN 6 PASCA UPSR SKRKTST IKUTI PERKHEMAHAN PENGAKAP DAERAH

 Pengakap yang terpilih...10 orang
Angkat beg masuk dalam kereta Ckgu fadzil dan Ckg Zaki lahhhh
 Murid sedang berehat berhampiran khemah
 Cikgu Zaki memberi arahan membersihkan kawasan khemah
 Murid berehat menanti makan tengahari
Cikgu Zaik bersama pasukan pengakap SKRKTST

Pada 23,24 dan 25 Sept 2012,Ahad hingga Selasa,murid tahun 6 seramai 10 yang terdiri dari Pasukan Pengakap telah turut serta dalam perkhemahan tahunan Pengakap Daerah Kemaman di bawah Program Pasca UPSR di Pusat Ko Daerah Kemaman iaitu di SK Seberang Tayor.

Di bawah Unit Kokurikulum pimpinan Pn Dorothy,Pasukan Pengakap SKRKTST telah turut serta dengan menghantar 10 orang ahli pengakap tahun 6 di bawah kelolaan Pemimpin Pengakap iaitu Cikgu Fadzil dan Cikgu Zaki.Antara guru lain yang terlibat ialah Cikgu Zaik yang bertugas pada malam 23 Sept hingga 24 Sept,Cikgu Razali bertugas malam 24 Sept ,Cikgu Harun,En Ahamad Lotfi dan Ustaz Zulkifli.

Selain itu guru yang turut terlibat dengan tugasan lain ialah Pn Noorazita dan Pn Suriani dalam pembahagian makanan petang pada 24 Sept 2012.SKRKTST telah memasang 3 buah khemah dengan pembahagian 3,3 dan 4 orang bagi satu khemah yang terletak berhampiran dengan surau sekolah.




Khamis, 20 September 2012

PRA SEKOLAH ADAKAN JAMUAN RAYA BESERTA JAMUAN HARI JADI

 Murid menunggu giliran memotong kek
 Ibu yang hadir
 Murid  berbaris dihadapan meja masing-masing
 Kalangan murid perempuan pra sekolah
 Ibu yang hadir
 Semua murid pra
 Guru wanita menikmati jamuan
 Guru lelaki yang hadir
 Suasana dalam bilik jamuan
 Bergambar lagiiiiii
 Menadah doa....sebelum makan
Cikgu Harun bersama kaum ibu

Pada 20 Sept 2012,Khamis jam 1015 pagi,Pra Sekolah SKRKTST telah mengadakan jamuan hariraya dan sambutan hari jadi untuk 8 orang muridnya.Majlis yang turut dihadiri oleh sebilangan kaum ibu  murid pra sekolah diadakan dalam suasana yang penuh kerjasama antara guru pra,guru-guru serta kaum ibu.

Turut serta dalam jamuan hari ini ialah PK1,Pn Asmarani bt Abdullah.Antara hidangan yang disediakan oleh Pra Sekolah kali ini ialah jamuan laksa kuah masak lemak,aneka kueh myih serta rojak buah yang cukup menyelerakan manakala turut dihidangkan ialah air oren.

Majlis yang dimulai dengan acara simbolik membelah kek 8 orang murid pra berseta ibu mereka  kemudian diikuti dengan jamuan makan oleh semua yang hadir.Majlis berakhir jam 1045 pagi.


Selasa, 18 September 2012

MURID TAHUN 6 MEMBIASAKAN DIRI MEMBACA YASSIN

Murid perempuan tahun 6
Murid tahun 6 lelaki
Ustaz Zulkifli Ibrahim
Ustazah Zainab bersama murid perempuan
Kalangan yang membaca Yassin

Pada 18 Sept 2012,Selasa,penulis sempat menjenguk seketika aktiviti pagi bagi murid tahun 6 yang baru saja selesai menghadapi UPSR.Bertempat di surau sekolah,murid tahun 6 ini telah mengadakan aktiviti membaca Yassin yang dipimpin oleh Ustaz Zulkifli Ibrahin bersama dengan Ustaz Cw Fakrul serta Ustazah Wan Suriani dan Ustazah Zainab.




Isnin, 10 September 2012

GOTONG ROYONG : SUATU PENGISIAN TERLAKSANA DICAPAI

 Penyelaras Program Gotong Royong beri taklimat
 Ruang hadapan pagar.....alihkan banner
 Bersedia untuk sembur ruang pagar....
 Jalur Gemilang....perlu dibaiki......ikat biar kemas
Ustaz Fakro nak bawa anak buahnya tinjau tandas....
 Siti,Nab Dan Pn Dorothy..apa yang menarik tuuuuuu
 Gagah juga murid pempuan niiii
 Kat taman BBMBBI
Ni...cuci bilik pengawas.......

Pada 8 Sept 2012,Sabtu bermula jam 745 pagi.telah diadakan satu taklimat gotong royong menceriakan kawasan sekolah,tandas dan ruang hadapan pagar sekolah.Taklimat ringkas oleh Cikgu Zaik disambung pula oleh PK HEM diikuti dengan gerak kerhja membersih dan menceriakan kawasan yang telah ditetapkan.

Penceriaan tandas ditugaskan kepada Ustaz Fakro dan Cikgu Zainon manakala Taman BBMBBI pula kepada Ustazah Zainab dan Ustazah Siti.Cikgu Zaik dan Cikgu Harun diberi peranan membersihkan ruang hadapan pagar sekolah dengan semburan air.Cikgu Zaki dan Cikgu Fadzir diberi kepercayaan menceriakan bilik pengawas dengan mengalihkan barang di dalam bi;ik tersebut ke dalam setor PJ.

Kebanyakan tugas ini dapat diselesaikan namun hujan yang turun memberhentikan aktiviti mengecat pagar sekolah yang sepatutnya dapat disiapkan.Kerja gotong royong ini tamat jam 1230 tgh.


Sambutan Hari Jadi Murid.