KATA ALUAN GURU BESAR


ENCIK MOKHTAR BIN SULONG

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM....

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Bersyukur saya kehadratNya yang  memberi ruang dan peluang kepada saya menerajui pentadbiran di SK RKT Seberang Tayor ini. bermula 27 Januari 2013.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan merakamkan penghargaan saya kepada pengendali laman blog rasmi sekolah ini serta semua guru dan kakitangan kerana dengan penghasilan laman blog  sekolah ini,ianya  mencerminkan sekolah ini berada sealiran dengan sekolah-sekolah yang lain dalam era rentasan teknologi ICT berasaskan komputer.

Pada hemat saya ini adalah petanda yang amat baik bagi sekolah ini dalam menumpukan pelbagai usaha murni bagi memperdedahkan  pelbagai aktiviti dalam kalendar sekolah yang mana ianya akan terus menerus menuju ke arah meningkatkan prestasi demi kemajuan sekolah. Ini menunjukkan kemajuan sekolah ini selari dalam menggunakan kemudahan teknologi maklumat(ICT) yang disediakan dan ianya bukan saja dapat diperlihatkan pada peringkat dalaman bahkan pada peringkat global.

Adalah diharapkan Blog SKRKTST yang mana isi kandungannya ini yang memaparkan aktiviti-aktiviti serta peristiwa-peristiwa manis yang dapat memupuk jati diri terhadap sekolah yang akhirnya akan memupuk rasa kerjasama,kebertanggungjawaban, menghargai apa yang dilakukan yang membawa ke arah kecemerlangan sekolah ini.. Manfaatkanlah laman blog ini kerana ianya boleh dijadikan sebagai sumber maklumat yang berinformasi kepada setiap pengunjungnya.

Sekian .
Terima kasih.


“ Memperkasakan Pendidikan Terbilang”

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


MOKHTAR BIN SULONG
Guru Besar,
SK.RKT Seberang Tayor,
Kemaman.

Pertukaran Warga SEFSTAR 2018.

Pertukaran Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Norazizan Binti Abdul Rahman ke SK Chukai berkuatkuasa pada 2 Disember 2018.Portfolio ...