Jumaat, 30 Disember 2011

PERPINDAHAN GURU: CIKGU ROHAYA KE SK AYER PUTEH

Pada 28 Dis 2011,Rabu,Penulis yang berada di sekolah diberitahu bahawa Pn Rohaya Jusoh,guru SK RKT Seberang Tayor yang mengajar Tahun Satu akan berpindah ke sekolah baru iaitu SK Ayer Puteh.Perpindahan ini merupakan perpindahan biasa yang melibatkan guru yang telah lama bertugas di sesebuah sekolah. Sekolah ini yakin dan percaya bahawa Pn Rohaya Jusoh yang sentiasa memberikan komitmen terbaik semasa berada di sekolah ini akan terus memberikan komitmen yang terbaik juga semasa berada di SK Ayer Puteh kerana penulis yakin Pn Rohaya yang begitu banyak pengalaman mengajar di Tahun Satu dapat mencurahkan ilmunya semasa berada di SK Ayer Puteh nanti.
Pn Rohaya bt Jusoh Penulis dan guru serta kakitangan sekolah ini memohon kemaafan seandainya ada tersilap kata dan pergurauan kerana yang baik itu pastinya dari ALLAH dan yang kurang,yang tak baik itu adalah dari kekurangan penulis serta kakitangan SK RKT ST.Perpindahan ini bukan haalngan untuk penulis,kakitangan dan warga SK RKT ST untuk terus menjalinkan silatulrahim dengan Pn Rohaya.Selamat menjalankan tugas di tempat baru.

Khamis, 29 Disember 2011

USTAZ SHAH DAPAT SEORANG CAHAYAMATA PUTERI....TAHNIAH

Pada 28 Dis 2011,Rabu jam 3.00 petang,penulis mendapat sms dari rakan seperjuangan yang tinggal di BALOK Kuantan...heeee,tak ain tak bkan rakan kita...Ustaz Mohd Shahriza Zakaria.....Ustaz Shah baru saja menimang anak kedua...seorang PUTERI...pempuanlah......TAHNIAH ustaz Shah.

KAUNTER PENYERAHAN BUKU TULIS




Pada Rabu 28 Dis 2011,ibubapa yang membuat embayaran peralatan alatulis sekolah pada tahun ini membawa pulang bukutulis yang dibeli.Ini memudahkan ibubapa untuk membantu anak-anak menulis nama pada buku tulis tersebut.Kaunter buku tulis dibuka pada pukul 9.00 hingga 1030 pagi.

Ibubapa akan membawa riset dan guru bertugas dikaunter buku akan menyerahkan buku tulis selepas ianya disemak dan dicop oleh Cikgu Mat Zaik.

HARI PEMBAYARAN ALATULIS BAGI PERSEKOLAHAN 2012






Pada Rabu 28 Dis 2011,sekolah ini telah mengadakan hari pembelian alatulis dan lain-lain peralatan persekolahan.Majlis yang bermula jam 900 pagi melibatkan guru-guru tahun 1 hingga tahun 6.Antara guru yang terlibat ialah Guru Pra iaitu Cikgu Harun,Guru tahun 1 iaitu Cikgu Marfazilia,guru tahun Dua cikgu Azlin,Guru Tahun 3 iaitu cikgu Maslizawati,Guru Tahun 4 iaitu Ustaz Zulkifli,Guru Tahun 5 iaitu Ustazah Zainab dan Cikgu tahun 6 iaitu cikgu Rohana dan Cikgu Noorazita.Majlis berakhir jam 1030 pagi.

MURID CEMERLANG DAPAT A UPSR DIBERI SUMBANGAN OLEH PIBG


Azra mendapat RM50 kerana berjaya dapat 5A.

Menunggu giliran


Pada 28 Dis 2011,Rabu.PIBG Sk RKT Seberang Tayor telah mengadakan penyerahan sumbangan kepada 23 orang murid yang berjaya mendapat A dalam peperiksaan UPSR 2011.Sumbangan sebanyak RM10 bagi setiap A bagi matapelajaran adalah merupakan insentif yang diberikan oleh PIBG kepada murid yang berjaya.PIBG telah mengenalpasti murid yang berjaya dan keseluruhan A yang dapat dicapai oleh murid sekolah ini ialah sebanyak 58 A.PIBG telah menyediakan sumbangan sebanyak RM580.00.

Murid yang berjaya telah hadir untuk mendapatkan sumbangan tersebut melalui Pejabat Sekolah yang diuruskan oleh Pn Siti Zubaidah.PIBG mengucapkan tahniah kepada murid ang berjaya.

Rabu, 21 Disember 2011

KELAS MAYA.....PERALATAN SUDAH DIPASANG





pada 20 Disember 2011,Penulis telah hadir ke sekolah atas urusan untuk buku tulis yang penulis order.Setelah memastikan buku tulis yang diorder diletakkan di tempat yang betul.Penulis mengambil kesempatan berbual dengan Tuan Guru Besar yang kebetulan ada di sekolah.Selain itu penulis yang telah lama tak ke sekolah akibat kecederaan lutut berbual juga dengan Lotpi,Penyelia E-Book sekolah dan pekerja swasta sekolah iaitu Pak Ngah Hussin dan Pak Zahid.

Penulis juga berkesempatan melihat KELAS MAYA yang terdapoat di sekolah ini.Peralatan yang dipasang iaitu berupa satu scream besar,LCD dan komputer PC di letakkan di dalam kelas belakang.Memang sesuai kelas tersebut.

Penulis berkesempatan melihat penggunaan peralatan tersebut yang ditunjukkan oleh En.Lotpi.Terima kasih Kerajaan Negeri Terengganu dan terima kasih kepada YB ADUN Ayer Puteh kerana memilih sekolah ini sebagai sekolah yang ada KELAS MAYA pertama bagi DUN Ayer Puteh.

Selepas melihat peralatan Kelas Maya,Tuan Guru Besar bersama penulis,Lotpi dan pekerja pergi minum petang dan berbual di Kedai Simpang Felda.Jam 330 petang,penulis pulang ke rumah.

Rabu, 30 November 2011

SKRKTST AKAN ADA KELAS MAYA

Gambar hiasan



BACA BERITA INI.......SYUKURLAH SKRKTST DIPILIH UNTUK DIADAKAN KELAS MAYA.


SK.RKT Seberang Tayor adalah antara sekolah yang telah dipilih untuk mendapat pengajaran secara Kelas Maya bagi DUN Ayer Puteh.Berita gembira ini penulis terima dari Tuan Guru Besar pada 30 Nov 2011.Terima kasih YB atas keprihatinan YB memilih sekolah ini untuk menjadi sekolah yang mempunyai Kelas Maya unuk P & P tahun 6.



Kelas maya di sekolah Terengganu

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu merancang untuk mewujudkan kelas maya di semua sekolah-sekolah di Terengganu dalam tempoh lima tahun akan datang.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata menjelang akhir tahun ini saja kerajaan negeri akan mewujudkan 32 buah kelas maya iaitu di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu.


"Terpulang kepada wakil rakyat atau Pegawai Pembangunan DUN (PPD) untuk memilih sekolah mana untuk dibuka kelas maya di kawasan mereka," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pengetua, guru besar dan Pegawai Teknologi Maklumat (EIO) di sini hari ini. Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pengarah Pelajaran Terengganu Razali Daud.


Ahmad berkata untuk mewujudkan kelas maya ia memerlukan peruntukan antara RM25,000 dan RM30,000 untuk setiap kelas.
"Jadi diharapkan ia boleh menggunakan peruntukan menerusi bantuan am dan bantuan projek kecil yang diperuntukkan kepada wakil rakyat atau PPD," katanya.
Katanya setiap wakil rakyat atau PPD diberikan peruntukan untuk projek kecil sebanyak RM1 juta manakala bagi bantuan am pula sebanyak RM500,000.


Beliau berkata, ketika ini Terengganu mempunyai tiga kelas maya iaitu di Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir dan Sekolah Kebangsaan Paya Bunga, kedua-duanya di sini manakala sebuah lagi di Sekolah Kebangsaan Teluk Kalong, (Kemaman).


Pengajaran kelas maya merujuk kepada pengunaan peralatan multimedia secara interaktif dan guru tidak lagi menggunakan papan putih atau papan hitam, sebaliknya menggunakan 'smart board' yang dihubungkan terus ke talian internet dan e-Book murid.
Smart board itu juga mempunyai ciri-ciri skrin sentuh untuk menukar sesuatu halaman dan boleh mengesan kesilapan yang dilakukan murid. - Bernama

Isnin, 28 November 2011

KECEDERAAN LUTUT CIKGU ZAIK....DOKTOR NASIHAT BEREHAT LAGI

Jahitan bekas kapitan pemegang tulang semasa memasang skru.
Lutut saya masih bengkak


Luka bekas bedah...di dalamnya ada skru 2 batang


MC saya...sampai 9 Januari 2012


Kad Temu Janji.....



Pada 28 Nov 2011,Isnin setelah genap 6 minggu saya {Cikgu Zaik} diberi cuti dengan kaki berbalut simen akibat pembedahan lutut, hari ini...temujanji dengan doktor pakar bedah telah dilakukan.Setelah selesai membuat x-ray yang baru untuk melihat tahap kecantuman tulang yang diskru....saya dibawa oleh isteri ke Klinik Pakar,tepat jam 1045,saya dipanggil oleh Nurse yang kebetulan orang kampung saya {Nurse Engku Suhaibah} untuk memeriksa tekanan darah...biasa sahaja 133 atas dan 68 bawah.Saya meminta untuk ditimbang dan ternyata berat badan saya susut agar ketara..yang biasanya ialah 72 tetapi hari ini ialah 66 kg sahaja.



Saya yang bertongkat mencari kerusi kosong untuk duduk bersama isteri.Memang ramai yang bertongkat macam saya di klinik pakar tersebut.....ada yang kemalangan dan ada yang jatuh macam saya.Setelah menunggu hampir 20 minit.Nama saya dipanggil untuk masuk ke bilik no 4.Setelah berbual dengan Dr,saya diminta menanggalkan balutan dan cuba membetulkan kaki.Namun saya tidak dapat meluruskan kaki saya akibat terlalu lama berbalut.Terasa sakit dan sengal apabila Dr cuba melipatkan kaki saya.Setelah berbual dengan Dr,beliau meminta pandangan dari Ketua Dr Pakar iaitu Dr Wan.


Dr Wan melihat kepada keputusan x-ray saya dan mendapati cantuman tulang hanya baru bermula di rekahan bawah dan rekahan atas masih lagi ada ruang rekahan.Beliau meminta saya agar tidak berpijak lagi sementara menanti tulang baru tumbuh pada rekahan atas. Selain itu beliau menasihati saya agar membuat senaman fisiotrafi sendiri di rumah melalui cara yang beliau ajarkan kepada saya agar otot-otot lutut saya dapat bergerak lurus.Buat 1000 kali sehari kata beliau.


Selain itu saya diberi tambahan cuti selama 42 hari lagi iaitu sehingga 9 Januari 2012.Panjangnya cuti saya tahun ini.Itulah...sebagaimana kata-kata AJK PIBG sekolah saya iaitu Eng Mustafa semasa eliau menziarahi saya...beliau pernah patah macam saya dan berehat dalam balutan selama 3 bulan!.Saya kena buat senaman tersebut untuk memulihkan otot lutut untuk melipat dan melurus..........kepada rakan-rakan..doakan agar saya sembuh....nak bertugas bersama rakan-rakan tahun depan.Saya akan berjumpa dengan Dr lagi pada 9 Januari 2012 iaitu Isnin.

Jumaat, 18 November 2011

CIKGU ROSDI...WAKIL MSKPP KUNJUNGI CIKGU ZAIK

Cikgu Zaik menerima sumbangan dari MSKKPp melalui Cikgu Rosdi


18 Nov 2011,Jumaat,Cikgu Rosdi yang telah menelefon Cikgu Zaik hampir 4 kali datang berkunjung ke rumah Cikgu Zaik.Kedatangan Cikgu Rosdi disambut oleh Cikgu Zaik yang memang selama sebulan ni menghabiskan masa bertongkat dalam rumah sahaja.


Dalam sembang-sembang itu,Cikgu Zaik bercerita tentang keadaan kecederaan lutut yang dialami oleh Cikgu Zaik semasa bersama latihan bagi pasukan vetaran MSKPP......dan selain itu turut sembang pasal UPSR dan yang paling teruja...masa nak balik apabila Cikgu Rosdi menyatakan bahawa MSKPP memandang serius tentang kecederaan Cikgu Zaik dan MSKPP ingin menghulurkan sumbangan sebagai sokongan MSKPP terhadap kecederaan yang dialami oleh Cikgu Zaik.Terima kasih MSKPP atas kecaknaan ini.Sumbangan MSKPP besar ertinya dalam erti kata semangat MSKPP memberi perhatian kepada ahlinya.

SEKOLAH MULA BERCUTI...CUTI AKHIR TAHUN 2011



Pada 18 Nov 2011,Jumaat,merupakan hari pertama sekolah bercuti untuk Cuti Akhir tahun 2011.Sekolah yang telah berakhir ada 17 Nov 2011 Khamis semasa keutusan UPSR diumumkan di sekolah di seluruh negara.

Dengan cuti yang panjang ini...dari 18 Nov 2011 hinggalah sekolah mula dibuka semula pada 3 Januari 2012 Hari Selasa....murid telah dibekalkan dengan kerja rumah dan buku teks yang telah selesai diagihkan.Ibubapa berperanan untuk memastikan anak-anak tidak hanya menghabiskan masa dengan bermain...cubalah sekali sekala menginagatkan anak-anak agar mentelaah pelajaran berpandukan buku yang telah dibekalkan.



Bagi guru-guru pula.....ada yang akan balik kampung,ke Johor,Ke Perak,Ke Kelantan dan sebagainya.Selamat memandu semua.Yang terlibat dengan kelas tambahan....bereskan dan aturkan sebaik mungkin.



Dan mungkin juga.....akan ada banyaklah jemputan kahwin nanti.....kira okay jugalah....memang biasalah....apa-apapun...penulis nak ucapkan SELAMAT BERCUTI kepada semua warga SKRKTST.

UPSR 2011...2 ORANG MURID MENDAPAT 5A

Ahmad Taqqiuddin dengan slip UPSRnya
Azra Izzana dapat 5A


Pengerusi PIBG bersama murid yang berjaya disamping Guru Besar


pADA 17 nOV 2011,Keputusan UPSR yang dinanti-nantikan telah diketahui hari ini.Gepat jam 10.00 pagi,keputusan UPSR sudah diketahui.Usaha dan kesungguhan guru selama setahun bagi memastikan kejayaan murid akhirnya diketahui hari ini.SK.RKT Seberang Tayor telah menerbitkan 2 murid mendapat 5A dalam UPSR tahun 2011 ini.Mana kala 4 orang mendapat 4A1B.Tahniah kepada murid yang berjaya dan tahniah juga kepada guru-guru yang telah berusaha bersungguh bagi memastikan kejayaan murid.


Turut hadir semasa pengumuman keputusan UPSR ialah Pengerusi PIBG En.Yusof bin Mat Ali serta ibubapa murid.Murid yang berjaya mendapat 5A ialah Ahmad Taqqiuddin dan Azra Izzana Yahaya.Kedua-duanya ialah murid dari Bt 14.



JAMUAN AKHIR TAHUN MGK SKRKTST 2011

Pn Nafisah.....bersama rakan lama..Pn sabariah dan Pn Noorazita

AJK PIBG En Mustafa,En Baharom dan Cikgu Syed...


Tiga JEJAKA.....PI..GB dan Dil..

Jamuan bermula.....


Pada 16 Nov 2011,Rabu malam khamis telah diadakan Jamuan Akhir tahun MGK SKRKTST 2011.Majlis yang setiap tahun dijadikan acara mesti telah diadakan di Kantin Sekolah.Beraneka juadah dihidangkan pada malam ini.Yang pastinya,Jamuan Akhir Tahun ini juga turut meraikan perpisahan dan pertukaran dua guru yang famous di RKT iaitu Cikgu Syed Amran dan Ustazah Nafisah.


Selain itu,jamuan ini turut dihadiri oleh AJK PIBG seperti En baharon,En Mustafa dan yang lain tu penulis tak sebutlah.Walau dimana sekalipun,jamuan akhir tahun adalah acara tetap dan ianya dijayakan oleh guru sebagai ahli MGK.Tahniah kepada Cikgu Mohamad Zaki atas kejayaan mengadakan jamuan akhir tahun kali ini.

Rabu, 16 November 2011

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN RM100 KEPADA IBUBAPA MURID














Pada 16 Nov 2011,Rabu,telah diadakan majlis penyerahan sumbangan wang RM100 kepada ibubapa murid sebagai peruntukan untuk perbelanjaan sekolah yang diluluskan oleh Kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan YAB Dato Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak semasa pembentangan bajet 2012 baru-baru ini.



Sekolah ini yang mempunyai keramaian murid 221 orang turut merasai nikmat dari perbelanjaan 2012 ini apabila ibubapa dibetri RM 100 seorang anak untyk perbelanjaan sekolah mereka.Sebanyak Rm22100 telah dibayar kepada ibubapa pada hari ini.Urusan membawa duit dari bank telah dilakukan oleh Tn Guru Besar bersama polis pengiring pada jam 11.00 pagi.

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2011

Persiapan backdrop oleh AJK pentas.
Salah satu persembahan dari murid tahun 6


Pada 15 Nov 2011 Seladsa,bertempat di Dewan SKRKT Seberang tayor,telah berlangsung Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2011.Majlis yang dirasmikan oleh Pengerusi JKKK Seberang Tayor,Tn Hj Abdul Jalil berlangsung pada pukul 830 pagi.

Dalam majlis tersebut,turut hadir ialah Pengerusi PIBG En Yusof bin Mat Ali dan AJK PIBG serta ibubapa murid.Majlis yang dipengerusikan oleh Cikgu Mohd Zaki bin Ramli ini berlangsung dengan jayanya yang mana majlis selain dari penyampaian hadiah kepada murid yang cemerlang dalam pelbagai kategori,turut diselitkan dengan persembahan dari murid-murid.



Selain itu,pelbagai hadiah disediakan oleh pihak sekolah seperti hadiah medal,buku tulis,peralatan alat tulis,buku cetrita,beg dan lain-lain lagi kepada para pemenangnya.Hdaih adalah sumbangan dari Kedai Sedolah.Ibubapa juga berpeluang mendapatkan hadiah dari cabiuatan bertuah yang disediakan oleh pihak sekolah.Majlis selesai pada jam 1230 tengahari.



Isnin, 7 November 2011

GUANE FC VS JQAF/SK SERI GELIGA

Mantap......dua pasukan sebelum berentap

Pemain Jqaf berehat pada masa separuh pertama



Abglong Fadzil berbungkus buku lali ...cedera



Pada 2 Nov 2011,Selasa,Pasukan Guane FC sekali lagi telah mengadakan perlawanan persahabatan bolasepak padang antara Guane FC bertemu sahabat dari JQaf bergabung dengan SK Sri Geliga.Perlawanan yang penuh muhibbah kali ini dijalankan di "Stadium Old Trafford SK.RKT Seberang Tayor ".



Dalam perlawanan penuh semangat setiakawan ini,di khabarkan pemain penyerang berbisa Guane FC iaitu Abglong Fadzil cedera buku lali.Kecederaan ini telah menyebabkan Abglong Fadzil mendapat khidmat tukang urut Guane Fc iaitu Pak Loh Kijal.Abglong Fadzil dilaporkan sihat dan bercuti dari bermain dalam 2 atau 3 minggu ini.Pemain veteran Guane FC,Cikgu Zaik masih lagi berehat dan bertongkat untuk 6 minggu ini akibat kecederaan lututnya.Manakala pemain tinggi lampai Guane FC Ustaz Shah masih lagi diminta berehat atas kecederaan lututnya.Namun kecederaan tiga pemain ini tidak akan membantutkan pemain-pemain lain dari terus mengharungi cabaran dari pasukan lain.Hidup GUANE FC.

Sabtu, 5 November 2011

TAKWIN SEKOLAH TAHUN 2012

Takwim 2012


Sebagaimana sedia maklum,sekolah akan bercuti pada 17 Nov 2011,sudah tidak berapa hari lagi.Namun takwin sekolah untuk tahun 2012 sudah diedarkan untuk memudahkan pentadbir,guru,ibubapa membuat perancangan yang teliti untuk pendidikan anak-anak.

Jumaat, 4 November 2011

GOTONG ROYONG MURID PASCA UPSR BERSIH KOLAM

Dua murid tahun 6 sedang membersih kolam

Dah kering dah......


Tu dia ikan kelinya.....bergeliuk sakan tuuuu


Pada 27 Okt 2011,Khamis,murid-murid tahun 6 telah mengadakan gotong royong bersih kolam ikan keli.Ini merupakan salah satu aktiviti untuk program Pasca UPSR.Banyak juga ikan keli yang masih hidup di dalam kolam tersebut yang dijaga dan diselia oleh tukang kebun sekolah iaitu Pok Ngah dan Pok Zahid.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 2011

Kad ini untuk semua warga SKRKTST



Pada 6 Nov 2011,Ahad telah diumumkan sebagai Hari raya Aidil Adha 2011.Sekolah akan bercuti agak panjang iaitu bermula hari Jumaat 4 nov hingga 7 nov 2011 iaitu hari Idsnin.Sekolah akan buka semula pada hari Selasa.Hari Rabu peperiksaan akhir tahun akan disambung semula.


Dikesempatan ini,penulis mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha atau lebih femous dipanggil Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban bagi masyarakat Terengganu kepada semua rakan-rakan guru dan pekerja dari SK RKt Seberang Tayor Kemaman.Mesti ada kunjung mengunjung ni......buat jangan tak buat.....kunjungilah rakan sahabat ......biar meriah gitu.


Mungkin ada yang buat korban pada hari raya ini.....baguslah.Ada yang balik kampung dan ada yang duduk kampung tak balik-balik.Penulis hanya beraya kat rumah.....bertongkat lagi.

Kebetulan 6 Nov tu juga ialah hari lahir penulis............. jadi 47 tahunlah usia penulis.


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA ......

Khamis, 27 Oktober 2011

PENGALAMAN GURU MEDIA/PENULIS BLOG JALANI PEMBEDAHAN LUTUT

Cikgu Zaik...berehat di rumah selepas menjalani pembedahan lutut

Bagi anda yang pernah atau bakal mengalami kecedaraan lutut dan pembedahan lutut, mungkin tulisan saya ini boleh dijadikan panduan. Ya…siapa tahu, malang tak berbau, seperti saya. Kecedaraan lutut saya alami sewaktu latihan bolasepak vateran untuk mewakili guru veteran dalam sukan MSKPP Pejabat Pendidikan Kemaman iaitu pada hari Isnin 17 Okt 2011 jam 615 petang di Padang SMK Teknik Kemaman. Sewaktu membuat lompatan tinggi bola di hadapan gol, entah bagaimana tiba-tiba sahaja saya terdengar bunyi ‘pop’ di lutut saya. Saya terhenti dan berdiri serta merta. Kaki tak boleh bergerak seolah-olah terlekat pada tanah. Kawan-kawan mengusung saya keluar padang. Selepas itu saya memandu sendiri pulang dengan kereta proton saga lama yang ber"clutch" {rakan dah sudi hantar..tapi saya kata saya boleh memandu lagi} .Pukul 700 malam sampai di rumah dan hampir 3 jam tak dapat berjalan. Pukul sepuluh malam,rakan saya Mohd Salim membawa saya mengurut di Seberang Tayor,sakit usah dikira tapi saya kena mengurut juga kerana tak tahan rasa sengal.Kaki tak boleh berpijak di tanah,jika berpijak terasa sengal yang amat sangat.Mohd Salim menggendong saya di atas belakangnya untuk naik ke kereta.Selepas pulang dari mengurut,satu malam saya tak dapat tidur,berdenyut.Kemudian,jam 1100 pagi esoknya{selasa} isteri saya membawa saya ke Hospital Kemaman.Saya tidak boleh berjalan malah terasa sangat sakit .Pukul 100 tgh baru nama saya dipanggil,Doktor meminta saya pergi xray dan jumpa semula jam 230 ptg.Itu semua saya buat bertemankan isteri saya,Cikgu Haniza dan anak lelaki saya Mohd Harir yang berkebetulan bercuti selama semester sebulan dari belajar di UITM Lundu Melaka.Semasa berjumpa semula ,doktor memaklumkan tulang lutut saya di bahagian betis serkah atau sepih berbentuk V. Setelah rasa sakit pada bahagian lutut reda seketika doktor membawa kes saya kepada doktor pakar iaitu Dr Colling di wad kecemasan.Setelah menunggu hampir setengah jam,Dr Colling yang berwatakan peramah,ceria dan mudah diajak berbincang menyarankan agar saya menjalani pembedahan dengan memasukkan dua biji skru untuk melekatkan tulang berbentuk v itu..Selepas menunggu keterangan dari Doktor Pakar Bedah iaitu Dr Che Wan iaitu ketua Dr Colling , dan setelah mendapat pandangan dari sahabat-sahabat saya dan kenalan seperti Pengerusi JKKK,Pengerusi Masjid,Tuan Guru Besar SK.RKT Seberang Tayor dan beberapa nama lagi,saya mengambil keputusan untuk membedah lutut saya.

Dipendekkan cerita, akhirnya saya bersama isteri mengambil keputusan untuk membuat pembedahan lutut serta merta kerana jika lambat membuat keputusan,saya akan dibedah seminggu kemudian.Saya dimasukkan ke wad pada jam 600 petang dengan kaki saya di simen separuh.Mungkin disebabkan faktor usia, kesakitan pada bahagian lutut yang tercedera itu terasa dan sering berulang denyutannya.

Saya bermalam seorang diri pada hari Selasa malam Rabu 18 Oktober 2011 di Hospital Besar Daerah Kemaman, saya meminta anak dan isteri saya datang pada hari pembedahan iaitu hari Rabu sahaja.Pada malamnya,saya tidak makan terlalu banyak dan tidak minum terlalu banyak,pukul 1200 malam saya diberi suntikan ubat tahan sakit dan terlena tidur hingga terjaga pada pukul 600 pagi.Keesokkannya,saya diminta berpuasa untuk menjalani pembedahan mengikut giliran iaitu yang ke lima.

Jam 1000 pagi ,isteri dan anak saya hadir memberi semangat kepada saya.Pesakit ketiga dan keempat telah dibawa ke dewan bedah dan saya tahu saya akan dipanggil bila-bila masa sahaja.Tepat jam 245 petang,nurse meminta saya menukarkan pakaian kepada pakaian bedah,iaitu berbaju putih,bertutup rambut warna biru dan tanpa memakai apa-apa seluar lagi.Hanya selimut putih membaluti tubuh bawah saya.Setelah selesai,saya di bawa ke dewan bedah pada pukul 300 petang dan saya hanya berdoa kepada Allah dan bertasbih serta mengucap semoga kekuatan ada pada diri saya.

Semasa di dewan bedah,semua yang berada di situ berpakaian biru,saya dilayan dengan baik.Setelah 10 minit,Pakar bius seorang Dr yang peramah memperkenalkan diri dan menerangkan apa yang akan dilakukan ke atas saya dan saya mendengar dengan teliti serta menjawab setiap pertanyaan Dr tanpa ragu-ragu lagi.Kalau tak silap saya 330 petang saya di bawa masuk ke bilik bedah.Dr yang menjalani pembedahan saya ialah Dr Colling sendiri dengan beberapa kakitangan pembantu.

Secara ringkas:Tarikh masuk wad: 18 Okt 2011Tarikh pembedahan: 19 Okt 2011 Kos pembedahan: percuma
Kos skru :RM80.00

Tempat pembedahan: HDK Dewan Bedah

Pengalaman dan prosedur:

Banyak perkara yang ditanya dan diperiksa oleh doktor kepada saya. Antaranya pengalaman pembedahan, sejarah penyakit keluarga, pemeriksaan jantung, pemeriksaan sampel darah dan sebagainya. Saya juga perlu menandatangani borang-borang tertentu. Kalau tak silap tiga kali.

Bius separuh badan

Bab ini yang agak menyakitkan. Semasa di dewan bedah, saya diminta duduk membongkok lalu bius pertama dimasukkan. Saya kira bius pertama jarumnya agak halus dan bertujuan untuk membuatkan kebas setempat supaya bius berjarum besar dapat dimasukkan tanpa kesan sakit yang kuat. Ketika bius kedua dimasukkan, terasa jarum agak besar menembusi antara sendi tulang belakang. Terkeluar juga air mata dibuatnya. Kemudian dua jarum lagi dibius di kawasan yang hampir dengan tempat mula-mula tadi.Sebentar kemudian, paras pinggang sehingga ke bawah tidak terasa apa-apa lagi. Ketika itu saya nampak skrin televisyen di tayang dan saya boleh nampak secara sedar bagaimana DRB melakukan pembedahan. Saya nampak apabila DRB melakukan kerja memasukkan skru di tulang saya itu.

Alhamdulillah, pembedahan lutut saya berjaya.Jam 615 petang saya dimasukkan semula ke wad. Rakan-rakan dari JKKK Pasir Gajah dan isteri serta anak saya sudah menunggu di pintu bilik bedah.Doktor memaklumkan, saya tidak boleh bangun selama enam jam selepas pembedahan. Saaya juga diminta tidak minum dan makan .Selepas 1 jam doktor mula membenarkan saya minum air mineral dan makan roti.Mujurlah saya tidak terasa hendak buang air kecil.Saya juga tidak terasa pening dan muntah. Saaya hanya berbaring selama 6 jam. Selepas 4 jam kesan bius mulai hilang,jam 1000 malam,masa itu, hanya Allah SWT sahaja yang tahu bagaimana siksa menahan sakit kesan pembedahan. Nurse menyuntik ubat tahan sakit tetapi bertahan hingga jam 1200 malam,kemudian sakit terasa semula,saya tidak dapat tidur,anak saya Harir yang membantu saya ,memicit lengang dan mengibas surat khabar agar ada udara ke kepala saya serta membasahkan tuala agar saya tahan sakit.Jam 5o00 pagi, saya diberi satu dos lagi suntikan tahan sakit.Pada pagi rabu,saya terasa sakit lagi dan diberi ubat pil untuk menahan sakit.Pada hari Khamis,Pakar Bedah terus membuat pemerhatian dan meminta saya menjalani fisiotrafi cara menggunakan tongkat,Pada Jumaat jam 1230 tegahari,selepas segala dokumen selesai,saya dibenarkan pulang.

Bagi saya, pengalaman dibedah tidaklah menyakitkan. Kesan bius itulah yang lebih membuatkan saya sangat tidak selesa. Mungkin kesan itu berbeza-beza bagi orang lain. Kesan bius yang lain ialah pangkal leher hingga ke bahu kiri dan kanan terasa sangat berat seolah-olah dipaku sehinggakan saya menoleh dengan memusingkan seluruh badan.

Peralatan tambahan

Selepas pembedahan, pesakit akan dinasihati supaya menggunakan peralatan sokongan seperti tongkat, compress dan pendekap kaki. Tetapi kesemuanya tidak dibekalkan oleh hospital. Peralatan tersebut perlu dibeli sendiri:
1. Tongkat: RM90.00 (bergantung kepada kualiti/jenis
)2. Compress (pembalut ais atau jelly): RM180.00
3. Pembalut kaki: simem - percuma ,fiber : RM50.00

Cuti sakit

Oleh kerana saya seorang kakitangan kerajaan, doktor pakar telah memberikan saya rehat yang secukupnya untuk pulih iaitu cuti sakit selama 42 hari dan pemeriksaan serta xray semula pada minggu keenam . Selama tempoh masa tersebut, saya hendaklah sentiasa mengikuti rawatan fisioterapi dan senaman ringan sebagaimana yang diajarkan oleh pegawai dari unit terapi.

Kunjungan para sahabat

Bagi saya,kunjungan dari para sahabat lebih memberi keyakinan untuk saya.Ianya cukup penting sebagai penguat mental menghadapi saat-saat getir.Sehari selepas pembedahan,rakan-rakan dari SKRKT Seberang Tayor datang menziarai saya di hospital.Saya rasa cukup berterima kasih.Apabila pulang ke rumah,masih ada lagi rakan-rakan sekerja meluangkan masa bertanya khabar menziarahi saya.Semua ini penting bila kita berada di dalam situasi sebegini.

Rabu, 26 Oktober 2011

GUANE FC LAWAN MGK SRI BANDI2

Pasukan Guane FC

Pada Selasa 25 Okt 2011,Pasukan Guane FC telah mengadakan perlawanan persahabatan bolasepak padang dengan pasukan MGK SK Sri Bandi2 bertempat di padang SK.RKT Seberang Tayor.

Antara pemain Guane Fc yang turun ialah Fakro,Zul,Deli,Hadi,Lopfi,Zamli,Fadzil,Zakey,Shukrti dan Syed.Dengan berjersey merah,Guane FC telah bermain dengan baik apabila keputusan terakhir ialah Guane Fc 4 dan MGK Sri Bandi 2.

Selasa, 25 Oktober 2011

KURSUS FARMAT ICT UNTUK GURU MEDIA

Fasilitator menyampaikan panduan

Cikgu Zaik dan para peserta

Pada Isnin 16 Okt 2011,PKG Cheneh telah mengadakan kursus Format Komuter untuk Gutru Media dan Guru ICT di semua sekolah PKG Cheneh.Kursus sehari ini di adakan di Bilik Mesyuarat PKG Cheneh dan iainya disampaikan oleh Juruteknik Komputer SK Cheneh iaitu Saudara Nik Mohd Azhar bin Nik Mohd Nor.SKRKT Seberang Tayor dihadiri oleh Cikgu Mat zaik bin Mohd Yusof.

Kursus yang memberi pendedahan cara untuk memformat semula komputer bermula jam 900 pagi dan berakhir jam 430 petang.

CIKGU ZAIK JALANI PEMBEDAHAN LUTUT KIRI

Lutut kiri berbalut
Cikgu Zaik berehat di rumah

Pada 18 Okt 2011,Rabu,Cikgu Mat Zaik yang mengalami kecederaan lutut semasa menjalani latihan bolasepak veteran MSKPP Kemaman telah menjalani pembedahan lutut kiri kerana tulang lutut beliau mengalami serpihan.Pembedahan tersebut ialah bertujuan untuk mencantumkan tulang tersebut dengan menggunakan 2 biji skru.

Pembedahan telah dijalankan pada jam 300ptg dan selesai pada pukul 600 ptg hari Rabu.Cikgu Mat Zaik diminta berehat di Hospital Kemaman selama 4 hari iaitu bermula hari Selasa hingga hari Jumaat.

Antara rakan guru yang menziarahi Cikgu Mat Zaik di Hospital pada hari Khamis ialah Tn Guru Besar,En Kamarudzaman Hashim bersama Ustaz Zamli,Ustaz Zulkifli,Ustaz Fakro serta EIO Ahamad Lopfi dan EIO Hadi bersama Mail kantin dan isteri.

Manakala sebelah siang hari Jumaat pula,Cikgu Mohd Fadzil dan Cikgu Syed Amran telah meluangkan masa bersembang sehingga jam 12 tengahari.Pada hari Ahad pagi,Tn Hj Mohd Zor dan Cikgu Zaki telah hadir menziarahi Cikgu Zaik pula,dan tengaharinya,rakan-rakan Cikgu Wanita yang diketuai oleh PK HEM Pn Asmarani,Pn Dorothy,Pn Salmiah,Pn Rohana,Pn Zainun,Pn Zainab,Pn Rohaya,Pn Sabariah,Pn Noorazita serta PK1 Ayer Puteh Cikgu Khalid telah hadir meluangkan masa menziarahi Cikgu Zaik di rumah.

Sebelah petang pula,Pengerusi PIBG En Yusof dan isteri telah datang menziarahi Cikgu Zaik.Pada pagi hari Selasa pula,Ustaz Shah bersama Pok Ngah dan Pok Zahid telah menziarahi Cikgu Zaik.

Kepada rakan-rakan guru dan pekerja .....berbanyak terima kasih kerana memberi semangat kepada Cikgu Zaik atas kunjungan tersebut.Doktor kata Cikgu Zaik kena cuti 42 hari....lamanya kena bertongkat.....lengoh rasanya.....

Sambutan Hari Jadi Murid.