SEJARAH SEKOLAH

LATAR BELAKANG RINGKAS SEKOLAH




Sekolah Kebangsaan RKT Seberang Tayor merupakan sebuah sekolah yang terletak di kawasan luar bandar iaitu kira-kira 25 kilometer dari bandar Cukai,Kemaman, Terengganu.Ianya terletak di dalam kawasan FELDA.Sekolah ini dapat dihubungi dengan adanya satu sistem jalanraya yang baik.Sekolah Kebangsaan RKT Seberang Tayor dibuka pada tahun 1967 bagi memberi pendidikan kepada anak-anak peneroka FELDA.Pada asalnya hanya terdapat sebuah bangunan sahaja,yang terletak di atas sebidang tanah yang luasnya 2.6 hektar.

Sekolah ini dimulakan pentadbirannya oleh En.Mohd Nor bin A.Rahman sebagai Guru Besar bermula pada 1967 hingga 1970,kemudian diikuti dengan En.Che Wan Hussain bin Nik {1971 -9177},En.Mohammmad bin Mahmood { 1978 – 1983},En.Wan Enong bin Hj Wan Embong {1984-1987},En.Mamat bin Embong {1988-1989},En.Ramlan bin Ramli {1989-1993}.Tn.Hj Kamaruddin bin Ab Wahab {1994-1995},En.Ramlan bin Ramli {1996-2000},En.Abdul Rahim bin Muhamad {2001-2002},En.Muhamad bin A.Bakar {2002-2004},En.Hamzah bin Ahmad {2004 hingga 2010} En.Kamarudzaman bin Hashim {2011 - 10 Jun 2012} En Mohd Saidi bin Embong {1 Julai 2012 hingga 22 Januari 2013} dan En Nor Azmi bin Muda {27 Januari 2013 hingga sekarang}.

Sekarang sekolah ini mempunyai satu lagi bangunan tambahan dua tingkat yang mempunyai 6 bilik kelas,1 bilik perpustakaan,1 bilik sumber dan 1 bilik tayangan dan sebuah bangunan tambahan 3 bilik yang menempatkan Bilik Kemahiran Hidup dan dua bilik darjah.Selain itu,sekolah ini juga mempunyai sebuah padang permainan yang luas dan sesuai untuk digunakan dalam pendidikan jasmani.Kemudahan asas lain seperti elektrik,air dan telefon turut ada disediakan.Untuk penempatkan guru-guru pula,disediakan 5 buah rumah guru berhampiran dengan sekolah ini.Selain itu,sekolah ini juga turut dibina sebuah makmal komputer dalam Fasa 3 yang mana makmal ini sudah mula digunakan bermula Mac 2004 yang lalu.

Mengikut bancian bulan Januari 2014,guru sekolah ini ialah seramai  20 orang manakala keramaian murid sekolah ini pula ialah seramai 178 orang yang mana dari bilangan ini,103 orang ialah murid lelaki dan selebihnya ialah murid perempuan.80% dari jumlah murid sekolah ini adalah terdiri dari anak peneroka FELDA dan selebihnya ialah murid dari kampung tradisional yang berdekatan.

Sebahagian besar ibubapa murid sekolah ini adalah terdiri dari golongan yang berpendapatan rendah dimana sektor pertanian adalah merupakan sumber pendapatan utama.Keseluruhan murid sekolah ini adalah dari bangsa Melayu.

Sambutan Hari Jadi Murid.