Ahad, 28 Jun 2015

Projek membaikpulih bermula.

Kerja -kerja membaikpulih sedang giat dijalankan di RKT.


Membaiki tandas lama.


Dewan ditambah dengan mozek


Bumbung di Blok C 

Makmal Komputer Berubah Wajah

Makmal Komputer SK RKT Seberang Tayor sudah berubah wajah selepas dinaiktaraf. Pemasangan penghawa dingin dan langsir telah dijalankan untuk keselesaan murid dan guru.


Rabu, 17 Jun 2015

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Pendidikan Terengganu

TAMAN TAMADDUN ISLAM - Semalam Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah mengadakan Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang bagi penerima tahun 2014. Seramai 1935 orang guru dan anggota sokongan di bawah Jabatan Pendidikan Negeri menerima anugerah tersebut Dewan Besar, Taman Tamaddun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

Majlis bersejarah berkenaan telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Mohd Zubir bin Embong, Yang Di Pertua, Dewan Undangan Negeri Terengganu mewakili YAB Menteri Besar. Turut hadir Tuan Haji Shafruddin bin Ali Hussin, Pengarah Pendidikan Terengganu, Tuan Haji Matsor Ismail, Timbalan Pengarah Pendidikan, Ketua-Ketua Sektor dan Pegawai-Pegawai Pendidikan Daerah.

Mengikut Pengarah Pendidikan Negeri majlis seumpama ini kali terakhir diadakan pada tahun 2010 di mana selepas itu dilaksanakan mengikut daerah. Beliau secara keseluruhan berpuashati dengan perjalanan majlis berkenaan dan telah memberi 8.5 / 10 skor . Beliau melahirkan sedikit rasa kurang senang bila seolah-olah penerima dari Marang dan Setiu seakan tidak diraikan oleh rakan-rakan dari daerah lain kerana keluar awal dikesan melalui lokasi kerusi yang diduduki. Setiap penerima menerima sijil,sijil simpanan premium BSN bernilai RM1000.00.


Ramai di kalangan kita tidak berapa perasan melalui tagline " Memperkasakan Tranformasi Pendidikan"Pengarah telah mengadakan beberapa perubahan dan penambahbaikan. Antaranya pintu pejabat beliau akan dalam keadaan terbuka bila beliau berada di pejabat bagi memudahkan siapa sahaja berjumpa beliau. Selain dari itu semua kerusi sama ada di perhimpunan bulanan jabatan, perjumpaan guru besar, majlis anugerah cemerlang dan sebagainya yang melibat semua daerah, kerusi akan disusun dan ditag mengikut daerah. Ini bertujuan bukan sahaja mengujud ikatan semangat perpaduan tetapi juga mudah untuk mengesan daerah mana yang tidak hadir atau sebagainya

Selain dari pada itu kita masih belum mampu mengubah dan berubah bila "malas" menepuk tangan terhadap perkara yang sewajar tepuk bahkan disuruh tepukpun masih tidak bermaya. Terdapat juga segelintir dari kita yang seakan tidak faham budaya guru Terengganu yang telah diletak asas oleh Mantan Pengarah Dato' Cg Abd Rahim Tahir tentang tatacara berpakaian bila menghadiri majlis-majlis resmi jabatan. Selain dari itu budaya "temba" awal di sesuatu majlis sedang diperhati dan dikaji.

Mungkin "kecil bagi kita yang biasa dan terbudaya dengan keadaan begitu tetapi ianya menjadi besar pada pengurusan" apabila budaya ini menunjukkan ciri-ciri profesionalisma yang rendah apatah lagi jika seseorang itu dikatakan "cemerlang". Kita amat berharap mereka yang dianugerahi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang menjadi contoh ikutan dan berupaya mentransformasi rakan dan organisasi sekolah ke arah lebih terbilang

PM Umum Bantuan Khas RM500 Kepada Penjawat Awam

PUTRAJAYA, 17 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 untuk penjawat awam Gred 54 dan ke bawah.

Beliau turut mengumumkan bantuan khas untuk lebih 700,000 pesara kerajaan yang menerima pencen, dengan bayaran berjumlah RM250.

Kedua-dua pembayaran berkenaan akan dibuat pada 25 Jun, yang melibatkan anggaran implikasi kewangan berjumlah RM1 bilion, katanya.

"Bayaran ini bagi membantu dan meringankan beban kewangan penjawat awam membuat persiapan menyambut Ramadan dan Aidilfitri," katanya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-14 di sini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, turut mengumumkan kadar baharu terendah imbuhan tetap perumahan dinaikkan daripada RM180 kepada RM300 sebulan untuk penjawat awam gred 41 dan ke bawah.

Beliau juga mengumumkan bagi mereka yang mendiami kuarters pula, yang selama ini tidak menikmati imbuhan tetap tersebut, turut mendapat faedah sebanyak 25 peratus daripada kadar imbuhan tetap perumahan sebenar, yang layak bagi mereka.

Najib berkata keputusan yang berkuat kuasa mulai 1 Nov depan melibatkan lebih 1.1 juta penjawat awam di seluruh negara, manakala implikasi kewangan pula ialah sebanyak RM1.04 bilion setahun.

-- BERNAMA

Sambutan Hari Jadi Murid.