Rabu, 2 Januari 2013

IBUBAPA HADIR MEMBUAT PENDAFTARAN HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2 JANUARI 2013 RABU.

Guru memberi kerjasama untuk ibubapa membuat pendaftaran
Kaum ibu tahun 1 menunggu anak di luar kelas
Murid bersama ibubapa
Bertanya sesuatu tentang pendaftaran dan pembayaran tahun ini
Teacher Sabariah bersama ibubapa

Pada 2 Januari 2013,RABU adalah merupakan hari pertama persekolahan bagi SK RKT Seberang Tayor.Kedaan banjir yang melanda HEBAT di sekolah ini telah menyebabkan penangguhan hari persekolahan yang sepatutnya berlaku pada 1 Januari 2013.

Setelah persiapan dibuat sepanjang 3 hari bermula Ahad 30 Disember 2012 dengan pembersihan kelas sehinggalah kepada mengumpulan mejakerusi murid,pada hari ini,sekolah ini telah dibuka sepenuhnya.Walaupun hujan turun juga pada sebelah pagi,namum sesi persekolah yang turut dijalankan pendaftaran pembayaran alatan sekolah,murid telah dapat mengikuti P & P dengan sebaiknya.

Tuan Guru Besar bersama PK 1,PK HEM  dan PK Ko telah turun padang memberi kerjasama  kepada guru,ibubapa dan murid dalam memastikan perjalanan pengurusan pendaftaran dan pembelajaran hari ini yang rata-ratanya berjalan dengan baik.

Selain dari itu,Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu bersama Pegawai dari PPD Kemaman hadir jam 1145 pagi turut meluangkan masa melihat suasana persekolahan hari ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.