Sabtu, 28 Mac 2015

Temu Murni Siri 1

      Pada 27 Mac 2015 , JK Kecemerlangan UPSR telah mengadakan Program Temu Murni bagi pelajar UPSR bersama ibu bapa masing-masing. Majlis telah diadakan di makmal komputer. Cikgu Syed Amran selaku GPK HEM telah mewakili guru besar menyampaikan ucapan alu-aluan. Selepas itu, Penyelaras UPSR, Cikgu Noorazita telah membentangkan program UPSR yang akan dijalankan sepanjang tahun 2015. Sebelum pulang , ibu bapa sempat bertemu dan bertukar pendapat dengan guru mata pelajaran dan guru kelas.Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah menjayakan program ini.







Rabu, 25 Mac 2015

Permohonan Pertukaran Guru Bagi Sesi Jun 2015


PERMOHONAN PERTUKARAN GURU SESI JUN 2015
 Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah Sesi Jun 2015 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG42, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based) dibuka mulai 01 hingga 25 April 2015.

Pengemaskinian maklumat diri melalui Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Modul Pengurusan Guru e-OPERASI adalah tanggungjawab pemohon sebelum permohonan pertukaran guru melalui Modul e-GTukar dibuka.
Sila hubungi Pejabat Pendidikan Daerah/Jabatan Pendidikan Negeri atau Bahagian masing-masing jika terdapat sebarang masalah berkaitan dengan permohonan pertukaran. (dapatkan no. telefon di 'Bantuan').

SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA PERTUKARAN YANG DILULUSKAN TIDAK BOLEH DIBATALKAN.


Sekian dimaklumkan.

Selasa, 24 Mac 2015

Majlis Tadarus Al- Quran Dan Festival Nasyid PKG Cheneh Baru 2015




Mohd Afiq Aiman mendapat johan dalam Kategori Bercerita Kisah Dari Al Quran ( L).



Chempaka Nur Ariesha  mendapat johan dalam Kategori Bercerita Kisah Dari Al Quran ( P ).

Hadiah telah disampaikan oleh Ketua Pengawai PPD Kemaman, Tuan Haji Sulaiman dan diiringi oleh Guru Besar SK Ayer  Puteh , Cikgu Maznah Bt Mohammad. Pihak sekolah mengucapkan tahniah atas kejayaan dan terima kasih kepada semua guru.


Isnin, 23 Mac 2015

Pondok Bacaan Dalam Pembinaan

SK RKT Seberang Tayor telah membina sebuah lagi pondok bacaan untuk kegunaan murid-murid.





Rabu, 11 Mac 2015

Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah Kemaman.

Bermula 8 Mac 2015 , Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah Kemaman telah dijalankan di SMK Sultan Ismail. Tidak ketinggalan para atlet dari SK RKT Seberang Tayor turut menyertai kejohanan ini. Kejayaan telah diraih oleh atlet Mohammad Faizal Aqasha Bin Ramli dalam acara lontar peluru L12 dengan mendapat pingat gangsa. Bagi atlet yang lain selamat berjuang.









Selasa, 3 Mac 2015

Merentas Desa Peringkat Sekolah

SK RKT Seberang Tayor telah mengadakan larian merentas desa peringkat sekolah pada 3 Mac 2015. Larian merentas desa ini melibatkan murid tahap 2. GPK Kokurikulum , Encik Ruzaidi Bin Ibrahim telah melepaskan semua peserta. Keputusan keseluruhan , Rumah Hijau masih lagi sukar dicabar oleh Rumah Biru dan Rumah Merah. Kemenangan ini merupakan tanda kebangkitan  Rumah Hijau dalam aktiviti sukan.

Antara medal yang ditawarkan kepada pemenang.



Taklimat oleh setiausaha sukan Ustaz Che Wan Fakhrul



Guru yang terlibat dengan tugasan masing - masing



Sesi memanaskan badan oleh Teacher Nor Azwa



Ustazah Zainab tekun mencatat keputusan



Berehat selepas penat berlari 







Hadiah disampaikan oleh GPK KO , Encik Ruzaidi Ibrahim


Isnin, 2 Mac 2015

SELAMAT BERTUGAS DI RKT

Pihak sekolah SK RKT Seberang Tayor mengucapkan selamat  datang dan bertugas kepada dua orang guru baru  iaitu Cikgu Nor Azwa Bin Sani dan Cikgu Norulhisyam. Selamat menjadi  warga SK RKT ST.


Cikgu Nor Azwa Bin Sani 


Cikgu Norulhisham


SELAMAT DATANG

Selamat datang dan bertugas kepada Guru Besar Encik Mohd Rozi Bin Hamid  ke SK RKT Seberang Tayor yang menggantikan Guru Besar Encik Nor Azmi Bin Muda.





Sambutan Hari Jadi Murid.