Isnin, 28 September 2009

JurutekNik KOMputer PKG Cheneh

Cikgu Fadzil mesra bersama Cik Aida
Cik Aida bersama Cikgu-cikgu

Komputer yang rosak
Cikgu zaik turut membantu Cik Aida



Melihat Cik Aida membaiki kerosakan komputer


Cik Aida sedang menformat komputer


Cik Aida melakukan tugasnya membaiki kerosakan komputer






Pada 28 Sept 2009,Isnin,Juruteknik Komputer dari PKG Cheneh telah melakukan pemantauan untuk membaiki kerosakan 5 buah komputer di makmal komputer SK.RKT Seberang Tayor.




Aida_1005@yahoo.com ialah alamat email beliau.Cik Aida disambut oleh Cikgu Zaik di bilik makmal kompter dabn menerangkan masalah komputer yang dihadapi di makmal tersebut.






Ahad, 27 September 2009

KEreTA BAru 2009 di SK.RKT ST

Cikgu Fadzil bergaya dengan kereta Mewah idamannya...Mazda Sport
Sport rim yang cukup menarik...baru niiiiiii
Kereta PK HEM.....bergaya


Kereta PK Ko...menawan



Tahun ini,sekolah ini diceriakan dengan dua buah kereta baru yang dimilik oleh dua orang pentabdir iaitu PK Hem dengan kereta SUV Kia Serento yang nampak anggun,bergaya dan bersesuaian dengan penampilan yang kemas dan segak di jalanraya.


Manakala PK Ko pula dengan kereta yang comel,cute dan sepadan dengan penampilan yang cukup menawan di jalanraya iaitu kereta Proton Saga .


Manakala ...tidak ketinggalan juga kita dikejutkan dengan penampilan baru Ustaz Khairul Anuar dengan penukaran sport rim baru yang menampakkan kereta kancil nya lebih sporty dan bergaya di lebuhraya.....op....jalanraya.


Namun ...ada lagi kejutan......menurut berita yang disebarkan...ada beberapa orang cikgu sedang meneliti laman web MUDAH untuk membeli kereta mewah...Wish dan Estima.....kita tunggu kemunculan siapa guru tersebut di tahun 2010.
Walaubagaimanapun...kehadiran kereta hitam mewah dan bergaya...Mazda Sporty telah memberikan peluang kepada Cikgu Fadzil bergaya sakan.


JAmuan RAya ANjuran KAntin Sekolah

Mail sedang sibuk membuat air untuk cikgu-cikgu
Pengerusi MGK ..Cikgu Mat Shah bersama Syed menikmati Tapey

Juadah yang telah kosong di makan
Cikgu Zaik dan Cikgu Fadzil tidak lepas peluang jamu nasi Arab
Sama-sama menyandor kenyang!!!!!




27 Sept 2009,Ahad...Kantin sekolah ini telah mengadakan jamuan hariraya untuk guru-guru dan pekerja.Antara hidangan yang disediakan oleh Mail dan isterinya ialah nasi arab,ketupat nasi dengan rendangnya sekali,tapey dan air percuma.
Terima kasihlah kepada Pengerusi MGK atas susah payah memberitahu semua guru agar makan percuma di kantin.Kata pengerusi...tahun depan mail kena buat lagi.
Antara yang terakhir menjamu selera hidangan itu ialah Cikgu Fadzil,Cikgu Syed ,Cikgu Mat Shah ,Cikgu Hisham dan Cikgu Zaik...bersama Pak Ngah dan Zering.

Sabtu, 26 September 2009

Lagi KIsah Hari Akhir Sebelum Cuti Raya

Kak Rose menyampaian duit raya
WAkil pekerja...Pak Zahid menyampaikan duit zakat

Cikgu Fadzil dan Cikgu Shah mengawal murid

Kak As danb Kak Rose bersalaman dengan murid
Cikgu Zaik menyampaikan duit raya


NI.....antara gambar yang ada yang berkisar tentang hari terakhir minggu nak raya tuuuu....semuanya ada cerita yang tersendiri......kita pakat tengoklah.










Hari tu...murid dan guru diberi peluang balik awal ...jam 12.00 tgh dah dibenarkan balik...maklulah...ada yang nak balik Kota Baru..ada yang nak balik Batu Pahat...ada yang nak balik Kuala Terengganu....dan macam-macam lagi.










Suasana hari tu tetap meriah.SElamat Hari Raya.

Majlis Bermaafan Di Hari Raya

Murid berkumpul di dalam dewan
Guru wanita yang hadir
Bersalaman dan bermaafan
Murid yang menang pertandingan bulankemerdekaan

GB merasmikan majlis penutup 3 program

Pada 17 september 2009,Khamis,unit HEM dan Unit Ko telah mengadakan tiga program serentak iaitu majlis penutup minggu solat,penutup minggu kemerdekaan dan program bersalaman dan bagi duit sempena hari raya.


Majlis selamat disempurnakan sekaligus oleh Tuan Guru Besar,En.Hamzah bin Ahmad.Dalam majlis tersebut,murid telah disumbangkan duit raya sebanyak RM2.00 seorang hasil kutipan dari semua guru selain dari sumbangan zakat kepada murid yatim dan miskin.

MGK Anjur BerBuka PUasa

Cikgu Zaik dan anaknya ...Antara yang hadir
Dari kejauhan..Cikgu Syed,Cikgu Fadzil,Pak Ngah dan GB

Isteri GB dan Pengerusi PIBG
Yang Berusaha..Ustaz Mohd Shah dan isteri....Pengerusi MGK kita
Kak Rose,Kak Ku,Kak As dan Cikgu Ana




Pada 16 September 2009,Rabu,MGK bersama PIBG telah mengadakan majlis berbuka puasa di Restoren Naimah,Chendor.Seramai 30 orang yang terdiri dari guru,pekerja swasta dan AJK PIBG serta ahi keluarga telah turut serta dalam majlis tersebut.


Antara yang hadir ialah Tuan Guru Besar,Enck Hamzah Ahmad bersama isteri dan anak-anak.PK 1 Pn Rosemariah,PK Koko Pn.Asmarani,Pengerusi dan Timbalan Pegerusi PIBG,En.Yusof Mat Ali dan En.Baharon Said serta pengerusi MGK iaitu Ustaz M0hd Shahriza dan isteri.Alhamdulillah....MGK berjaya juga buat majlis ni.

Isnin, 14 September 2009

Majlis BERbuka PUasa MGK

Gambar hiasan aje!!!!
Dikhabarkan.......


MGK SKRKTST akan mengadakan majlis berbuka puasa untuk semua ahlinya serta pekerja swasta pada 16 September 2009 iaitu hari Rabu di salah sebuah restoren iaitu Restoren Naimah,Cendor.



Ini merupakan program tahunan yang wajib dianjurkan oleh Pengerusi MGK setiap tahun.Jadi peranan ini dimainkan oleh En.Mohd Shahriza Zakaria sebagai Pengerusi MGK tahun ini...yang diketahui...semua ahli dijemput dan diWAJIB hadir...katanya.



Yang ini....dikhabarkan dijemput juga dua orang kuat PIBG iaitu Pengerusi dan Timbalan Pengerusi...okay jugalah....



Jadi...JOM kita ke Chendor...berbuka puasa....

Sambutan Hari Jadi Murid.