Rabu, 27 April 2011

MENGHIAS RUMAH SUKAN....GURU SSUNGGUH

Pemandangan dari jauh
Wau bulan Rumah Biru
Pntu Gerbang Rumah Hijau
Bunga Manggar Rumah Sukan PRA Sekolah
Mercu Gerbang Rumah Merah

Pada 26 April 2011,Selasa,Semua Ketua Rumah sukan telah mengundi mendapatkan tempat letaknya rumah sukan masing-masing.Bermula jam 11.00 pagi,persiapan untuk menghias rumah sukan telah mula dilakukan oleh guru dan murid rumah sukan masing-masing.

Persaingan sengit ini menunjukkan betapa guru begitu bersemangat untuk memastikan sukan tahunan ini mendapat perhatian dan menentukan hiasan rumah masing-masing menjadi johan untuk kategori rumah sukan tercantik hiasannya tahun 2011.

Setelah diundi,Rumah Merah {Hang Lekir} di letakkan di bahagian tepi kiri,diikuti Rumah sukan Pra Sekolah,Kemudain Rumah Hijau {Hang TUah} dan di sebelah kanan pula ialah rumah Biru {Hang Jebat}.

Yang seronoknya,guru menghias rumah sukan ni sampailah pukul 630 petang.Antara guru yang dilihat ada sampai ke petang ialah Rumah Merah:Cikgu Zainon,Cikgu Ana dan Cikgu Mas.Rumah Hijau :Cikgu Sala,Ustazah Zainab dan Ustaz Zamli,Rumah Biru : Cikgu Rohaya,Cikgu Noorazita Cikgu Sabariah,Cikgu Marfa dan Cikgu Zaik,PRA : Cikgu Harun dan ibubapa.Ada guru yang langsung tak balik rumah .Ada yang balik datang semula jam 4 atau 5 petang.Itulah guru.Bersungguh dalam segala hal.Yang pasti,esok ialah Hari Sukan dan didoakan agar HUJAN tak turun.

Selasa, 26 April 2011

GUANE FC MENERIMA KEPUTUSAN SEADANYA

Team lawan bersama GUANE FC dan PK1
Team GUANE FC bersama pasukan SKTKalong
Rembatan kencang Cikgu Fadzil
Berehat setelah selesai bermain
Pengurus Guane FC,Lopfi minum air tin....

Pada 25 April 2011,Isnin ,Kelab FUTSAL Guru SKRKTST,GUANE FC telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Kelab Futsal SKTkalong bertempat di Gelanggang FUTSAL Binjai.Perlawanan cukup muhibbah itu turut dihadiri oleh PK1 SK RKT Seberang Tayor Tn Hj Mohd Zor Ali yang datang khas untuk memberi sokongan kepada Kelab GUANE FC.

Dalam perlawanan yang agak konsisten itu,Kelab Guane FC telah bermain dengan teratur yang mana pada satu ketika GUANE FC telah mendahului 6 -3,namun kebisaan dan kelincahan kelab lawan menyebabkan pemain-pemain GUANE FC memberi laluan untuk pasukan tersebut mendahului sampai ke penamat iaitu 11 untuk lawan dan 7 untuk GUANE FC.

Antara pemain GUANE FC yang bermain malam ini ialah Cikgu Zaki sebagai Keeper,Ustaz CW Fakro dan Ustaz Zamli sebagai bek,Cikgu Syed Amran sebagai pemain tengah bersama EIO Hadi,Cikgu Fadzil,Cikgu Zaik dan EIO Lopfi sebagai penyerang.Dalam perlawanan ini,Cikgu Fdzil masih lagi mengekalkan momentennya dengan tendangan kencang bagi menjaringkan gol...tambahan pula Cikgu Fadzil berkasut NIKE baru.

Walaubagaimanapun,kehadiran PK1,Tn Hj Mohd Zor bin Ali tetap memberi semangat kepada GUANE FC,walaupun tewas namun tetap ceria apabila dapat bersama menikmati juadah air tin dan kek yang dibawa khas oleh PK1.GUANE FC mengucapkan terima kasih kepada PK1. Pemain bersurai dari gelanggang tersebut jam 1125 malam.

Khamis, 21 April 2011

LATIHAN SUKAN KALI KE 26 BERMULA

Cikgu Syed Amran {Baju batik-Pengarah Teknik Sukaneka} berbincang dengan Cikgu Zaki



Murid bersedia dengan bola



PK1 Tn Hj Mohd Zor turut berminat melihat latihan murid

Pada 21 April 2011,Khamis,unit Kokurikulum melalui Setiausaha Sukan iaitu Cikgu Mohd Fadzil,telah mengadakan latihan sukaneka kali pertama yang melibatkan semua murid tahun satu hingga tahun enam.Latihan ini adalah untuk menjayakan sukan tahunan kali ke 26,2011.

Semua guru yang terdiri dari guru rumah Merah,Rumah Biru dan rumah Hijau telah turun padang melatih murid bagi memastikan murid memahami acara yang perlu dimainkan.Antara acara yang dilatih ialah acara isi air dalam botol,acara menyusun tin,acara lari dalam guni,acara lerek ring basikal,acara menyusun gelung rotan dan banyak lagi.Antara guru yang hadir melatih murid ialah Cikgu Marfazilia,Cikgu Rohaya,Cikgu Masalizawati,Cikgu Azlin,Cikgu Sabariah,Cikgu Rohana,Cikgu Salamiah,Ustaz Zamli,Ustaz Shahriza,Ustaz CW Fakro,Cikgu Mohd Zaki,Cikgu Mat Zaik ,Ustazah Zainab dan Cikgu Zainon.

Turut turun padang menyaksikan latihan berjalan lancar ialah PK Kokurikulum iaitu Pn Dorothy,PK Hem Pn Asmarani Abdullah dan PK1 Tn Hj Mohd Zor bin Ali.Selain itu penyelaras teknik permainan Cikgu Syed Amran b Tuan Padan turut berada di padang bagi memastikan acara yang dilatih dengan betul menepati kehendak.Acara latihan yang bermula jam 745 pagi berakhir jam 915 pagi.

Isnin, 18 April 2011

RKT NAIB JUARA HOKI LELAKI DAERAH 2011

Pn Maslizawati mengawasi murid semasa rehat
Ketua pasukan hoki SKRKTST menerima medal dari wakil PPD
Pasukan hoki lelaki menjadi naib juara daerah Kemaman
Jurulatih,Cikgu Fadzil mengatur strategi kepada pemain
Antara orang kuat dari RKT
Pasukan hoki perempuan mendapat tempat ketiga

Pada 14 April 2011 Khamis bertempat di Padang SMK Bukit Mentok.Kemaman telah berlangsung Pertandingan Hoki Lelaki dan perempuan sekolah rendah peringkat Daerah Kemaman.Dalam pertandingan itu,SK RKT Seberang Tayor telah mewakili peringkat PKG Cheneh melalui dua pasukan iaitu Hoki Lelaki dan Hoki Perempuan.


Pasukan hoki dibawah bimbingan Cikgu Mohd Fadzil Abdullah bersama penolong jurulatih Cikgu Syed Amran Tuan Padang telah mencatat nama dalam peertandingan di peringkat PKG Cheneh apabila menjadi pasukan yang boleh mewakili PKG.Dalam pertandingan Hoki Peringkat Daerah Kemaman ini,pasukan hoki lelaki SK RKT Seberang Tayor telah dinobatkan sebagai naib juara manakala pasukan hoki perempuan pula telah dinobatkan sebagai tempat ketiga.Ini adalah rekod yang dipegang oleh sekolah ini melalui jurulatihnya iaitu Cikgu Mohd Fadzil dan Cikgu Syed Amran yang mengekalkan kecemerlangan hoki selama 9 tahun berada di sekolah ini.

Antara guru yang hadir memberi sokongan kepada pasukan haki sekolah ialah Cikgu Mohd Zaki bin Ramli,Cikgu Maslizawati A Wahad,Cikgu CW Fakro,Ustaz Zamli bin Ya dan Pak Ngoh Hussin.

Rabu, 13 April 2011

RKT MENYERTAI SMART ENGLISH PERINGKAT PKG CHENEH

Pn Azlin Yahaya jadi hakim ya!!!!!
Murid sedang menunjukkan bakat niii
Murid SKRKT Seberang Tayor di atas pentas

Pada 12 April 2011,Selasa,SKRKT Seberang Tayor telah turut serta dalam Pertandingan Smart English Peringkat PKG Cheneh baru yang diadakan di PKG Cheneh.Antara sekolah yang turut serta ialah SK.Ayer Puteh,SK Cheneh baru,SK Neram 1 dan beberapa buah sekolah lagi.

Dengan latihan yang dijalankan oleh Teacher Azlin dan Teacher Sabariah,peserta sekolah ini telah menunjukkan kesungguhan dalam semua venua yang dipertandingkan.Antara guru dari SK RKT Seberang Tayor yang hadir ialah Cikgu Mohd Zaki,Cikgu Marfazilia yang bertindak sebagai pengiring.

Waalaupun sekolah ini tidak berjaya memenangi tempat dalam SMART ENGLISH kali ini,namun ianya merupakan satu pendedahan buat murid-murid yang menyertai pertandingan tersebut.Kita akan usaha lagi tahun 2012.

GUANE FC BERTEMU SKBINJAI FC PENUH MUHIBAH

Pemainan baru bermula Team Guane FC bersama SKBijnai FC Para pemain dari kedua-dua team.
Pada 12 April 2011,Selasa malam rabu,Team Guane FC dari SK RKT Seberang Tayor telah mengadakan perlawanan muhibbah bertemu dengan Team Futsal SKBinjai FC di gelanggang FUTSAL YB DUN AYer Puteh.


Perlawanan yang diatur oleh Cikgu Syed Amran bermula jam 10.00 malam dan berakhir jam 1130 malam.Antara Pemain Guane FC yang turun pada malam ini ialah Keeper Cikgu Zakey,Bek Cikgu Fakro dan Ustaz Zem,Pemain Tengah Cikgu Zaik,Penyerang kembar berbunuh iaitu Cikgu Fadzil dan Cikgu Syed Amran serta dua orang pemain baru iaitu Azmi Seberang Tayor dan Delli Kesihatan.


Manakala pemain dari SKBinjai FC pula antaranya ialah Cikgu Ahmad Embong,Cikgu Rizal,Ustaz Amri,Cikgu Din dan beberapa orang lagi.Permainan yang menghiburkan ini berakhir dengan Guane FC mendapat 17 gol dan SKBinjai FC pula mendapat 13 gol.Motto "Bermain untuk Kesihatan" masih lagi kekal dipertahankan memandangkan pada malam ini team Guane FC bermain agak konsisten,Keeper Cikgu Zakey kerap kali merebahkan badan bagi meyelamatkan bola manakala Cikgu Fadzil terus mempamerkan tendangan hebat menggegarkan jaring lawan. Walaubagaimanapun,ketiadaan pengurus pasukan En.LoQpi begitu terasa,namun berita gembira ialah GUANE FC MEnang!

Isnin, 11 April 2011

PROGRAM JANA : PENDEDAHAN MENJAWAB BI

Tuan Guru Besar menyampaikan sumbangan kepada Cik Rema
Cik Rema sedang memberi penerangan

Cik Rema,Fasilitator jemputan dari SK Ayer Puteh

Murid tahun 6 yang terlibat

Suasana dewan semasa program dijalankan

Cik Rema menyampaikan tip berguna

Pada 11 April 2011,Isnin,JK Penjana Misi Akademik 7 di bawah Pengurusan PK 1 Tn Hj Mohd Zor bin Ali ,buta pertama kalinya telah mengadakan Program Pendedahan Menjawab Soalan UPSR Bahasa Inggeris yang disampaikan oleh fasilitator jemputan iaitu Cik Rema dari SK Ayer Puteh Kemaman.


Program yang diuruskan oleh JK Penjana 7 iaitu Cikgu Mat Zaik,Cikgu Rohana dan Cikgu Mohd Zaki ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 10.00 pagi.Dalam program tersebut ,seramai 37 orang murid UPSR tahun 6 dari berbagai lapisan kebolehan didedahkan dengan teknik menjawab soalan oleh Cik Rema. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tn Guru Besar,En.Kamarudzaman din Hashim dan Tn Hj Mohd Zor bin Ali.Selain itu guru BI th 6 iaitu Pn Azlin Yahaya dan Pn Sabariah Daud turut sereta memberi komitmen menjayakan program tersebut.

Ahad, 10 April 2011

SESUAI UNTUK BACAAN

Personaliti pelajar diberi penekanan

KUALA TERENGGANU 6 April - Jabatan Pelajaran negeri akan menggerakkan Program Pembangunan Personaliti Pelajar agar penampilan, fizikal dan perwatakan selari dengan fitrah jantina mereka.

Pengarahnya, Razali Daud berkata, persoalan tersebut yang selama ini tidak begitu diberi perhatian perlu ditangani bagi membolehkan pelajar mengawal diri daripada terjebak pengaruh budaya negatif dari luar.

Katanya, langkah itu perlu dimulakan agar penyimpangan identiti tidak menjadi suatu gejala ketika negeri ini terus berusaha melonjak dalam pendidikan melalui pendekatan Kelestarian Pendidikan Terbilang.

"Pendidikan perlu dikembangkan secara holistik, apabila kecemerlangan seimbang melalui pencapaian akademik, rohani, emosi dan fizikal.

"Namun, aspek fizikal seolah-olah terbiar, kita tidak mahu wujudnya kelompok pelajar yang tidak menyakinkan dari segi personaliti dengan lelaki yang berwatak seakan-akan perempuan manakala perempuan pula seakan-akan lelaki," katanya pada majlis makan malam bersama wakil media tempatan yang turut dihadiri pegawai kanan jabatan itu, di sini malam tadi.
Sehubungan itu, beliau menjelaskan pelajar sedemikian akan dikenal pasti dan mereka yang disahkan 'bermasalah' kelak akan dibimbing agar dapat mengembalikan semangat serta personaliti mereka yang asal.

Katanya, pelajar peringkat menengah akan dilibatkan dalam sesi kaunseling, motivasi, keagamaan dan latihan kecergasan fizikal bagi memulih mereka sebelum melangkah ke pusat pengajian tinggi.

Menurutnya, ia adalah antara beberapa pendekatan yang digerakkan bagi menyemai roh keislaman diri pelajar agar mereka mampu mendepani cabaran.

"Usaha ini selaras dengan dasar, cuma mengikut kesesuaian dengan negeri ini termasuklah apa yang Terengganu telah rintis seperti amalan membaca al-Quran di sekolah sebelum sesi pengajian bermula.

"Kita juga kan memulakan program penghafaz al-Quran mengikut tahap-tahap tertentu kepada pelajar yang tinggal di asrama bagi mengisi waktu luang mereka," katanya

Sumber : Utusan Malaysia OnLINE

JOHAN BERCERITA PKG CHENEH DARI SKRKT ST

Saifullah dan Maisarah

Adik Mohd saifullah bin Mustafa bersama medal dimenanginya.

Pada 6 April 2011,Rabu,Pertandingan bercerita Ko Akademik peringkat PKG Cheneh telah diadakan di SK Cheneh Baru 2.Sekolah ini telah menghantar dua orang wakil bercerita iaitu wakil tahap 1 ialah adik Maisarah Syamimi dan wakil tahap 2 ialah adik Mohd Saifullah bin Mustafa.

Daalam pertandingan ini,adik Muhamad Siafullah bin Mustafa telah dinibatkan sebagai JOHAN bercerita tahap 2 Peringkat PKG Cheneh manakala Adik maisarah pula mendapat saguhati.
Tahniah kepada Cikgu Rohana binti Hassan atas kesungguhan merlatih pemenang dari sekolah ini.

RUANG RMT BERTAMBAH MAKLUMAT

Meja khas untuk pelawat menikmati minuman
Ruamh maklumat dan carta bagi RMT
Carta organisasi RMT tersusun rapi
Peraturan yang disediakan
Peralatan makan/minum murid tersusun rapi

Pada 10 April 2011,Ahad,Ruang RMT di kantin sekolah di bawah seliaan Pn Salamiah Jusoh dan Pn Zainab Mat Roka telah memperlihatkan keceriaan yang begitu terserlah.Di bawah Pengurusan PK HEM iaitu Pn asmarani Abdullah,ruang RMT sekolah telah dihiasi dengan lebih ceria dan menarik.

Carta maklumat serta info lain berkaitan RMT disediakan untuk tatapan umum yang ingin mengetahunya.Selain itu susun atur perabot dan peralkatan kegunaan RMT juga dijaga dengan baik dan tersusun kemas.

PERPUSTAKAAN SKRKT ST BERWAJAH BARU

Rak buku yang dilebelkan
Alas meja mesyuarat yang baru dipasang
Susunan kaunter yang mesra pelanggan
Kemudahan tempat membaca yang selesa
Selain mesyuarat,juga digunakan untuk P & P

Pada 7 April 2011,Khamis .Perpustakaan SK RKT Seberang Tayor di bawah kelolaan Pn Zainon Othman telah mengalami perubahan yang agak membanggakan apabila daya kreatif dan keupayaan AJk Perpustakaan dengan gagasan idea Tuan Guru Besar telah telah membawa perubahan dalam suasana penuh keceriaan.

Melalui peruntukan yang diberikan sebanyak RM500 kepada Pn Zainon,perpustakaan kini dihiasai indah dengan alas meja mesyuarat yang baru yang warnanya amat menarik.Selain itu susuna atur perabot juga lebih mesra pelanggan dan mesra pengguna.

Perpustakaan ini digunakan selain dari tempat pembelajaran,selain itu ia juga dijadikan sebagai tempat mesyuarat memandangkan sekolah ini tidak mempunyai bilik mesyuarat yang khas.Kemudahan seperti LCD,pembesar suara dan layar turut disediakan di bilik ini.Ini merupakan cetusan idea Tuan Guru Besar bagi membangkitkan kelainan suasana semasa bermesyuarat.

Khamis, 7 April 2011

GUANE FC BERJERSEY BARU : MERAH


Baju dan logo Guane FC milik Cikgu Syed

Mencuba jersey baru...serasi betul Memilih jersey dari beg plastik
Memanaskan badan Pemain GUANE FC {Merah} bersama SEBTAYOR FC Lagi Possing Guane FC
Pemain tetrap GUANE FC dengan Jersey Baru
9 -Lotpi,11 Syed Amran dan 7 Fadzil


Pada 6 April 2011,Rabu , telah sah Kelab Bolasepak Guru Lelaki SK RKT Seberang Tayor di bawah MGK iaitu GUANE FC merasmikan Jersey Baru warna merah Berlogo sulam GUANE FC dan bertulis GUANE FC di bahagian belakang.Jersey baru ini digunakan buat pertama kalinya apabila bertemu dengan rakan sejiran iaitu SebTayor FC di Gelanggang Futsal Seberang Tayor.




Antara pemain yang hadir merasmikan jersey baru ialah Pengurus Ahamad Lotpi,Bek / penyerang berbisa ZAmli Ya,Penyerang ganas Fadzil,Midfell berpengalaman Syed Amran,Bek berpengalaman Zaik,Gol Keper handalan Zaki,Bek / penyerang handalan Fakro dan pemain import Hadi.




Dalam permainan persahabatan penuh sengit,GUANE FC hampir tidak lepas haji namum kecekapan penyerang ganas Fadzil,GUANE FC dapat 13 gol manakala Sebtayor FC pula dapat 20 gol.Kegagalan GUANE FC membenam pasukan lawan adalah kerana semua pemain GUANE FC di khabarkan makan nasi dahulu sebelum bermain dan menyebabkan perut buncit dan kekeyangan.Lagipun pemain GUANE FC terlebih minum ayer miniral LUCKY DAY...tapi rupa-rupanya tak juga luckyday.....malangday pula jadinya.Yang pasti ...inilah "SUKAN UNTUK KESIHATAN"

Sambutan Hari Jadi Murid.