Selasa, 28 Januari 2014

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 BERMULA PADA 2 JANUARI DI RKT

PhotoPhoto  Photo  Pada 2 Januari 2014 Khamis,RKT telah mengadakan Program Transisi Tahun 1 yang melibat murid tahun 1 seramai 23 orang.Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di pra sekolah ke pendidikan secara formal di tahun satu. Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio-ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran di sekolah.

Aturcara Pembukaan Program Transisi 
1. Bacaan doa - Ustaz Zulkifli bin Ibrahim
2. Ucapan Alaun Pengerusi majlis - En Mohd Zaki bin Ramli
3. Ucapan Guru Besar - En Nor Azmi bin Muda.
3. Taklimat PK1 - Pn Asmarani bt Abdullah
4. Ucapan Penyelaras Tahun 1 - Pn Syazwina bt Abdullah

Tuan Guru Besar juga  mengalu-alukan kedatangan ibubapa murid Tahun Satu ke SK RKTST. Beliau menegaskan kehebatan anak-anak tidak bergantung kepada sekolah semata-mata, ia berkesinambungan daripada didikan di rumah. Program ini dapat dijalankan dengan jayanya sekiranya mendapat sokongan dari semua pihak terutamanya ibu bapa.

.

HARI PENDAFTARAN MURID DAN PEMBELIAN ALATULIS SEKOLAH 2014

Pada 29 Januari 2013,Ahad,RKT telah mengadakan hari Pendaftaran dan Pembelian Alatulis Sekolah bagi sesi persekolahan 2014.Pendaftaran mula dibuka pada jam 900 pagi dimana ibubapa hadir ke sekolah untuk membuat pembelian alatulis sekolah melalui guru kelas masing-masing.

Di bawah Unit HEM pimpinan Pn Dorothy,guru darjah telah diminta untuk menerima ibubapa dan mengambil pembelian barangan alatulis yang di adakan di dalam Dewan Sekolah.Guru Tahun 6 yang bertugas ialah Cikgu Zaki dan Cikgu Salamiah,Cikgu Tahun 5 ialah Pn Sabariah,Pn Wan Suryani guru kelas tahun 4,Ustazah Siti Sara bersama Ustazah Zainab bertugas untuk Tahun 3,manakala untuk tahun dua pula ialah Pn Nornazifah dan tahun 1 Pn Syazwina bt Abdullah.

Pendaftaran berakhir jam 11 pagi.Kehadiran ibubapa amatlah memuaskan di mana ibubapa yang hadir telah diberi buku tulis untuk di bawa pulang  melalui kedai sekolah yang diurus oleh Cikgu Mat zaik bersama En Yusof b Salleh dan En Arif.Perjalanan majlis pendaftaran ini turut mendapat kerjasama PK1 Pn Asmarani yang hadir sama memberi sokongan kepada guru dan ibubapa yang hadir.


MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH KALI PERTAMA BAGI SESI 2013/2014





Pada 23 Disember 2013 Isnin bertempat di Perpustakaan Sekolah ,Pentadbiran RKT telah mengadakan mesyuarat guru Vol 1 2014.Mesyuarat yang diadakan ini adalah merupakan mesyuarat pertama selepas sekolah ini di landa banjir yang cukup besar.

Dalam mesyuarat ini,Tuan Guru Besar En Nor Azmi bin Muda bersama PK 1 Pn Asmarani bt Abdullah,PK HEM Pn Dorothy dan PK Ko En Ruzaidi bin Ibrahim telah hadir bersama guru-guru.Mesyuarat yang bermula jam 900 pagi ini antara lain membincangkan beberapa agenda berkaitan pengurusan sekolah,hal berkaitan HEM dan Kokurikulum.

Mesyuarat turut menyentuh persediaan sekolah ini untuk menerima kehadiran murid pada hari pertama 1 Januari 2014 Rabu.Mesyuarat berakhir jam 130 tengahari.

GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN RKT SELEPAS BANJIR

ANGGOTA askar dari 5 Rejimen Desa Pahlawan, Kota Bharu bergotong- royong membersihkan kawasan sekolah yang berlumpur akibat banjir di Sekolah Kebangsaan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Seberang Tayor, Kemaman. Sekolah ini akan dibuka untuk sesi pendaftaran dan kemasukan pada 1 Januari 2013. - Foto Sairien Nafis

ANGGOTA askar dari 5 Rejimen Desa Pahlawan, Kota Bharu bergotong- royong membersihkan kawasan sekolah yang berlumpur akibat banjir di Sekolah Kebangsaan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Seberang Tayor, Kemaman. Sekolah ini akan dibuka untuk sesi pendaftaran dan kemasukan pada 1 Januari 2013. - Foto Sairien Nafis

http://www.bharian.com.my/bharian/Gallery/index_html?idg=Bahlandapantaitimur

Selasa, 21 Januari 2014

GURU BESAR RKT DITEMURAMAH SECARA LANGSUNG OLEH RTM


 Guru Besar menjawab soalan dari pemberita RTM
 Selesai temuramat
 Penyambut kehadiran RTM
Cikgu Cwan,Cikgu Noorazita dan GB menanti kehadiram RTM

Pada 1 Januari 2014,Rabu,permulaan hari persekolahan...RKT telah dipilih oleh pihak RTM untuk merakamkan siaran langsung persekolahan bagi sekolah yang teruk dilanda banjir.Persediaan yang diatur oleh Tuan Guru Besar,En Nor Azmi bin Muda bersama kepimpinan sekolah dan guru-guru telah membolehkan sekolah ini dapat dibuka sebagaimana yang sepatutnya.

Hal ini telah mendapat perhatian RTM dan ianya disiarkan secara langsung melalui program SPM pada jam 900 pagi.Tuan Guru Besar telah diwawancarakan untuk memberi maklumbalas persediaan sekolah dalam menghadapi banjir sehinggalah kepada bagaimana sekolah ini boleh meneruskan persekolahan pada hari pertama.


LAWATAN PENGARAH BAHAGIAN SEKOLAH HARIAN KPM DI RKT DISIARKAN SECARA LANGSUNG OLEH RTM

 VVIP bersedia untuk ditemuramah oleh RTM
Meninjau keadaan kelas hari permulaan sekolah 
 Bersama murid di dalam kelas
 Dato Hj Mazlan berbual dengan murid
Bertanya sesuatu kepada murid

Pada 1 Januari 2014,Rabu jam 11OO pagi,Pengarah Bahagian Sekolah Harian KPM,Dato Hj Mazlan bin Mohamad hadir lagi ke RKT buat kali kedua bagi melihat sendiri keupayaan RKT dalam menghadapi musibah banjir sehingga membolehkan sekolah ini berfungsi pada hari pertama.

Lawatan yang turut diiringi oleh Pegawai dari JPNT dan PPD Kemaman ini telah disambut oleh Tuan Guru Besar En Nor Azmi bin Muda.Lawatan ini  telah dirakamkan secara langsung oleh RTM yang hadir sejak awal pagi lagi.Dalam lawatan ini,Dato Hj Mazlan berpuashati atas keupayaan RKT memastikan sekolah dapat dibuka di bawah keperluan 1murid,1buku,1meja.

RKT mengucapkan terima kasih atas kesudian Ybhg Dato untuk hadir dan memberi semangat kepada guru di RKT walaupun sekolah ini teruk dilanda banjir.


LAWATAN PENGARAH PENDIDIKAN TERENGGANU KE RKT MENINJAU KERJA PEMBERSIHAN SELEPAS BANJIR



 Tuan Pengarah bersama pengurusan RKT
Tuan Pengarah bersama Pegawai JPNT

Kenderaan jabatan

PK1 Pn Asmarani bersama Pengarah

Pada 24 Disember 2013,RKT yang menghadapi banjir yang teruk telah dilawati oleh Tuan Pengarah Pendidikan Terengganu En Zakaria bin Hussin bersama pegawai dari JPNT bagi meninjau sendiri kesediaan sekolah ini melakukan kerja pembersihan sekolah bagi memastikan sekolah ini dapat dibuka pada 1 Januari 2014.

Kehadiran Tuan Pengarah Pendidikan Terengganu telah disambut oleh PK1 Pn Asmarani bt Abdullah bersama kakitangan sekolah iaitu Pn Siti Zubaidah bt Mohamad dan Pn Norhafizah.Lawatan ini juga adalah bagi memastikan sekolah ini bersedia untuk menerima tetamu iaitu Dato Hj Mazlan bin Mohamad,  Pengarah Bahagian Sekolah Harian KPM bersama kru RTM pada 1 Januari 2014.


GAMBARAN SITUASI BANJIR MULAI SURUT DI RKT PADA 8 DISEMBER 2013

 Air mulai surut....
 Meja dan kerusi yang hanyut dikumpulkan semula

 Pondok rehat yang musnah.....
 Sangkar burung yang terlingkup 
Perabot dan alatan komputer yang ditenggelami air

Pada 8 Disember 2013....setelah hampir 4 hari sekolah ini ditenggelami banjir,air yang mulai surut mula menampakkan kesan kerosakan pada perabot dan pelbagai peralatan sekolah.Air banjir yang naik melebihi jangkaan ini telah menginggalkan lumpur setebal 3 hingga 5 inci serta menterbalikkan beberapa infrastruktur seperti wakaf,pondok burung dan pasu bunga serta peralatan  dan perabot.





Isnin, 20 Januari 2014

SEKITAR GOTONG ROYONG BERSIH SEKOLAH BERSAMA PELAJAR UNIVERSITI MALAYA

 Anggota Bomba dan pelajar UM
 Memulakan kerja penyemburan
 Sumbangan dari UM
 Membersihkan kelas
 Wakil PPD Kemaman bersama berbincang
 En Nor Azmi bersama Pengurusan FELDA
 PK1 menerima sumbangan
 Banner
 Takliman selepas selesai kerja pembersihan
PK1 bersama siswa dan siswi UM

Pada 22 Disember 2013,RKT telah menerima kunjungan para sukarelawan dari Universiti Malaya yang hadir di bawah pengurusan FELDA untuk turut sama membantu membersihkan kawasan sekolah yang ditenggelami banjir.

Kehadiran sukarelawan ini turut diatur oleh Pejabat Parlimen Kemaman serta Bilik Gerakan Banjir Daerah Kemaman,yang mana kehadiran para sukarelawan ini seramai hampir 40 orang telah disambut oleh pihak pengurusan sekolah yang diketuai oleh Tuan Guru Besar En Nor azmi bin Muda serta PK 1 Pn Asmarani bt Abdullah.

Antara tugas yang dilakukan ialah membersihkan sakibaki kekotoran yang ada serta membersihkan bilik darjah dan menyusun atur semula perabot yang boleh digunapakai.Turut serta hadir ialah Pengurusan FELDA dan wakil PPD Kemaman En Mahzan serta wakil Parlimen Kemaman Cikgu Syed Shaharzi.

Selain itu pihak UM turut menyampaikan bantuan untuk sekolah ini.Bantuan diterima oleh PK1 Pn Asmarani bt Abdullah.

Pertukaran Warga SEFSTAR 2018.

Pertukaran Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Norazizan Binti Abdul Rahman ke SK Chukai berkuatkuasa pada 2 Disember 2018.Portfolio ...