Selasa, 29 Mei 2012

KELAS TAMBAHAN TAHUN 6 DI RKT SEMASA CUTI TETAP DIADAKAN

 Cuti sekolah..belajar tak cuti......betulkan!!!!!!
 Keseronokan belajar.......
 Teacher Sabariah.........ada dalam kelas tuuuuuu....
 Murid lelaki......ramai yang hadir
Ada lagi soalan yang tak dijawab tuuuuu

Pada 25 hingga 29 Mei 2012,Unit Kurikulum di bawah Pengurusan PK1 Pn Asmarani bt Abdullah telah mengadakan Kelas Tambahan Tahun 6 semasa cuti pertengahan penggal kedua ini di bawah kelolaan Setiausaha Peperiksaan UPSR Cikgu Razali bin Mat Hussin.

Kelas tambahan yang dijalankan mulai Jumaat 25 Mei hingga 29 Mei Selasa melibatkan semua murid tahun 6 iaitu 17 murid tahun 6 AK dan 23 orang murid tahun 6 AR.Guru yang terlibat ialah guru-guru subjek teras UPSR iaitu Cikgu Razali untuk BM,Cikgu Salamiah untuk BM,Cikgu Marfazilia dan Cikgu Maslizawati untuk MT.Teacher Sabariah dan Teacher Nornazifa untuk BI serta Cikgu Noorazita untuk SN.

Penulis sempat hadir untuk bersama murid dan guru yang terlibat mengajar kelas tambahan tersebut yang bertujuan untuk memperkukuhkan pengetahuan murid walaupun semasa bercuti.Penulis rasa bangga melihat komitmen guru yang terlibat dalam menjayakan kelas tambahan ini.

Jumaat, 25 Mei 2012

GERAN PENDIDIKAN SUMBANGAN KETENGAH 2012


 Cikgu Mat Zaik menerima Geran Pendidikan
YB Tn Hj Ahmad Razif menyampaikan geran pendidikan
En Lotpi dan En Yusof..wakil RKT
Cikgu Mat Zaik selepas ambil Geran Pendidikan
Surat Geran Pendidikan

Pada 24 Mei 2012,bertempat di BALORA Al Muktafil Billah Shah KETENGAH,telah diadakan majlis Penganugerahan Geran Pendidikan kepada sekolah yang berada di dalam Wilayah KETENGAH.RKT diwakili oleh Cikgu Mat Zaik Mohd Yusog bersama En Ahamad Lotpi dan En Yusof wakil PIBG.

Majlis yang dirasmikan oleh YB Tn Hj Ahmad Razif bin Abd Rahman turut dihadiri oleh Tn Hj Zuber bin Embong ,Ketua Sektor Akademik di JPNT.RKT telah menerima geran pendidikan berjumlah RM600.00.
Pihak RKT mengucapkan berbanyak terima kasih kepada KETENGAH atas sumbangan tersebut.

MAJLIS AMANAT TERAKHIR GB RKT: HARI TERAKHIR GB BERSAMA MURID

 Semua guru hadir
 Memberi perhatian....Fakro,Zul dan Dhil
 GB menyampaikan ucapan dan amanat
 Murid duduk memberi perhatian
 PK Ko Pn Dorothy hadir sama
GB dan Murid

Pada 24 Mei 2012,Khamis jam 1130 pagi telah berlangsung Majlis GB bersama Murid dan Guru  yang mana majlis ini merupakan majlis terakhir Guru Besar,En Kamarudzaman bin Hashim bersama muris sebelum beliau bersara ada 10 Jun 2012 nanti.

Dalam majlis ini,Tuan Guru Besar telah menyampaikan taklimat dan amanat kepada murid agar berusaha dan belajar bersungguh untuk mendapatkan kejayaan.Beliau juga turut menyampaikan cerita tentang perjalanan hidup beliau sepanjang karier menjadi guru serta sejarah perpindahan kerana mengikut bapa beliau yang bertugas sebagai anggota polis.

Turut hadir ialah PK1 Pn Asmarani bt Abdullah yang bakal memangku tugas Guru Besar bermla 10 Jun 2012 nanti serta PK HEM En Mohd Asri bin Abd Rashid dan PK KOko sebagai penyelaras program iaitu Pn Dorothy.Majlis dipengerusikan oleh Cikgu Mat Zaik,bin Mohd Yusof,GPM sekolah..Majlis berakhir jam 12.00 tengahari.

Rabu, 23 Mei 2012

MESYUARAT PENGURUSAN KOKO KALI KE 2: CAPAI MATLAMAT

 Guru yang hadir membaca minit
 Pengerusi mesyuarat : PK Ko Pn Dorothy
 Guru wanita membaca minit unmtuk disahkan
Ustaz Zul,Cikgu Razali dan SU Mesyuarat Cikgu Zaik

23 Mei 2012,Rabu jam 1245 tgh telah diadakan mesyuarat Pengurusan Kokurikulum kali ke 2 yang dipengerusikan oleh PK Kokurikulum Pn Dorothy.Mesyuarat yang dijalankan di perpustakaan sekolah antara lain membincangkan perjalanan kegiatan kokurikulum sepanjang 5 bulan pertama 2012.Mesyuarat kali kedua ini diminitkan oleh setiausaha pengurusan Kokurikulum iaitu Cikgu Mat Zaik.Mesyuarat pertama dahulu diminitkan oleh Pen SU Pengurusan Kokurikulum iaitu Cikgu Pn Sabariah bt Daud.

Selain itu turut dibincangkan ialah perancangan akan datang untuk kegiatan Kokurikulum bagi penggal ke hdua persekolahan.Semua guru hadir dalam mesyuarat tersebut.Majlis berakhir jam 145 petang.

Isnin, 21 Mei 2012

MEMBACA YASSIN: AMALAN SETIAP HARI MURID TAHUN 6 2012

 Murid tahun 6 UPSR 2012
 Ustaz Zul mengetuai bacaan Yassin
 Ketua Murid...membaca Yassin
 Suasana dalam kelas bacaan Yassin
Mengaminkan doa bacaan Yassin

Pada 21 Mei 2012,penulis sempat meninjau ke kelas UPSR tahun 6 yang mana program bacaan Yassin yang diketaui oleh Ustaz Zul dijalankan setiap hari.Program bacaan Yassin ini dimulakan seawal jam 720 pagi yang mana murid tahun 6 dan mana-mana ustaz atau ustazah yang bertugas akan hadir untuk memulakan bacaan Yassin bersama.

Selain dari belajar,amalan ini dilihat sebagai satu lagi cara mendekatkan diri dengan kejayaan melalui bacaan Yassin agar ketenangan diri dan keyakinan semakin bertambah selain dari usaha belajar yang dijalankan setiap hari.

Setiap hari bacaan yassin ini akan diakhiri dengan memohon doa dari ALLAH swt agar kejayaan dapat dicapai.Selesai membaca Yassin,disambung pula pembelajaran seperti biasa.

Khamis, 17 Mei 2012

MESYUARAT JKS KALI KE 2,2012 DI RKT

 Slide mesyuarat JKS
 Kehadiran guru untuk mesyuarat JKS
 Perhatian Cikgu Dil dan Cikgu Zaki tertumpu kepada apa yang dibincangkan....
 Meneliti hand-out yang dilampirkan
 PK1 mempengerusikan mesyuarat JKS
 Tuan Guru Besar menyampaikan taklimat
 Menikmati hidangan yang disediakan
Jamuan ringan semasa mesyuarat

Pada 17 Mei 2012,Unit Kurikulum di bawah pengelolaan PK1 Pn Asmarani bt Abdullah telah mengadakan mesyuarat JKS kali 2 yang membincangkan hal berkaitan kurikulum.Turut serta hadir ialah Tuan Guru besar,PK HEM dan PK Ko serta 17 orang guru lain.

Dalam mesyuarat ini,guru diberi peluang untuk membentangkan laporan berkaitan bidang yang telah ditetapkan.Tuan Guru Besar juga turut menyampaikan mesej untuk dijadikan panduan dalam menguruskan pentadbiran di sekolah yang mana ianya adalah untuk kebaikan guru dan juga pihak pentadbir.

Beberapa keputusan telah dicapai dalam mesyuarat tersebut dan penambahbaikan turut dicadangkan untuk diambil tindakan.Mesyuarat berakhir jam 315 petang.

KHAMIS :UJIAN OTI2 BERMULA DI RKT

Murid tahun 6 menghadapi Ujian OTI2

Firdaus Mustaqin ,muird tahun 6 meneliti soalan
Ustazah Zainab mengagihkan soalan

Cikgu Marfazilia membaca arahan pada kertas soalan kepada murid tahun 4
Murid tahun 3

Kertas soalan OTI 2

Pada 17 Mei 2012,Khamis bermulalah Ujian OTI2 di seluruh sekolah di Terengganu.Di RKT,ujian OTI2 juga dijalankan melibatkan murid tahun 3 hingga tahun 6,manakala murid tahun 1 dan 2 dijalankan ujian PBS bagi menguji pencapaian dalam band berpandukan kepada peringkat ujian KSSR yang ditetapkan.

Seramai hampir 198 orang murid terlibat sepenuhnya dalam kedua-dua ujian ini yang melibatkan semua guru matapelajaran.Jadual yang disediakan oleh setiausaha peperiksaan dalaman iaitu Cikgu Nornazifa bt Abd Latif memudahkan guru memastikan perjalanan ujian OTI2 berjalan dengan sempurna.Soalan-soalan peperiksaan telah disediakan oleh pihak JPNT dan ditelah diambil di PKG Cheneh iaitu pusat pengagihan bagi sekolah ini.Ujian OTI2 akan berakhir pada hari Khamis 25 Mei 2012.

LAGI GAMBAR HARI GURU 2012


Gambar ni Lotpi yang ambil....gambar kedua...ada perubahan sikit dari gambar pertama dari beberapa segi ....tengok sendirilah kelainan tuuuuuu

Nik Nor Tafni.....menyambut cabaran GB untuk menanyikan lagu bertemakan IBU...dapat hamper sebutir......berani murid rumah biru niiiiii
Guru kelas pakat agih penanda buku Hari Guru...murid dapat sorang satu
Cikgu Zita baru nok agih,juru kamera dah panggil suroh possing dulu...jadi Cikgu Zita action dulu baru agih

Tuan Guru Besar menyampaikan pesanan terakhir pada Perhimpunan Sambutan Hari Guru
Cikgu Razali antara guru yang menerima bagi pihak murid sumbangan penanda buku sempena Hari Guru...lepas ni penanda ini diagihkan kepada murid pula......
Semasa menyanyikan lagu tema.......dok ingat lagi senikata,jadi pakat tengok senikatalah tu...Ustaz Fakro ,Cikgu Dil hafal mulut dohhhhhh....
Guru wanita pun ikut sama menghayati lagu Biarku Menjadi Lilin..senikata ada doh...pakat tengok dan ikut lagu sambil nyanyi...seronok juga murid dengar

Tu bukan YB mana-mana......jangan salah anggap.....kita tak jemput YB mana-manapun untuk rasmi Hari Guru......tapi steady jugok kawan kita ni...ada tokoh.....

Pada 16 Mei 2012,penulis sempat merakamkan berbagai telatah dan aksi warga RKT dalam menyambut hari guru 2012.Selamat Hari Guru untuk Seluruh Guru Di Malaysia dari Warga Guru RKT.

Rabu, 16 Mei 2012

BABAK 2;PERSEMBAHAN MURID SEMPENA HARI GURU

 pERSEMBAHAN PERTAMA:kOIR rUMAH hIJAU
 Koir rumah Biru
 Koir Rumah Merah....
 Murid yang menyaksikannya
Guru Lelaki yang berada di dewan
 Penonton dari kalangan guru
 Menyelaras LCD dan media.....Lotpi
 Kalangan komposer koir......guru kitalah
 GB menghayati persembahan
Wakil pekerja menerima cenderahati dari GB

Selepas selesai program sukan,sambutan hari guru disambungkan pula dengan persembahan murid bagi meraikan guru.Antara persembahan yang diadakan pada hari guru ini ialah persembahan nyanyian ikut rumah sukan dan persembahan tayangan slaide power point murid menghagai guru.Persembahan ini telah diadakan di Dewan Sekolah yang mana semua guru hadir menyaksikan aksi murid menyampaikan persembahan masing-masing.

Antara lagu yang dipersembahkan ialah lagu Terima Kasih Guru,Mari Belajar,Kau umpama Lilin.Selesai persembahan,guru-guru menerima hadiah dari murid dan dari MGK yang mana ianya disampaikan oleh Tuan Guru Besar.Majlis selesai jam 1245 tengahari dan diikuti dengan program Jamuan Makan Tengahari.
Jamuan Tengahari ......MGK uruskan


Sambutan Hari Jadi Murid.