Rabu, 31 Disember 2008

JAMUAN PERTAMA DI KANTIN SEKOLAH

En.Hamzah,Tn.Hj Mohd Zor ,Ustaz Nik Abdullah dan Ustaz Mohd Shahriza sedang menikmati hidangan makan tengahari.


Cikgu Fadzil dan Ustazah Pn Zainab memilih lauk-pauk yang disediakan.

PENGURUSAN KANTIN BARU
Kantin SK.RKT Seberang Tayor Kemaman pada tahun 2009 ini akan diuruskan oleh penender baru iaitu En.Ismail.Beliau mempunyai pengalaman dalam pengurusan kantin sekolah sebelum ini diberi kepercayaan untuk menyediakan khidmat penjualan makanan di kantin sekolah bagi tahun 2009.

Sebagai permulaan,makan pagi dan makan tengahari semasa mesyuarat pengurusan kali ini telah disediakan oleh pihak kantin.Antara makanan pagi yang disediakan ialah air teh dan teh o bersama dengan kuih karipap dan pulut lepa.Manakala makan tengahari pula,guru-guru dihidangkan nasi putih,gulai ayam,ikan goreng bebawang,ulaman,sambal belacan dan budu,goreng kangkung dan air sirap.Memang menyelerakan.

MESYUARAT PENGURUSAN

Guru Besar,En.Hamzah Ahmad sedang menyampaikan taklimat kepada semua yang hadir.

MESYUARAT PENGURUSAN 2009

Bagi melancarkan perjalanan di hari pertama persekolahan 2009,Pentadbiran SK.RKT Seberang Tayor ,Kemaman telah mengadakan Mesyuarat Pengurusannya pada 31 Disember 2008 ,Rabu bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 1.30 tgh.

Seramai 22 orang guru,3 kakitangan sekolah dan 6 pekerja swasta telah turut hadir bagi mendengar taklimat dan pembahagian tugasan serta berbincang bagi memastikan hari pertama persekolahan berjalan dengan baik.

Semasa mesyuarat tersebut,Guru Besar En.Hamzah Ahmad dalam ucapannya mengatakan kepentingan guru hadir lebih awal ke sekolah setiap hari,disamping itu turut mengharapkan agar guru akan sentiasa berketrampilan dan hadir sewaktu perhimpunan pagi. Turut menyampaikan taklimat ialah Pn.Rosemariah {PK1},Tn Hj Mohd Zor {PK HEM} dan Pn Asmarani {PKKO).

Dalam suasana bermesyuarat yang penuh dengan respon yang membina,majlis juga turut dijamukan dengan makan tengahari di bawah pengurusan kantin baru iaitu En.Ismail.Mesyuarat kali ini telah melantik Pn.Rohana Hassan sebagai pencatat.

Rabu, 24 Disember 2008

KEJAYAAN UPSR


En.Yusof bin Mat Ali diiringi oleh Guru Besar menyampaikan sumbangan kepada adik Mohd Haziq Khalid.

MURID BERJAYA UPSR DIRAIKAN

Seramai 2 orang murid dari SK RKT Seberang Tayor telah mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2008 yang diumumkan pada 13 November 2008.Murid tersebut ialah Mohd Haziq bin Khalid dan Siti Aishah binti Razak.





PIBG turut melahirkan rasa gembira ataskejayaan yang dicapai dan mngucapkan berbanyak terima kasih kepada pentadbi dan semua guru atas usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan untuk kejayaan dalam UPSR kali ini.





Dalam majlis tersebut,Pengerusi PIBG,En.Yusof bin Mat Ali telah menyampaikan sumbangan PIBG sebanyak RM50.00 seorang kepada murid yang berjaya.Tahniah!!!

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2008

En.Haslam diiringi En.Hamzah Ahmad,Guru Besar SKRKTST menyampaikan hadiah kepada murid yang berjaya.

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2008


Unit Kokurikulum bersama Kedai Sekolah telah mengadakan Hari Anugerah Cemerlang 2008 pada Selasa, 11 November 2008.Program yang bermula jam 8.30 pagi telah dirasmikan oleh En.Haslam , Pengurus Felda Seberang Tayor.Seramai 150 orang dari kalangan ibubapa hadir memberikan sokongan kepada anak-anak mereka yang berjaya mendapat hadiah.


Sebanyak 36 kategori hadiah telah disediakan bermula dari Pra sekolah hinggalah murid Tahun enam.Selain itu ibubapa yang hadir juga turut menyumbangkan sumbangan disamping berpeluang mendapat hadiah berupa 30 buah hamper.


Turut hadir menyampaikan hadiah dalam majlis ini ialah Pengerusi PIBG iaitu En.Yusof bin Mat Ali.Menurut penyelaras Hari Angerah Cemerlang,Cikgu Mat Zaik bin Mohd Yusof,hadiah yang disampaikan ialah merupakan sumbangan dari keuntungan Kedai Sekolah yang berkonsepkan "Dari Murid Untuk Murid".


Selasa, 21 Oktober 2008

LAWATAN KE KUALA LUMPUR DAN CAMERON HIGHLAND

Cikgu Fadzil,Cikgu Mat Zaik dan Cikgu Syed Amran dekat gerai Zoo Negara
Berkumpul kat pintu depan Zo Negara...
Taman Lebah di Camron Highland

Unit Kokurikulum di bawah PK KO iaitu Puan Asmarani bt Abdullah bersama PIBG SK.RKT Seberang Tayor telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur dan Cameron Highland selama 3 hari bermula Selasa 14 Oktober hngga Khamis 16 Oktober 2008.

Lawatan yang disertai oleh 33 orang murid dan 5 orang guru serta seorang pekerja sekolah berlepas dari SKRKTST pada Jam 8.15 Pagi 14 Oktober dan tiba di Kuala Lumpur jam 1.00 tgh dengan bas yang disewa.Antara guru yang turut serta ialah Cikgu Mohd Fadzil Abdullah,Puan Zainon Othman dan Pn Mazlina Ariffin.

Menurut Ketua rombongan ,Cikgu Mat Zaik Mohd Yusof,antara destinasi lawatan di Kuala Lumpur ialah Zoo Negara,RTM,Muzium Negara,Pusat Sains Negara,Masjid Negara,Pusat membeli Belah SOGO dan Chow Kit Road.Peserta lawatan pula bermalam di Hotel Sima United selama satu malam.Peserta lawatan juga telah dijamukan makanan yang disumbangan oleh YB Dato Meteri Penerangan,YB Dato Timbalan Menteri Pelajaran dan YB Dato Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Cikgu Syed Amran Tuan Padan,penyelaras lawatan memaklumkan destinasi lawatan di Cameron Highland ialah di tempat ternakan lebah,Kia Farm dan Stesyen Mardi serta dijamukan makan tengahari yang disumbangkan oleh Ybhg Dato Pegawai Daerah Cameron Highland.

Peserta lawatan selamat tiba di SKRKT ST pada jam 1.00 pagi .

Isnin, 20 Oktober 2008

JAMUAN RAYA 2008

Tuan Hj Mohd Zor Ali {Bersongkok} berbual dengan tetamu yang hadir.
Inilah awek-awek cun yang ada kat sekolah nie.....bergaya sakan!
Apa yang mung dok hendap tuuuu....makang kuih dalang pinggang tuuuu

JAMUAN PERPADUAN

HARI RAYA AIDILFITRI 2008


Unit HEM,SKRKT Seberang Tayor bersama PIBG telah mengadakan Jamuan Perdana Perpaduan SEmpena Hari Raya Aidil Fitri 2008 pada 13 Oktober 2008,Isnin bermula jam 11.00 pagi hingga 12.45 pagi.





Majlis tersebut turut dihadiri oleh En.Aziz Awang,S/U JKKK Felda Seberang Tayor, En.Hazri,Penolong Pengurus Felda Seberang Tayor dan Pengerusi PIBG En.Yusof bin Mat Ali serta AJK PIBG dan guru-guru.





Dalam Ucapannya,Pn.Kanan HEM yang mewakli Tuan Guru menyatakan jamuan ini adalah bertujuan untuk mengiratkan lagi hubungan antara NGO di Felda Seberang Tayor dengan pihak sekolah.





Seramai 221 orang murid telah diraikan dengan jamuan Satay,kuih-muih,mee goreng,nasi dagang dan pelbagai juadah lagi.Majlis turut diserikan dengan nyanyian Karaoke Hari Raya oleh Cikgu Fadzil,Cikgu Mat Zaik,Cikgu Syed Amran dan Cikgu Zawati.

Khamis, 9 Oktober 2008

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2008

Cikgu Syed Amran,Cikgu Fadzil,Ustaz Nik Abdullah dan Ustaz Mohd Shahriza tengoh syok ggaji buluh.......
Mung ukur menda pakai depa-depa tu.......
Pengadil yang ambik markah gubohang comel-comel belaka......

Unit Kokurikulum SK.RKT Seberang Tayor,Kemaman telah mengadakan Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform pada 8 dan 9 Oktober 2008 iaitu Hari Rabu dan Khamis.Perkhemahan ini disertai oleh 35 orang ahli Pengakap,35 orang ahli TKRS dan 36 orang ahli Puteri Islam.

Menurut Pn.Asmarani bt Abdullah,PK Kokurikulum sekolah ini mengatakan bahawa perkhemahan ini adalah bertujuan untuk melatih murid meyakinkan diri dalam kegiatan yang diadakan sepanjang perkhemahan tersebut.

Kem Komandan perkhemahan ini iaitu Cikgu Syed Amran Tuan Padan menyatakan antara aktiviti yang dijalankan ialah berkawad,pertandingan masakan,pertandingan gubahan, pertunjukan kebudayaan,membuat gajet.

Penutup perkhemahan ini disempurnakan oleh YBhg Tuan Pengerusi PIBG iaitu En.Yusof bin Mat Ali.

Selasa, 22 Julai 2008

PEMERIKSAAN GIGI











Jururawat sedang memeriksa gigi
murid tahun enam.











Sebahagian murid yang menanti

untuk memeriksa gigi.

Unit Pergigian ,Pusat Kesihatan Kecil Air Puteh Kemaman telah mengadakan Program Rawatan Pergigian untuk murid tahun Enam pada 22 Julai 2008 {Selasa}.Seramai 41 orang murid tahun enam yang terlibat dalam pemeriksaan gigi yang dijalankan.4 orang kakitangan dari unit pergigian iaitu PPR En.Mohd Rashid Hassan,PPK En.Nordin Muda,JP Roslawati Yaacob dan JP Lenysarawati Ngah.Rawatan dijalankan di bilik rawatan yang disediakan.

Khamis, 17 Julai 2008

MAJLIS PENERANGAN TENDER

En.Kahar bin Abd Kadir bersama dua kontarktor yang hadir

Penerangan tentang kerja yang perlu dilakukan disampaikan oleh Pegawai Pembangunan JPNT.


Pada 17 Julai 2008,jam 10.45 pagi,majlis penerangan bagi kerja-kerja membaiki kantin dan kerja-kerja memasang jubin di SK.Rkt Seberang Tayor telah diadakan.Antara yang hadir dalam majlis tersebut ialah para kontraktor dan Pegawai Pembangunan dari JPNT iaitu En.Kahar bin Abd Kadir.

PENYAMPAIAN HADIAH SUKAN TAHUNAN

Pemenang tahap 1 lelaki


Pemenang Tahap 2 perempuan dalam acara 100 m

Pemenang tahap 2 Lelaki dalam acara 100 m

Pada 30 Jun 2008,sekolah ini telah mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada peserta olahraga Temasya Sukan ke 23.PK Kokurikulum,En.Mat Zaik bin Mohd Yusof telah menyampaikan medal kepada semua pemenang yang berjaya semasa temasya sukan tersebut.

MESYUARAT JK KESELAMATAN

Guru Besar,En.Hamzah Ahmad mempengerusikan mesyuarat JK Keselamatan
Antara yang hadir dalam mesyuarat JK Keselamatan

Pada 17 Julai,2008, Khamis ,JK Keselamatan Sekolah telah mengadakan mesyuarat bagi memastikan kualiti keselamatan sekolah terurus dan sentiasa berada dalam keadaan bersedia.Antara yang hadir ialah Tuan Guru Besar,PK Hem,Setiausaha JK Keselamatan dan dua orang pengawal keselamatan.

KEROSAKAN AKIBAT RIBUT




Bumbung makmal komputer yang rosak
Bumbung Pra Sekolah yang tercabut


Pada Jun yang lalu,sekolah ini telah mengalami kerosakan akibat ribut yang melanda pada waktu petang.Antara kerosakan yang berlaku ialah kerosakan atap di makmal komputer,atap dan bumbung bilik Pra Sekolah dan bumbung kantin.Pihak sekolah telah memaklumkan kepada pihak PPD Kemaman dan kerosakan tersebut telah dibaiki serta merta.

UNIFORM BARU SKRKTST

GURU DAN KAKITANGAN SEGAK BERPAKAIAN UNIFORM BARU

Bersedia semasa sesi bergambar
Menanti beberapa guru lagi untuk bergambar
Pada 12 Jun 2008,sekolah ini telah mula secara rasmi memakai pakaian uniform yang melambangkan sekolah ini.Warna orange dan hitam dipilih memandangkan kedudukan sekolah ini di kawasan Felda.Pemakaian pakaian ini diwajibkan setiap hari Rabu .



TEMASYA SUKAN KE 23

Acara Cari gula-gula dalam tepung...he...tiup dek!!!!

Wakil Tuan PPD Kemaman,En.Abdul Mutalib Hussin Hadir merasmikan temasya Sukan ke 23
Acara perbarisan yang dijalankan.....berarak sakan dengan sepanduk tuuu

Pen.Kanan 1 bersama urusetia sukan ....saja bergaya lepas tension
SK.RKT Seberang Tayor, Kemaman telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan Kali 23 pada 26 JUN 2008 Rabu .Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Wakil PPD Daerah Kemaman iaitu En.Abdul Mutalib bin Hussin.Majlis yang diadakan mendapat sambutan dan sokongan dari PIBG dan ibubapa warga Felda Seberang Tayor.






















Rabu, 14 Mei 2008

PELATIH PLKN MENABUR BAKTI







Pada 14 Mei 2008,seramai 17 orang pelatih PLKN Kem Latihan Cheneh Cemerlang {KLCC} Kemaman telah mengadakan gotong royong membersihkan kawasan sekitar sekolah serta melakukan kerja-kerja membantu guru menyiapkan bahan bantu mengajar.Kehadiran 17 pelatih yang diketuai oleh Ketua Pelatih iaitu Cik Jauhar dan En.Din disambut oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum En.Mat Zaik bin Mohd Yusof.Pihak sekolah turut menyediakan sedikit jamuan untuk para pelatih tersebut.Pihak sekolah turut merakam berbanyak terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh pelatih PLKN tersebut.

KAKITANGAN SEKOLAH


Kakitangan sekolah dari kanan Puan Norhafizah bt Mat Din, Puan Rafidah bt Abd Razak dan Puan Siti Zubaidah bt Mohamad. Gambar ini diambil pada waktu petang sementara menunggu masa pulang. Waktu bekerja kakitangan sekolah ini antara jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang.

Jumaat, 9 Mei 2008

MESYUARAT AGUNG PIBG SKRKTST 2008

YB bersama tetamu yang hadir
AJK jamuan VIP
Kalangan ibu yang hadir Cikgu Salamiah menerima cenderahati dari YB
Pengerusi PIBG menyampaikan cenderahti kepada YB

PIBG SK.RKT Seberang Tayor telah mengadakan mesyuarat agung tahunannya kali ke 22 pada 9 Mei 2008,Jumaat jam 8.30 pagi.Majlis yang dirasmikan oleh YB Tuan Hj Wan Abdul Hakim bin Tan Sri Hj Wan Mokhtar telah dihadiri oleh 154 orang ibubapa dan guru.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah wakil PPD Kemaman iaitu Pn.Farushee bt Emran dan Pengurus Felda iaitu Tn Hj Mohd Aslam bin Jahangir Khan. Pengerusi PIBG,En.Yusof bin Mat Ali dan Guru Besar, En.Hamzah Ahmad ialah antara yang menyambut ketibaan YB di majlis tersebut.

Selasa, 29 April 2008

PERTANDINGAN STORY TELLING DAN ACTION SONG

Cikgu Zawati Rozali ni pandai juga jadi Mak Andam ...heee
Lagu apa yang kau orang nyanyi nieeee....rancak nampak!!!!!



SK.RKT Seberang Tayor,Kemaman telah turut serta dalam pertandingan Story Telling and Action Song yang diadakan di SK Felda Cerul,Kemaman pada 23 April 2008.Antara guru yang terlibat dalam pertandingan itu ialah Cikgu Zawati Rozali,Cikgu Azlin Yahaya,Cikgu Marfazilia Mustafa dan Cikgu Rohana Hassan.SK.RKT Seberang Tayor telah menunjukkan kesungguhan walaubagaimanapun hanya berjaya di tempat saguhati.Unit Kokurikulum di bawah pengurusan Cikgu Mat Zaik Mohd Yusof mengucapkan terima kasih atas kesungguhan cikgu yang diberi tanggungjawab mengajar murid dalam pertandingan ini.

Ahad, 20 April 2008

LARIAN MERENTAS DESA 2008





Unit Kokurikulum SK.RKT Seberang Tayor,Kemaman telah mengadakan program LARIAN MERENTAS DESA 2008 pada 12.FEB 2008 yang melibatkan 21 orang guru dan 224 orang murid.Larian ini telah dilepaskan oleh YDP PIBG iaitu En.Mohd Yusof bin Ali.
Menurut Cikgu Mat Zaik bin Mohd Yusof,PK Kokurikulum SK.RKT Seberang Tayor,program ini merupakan program tahunan yang dijalankan sebelum Temasya Sukan Tahunan diadakan.

LATIHAN TID PERINGKAT SEKOLAH

Cikgu Shariman dan Cikgu Fikri memberi penerangan tentang latihan TID
Ujain yang dijalankan
Murid terlibat menjalankan ujian
Ujian sedsang dijalankan.
Solehan Mohd Hashim diberi penerangan tentang ujian.


Pada 20 April 2008,Ahad,seramai 41 orang pelajar tahun 6 telah menghadapi ujian TID yang dikelolakan oleh Cik Mohd Fadzil Abdullah dan Cikgu Syed Amran Tuan Padan.Turut hadir pada hari tersebut ialah wakil TID Daerah iaitu Cikgu Shariman Hamdan dan Cikgu Mohd Fikri Harun.Hadir sama dalam ujian itu ialah PK Kokurikulum iaiatu En.Mat Zaik bin Mohd Yusof yang memberi sokongan kepada pelajar untuk melakukan ujian TID dengan bersungguh.

Sambutan Hari Jadi Murid.