Rabu, 30 Disember 2015

Kerja Membersih Dijalankan.

Terima kasih kepada semua pekerja sekolah yang bertungkus-lumus membersihkan kotoran kesan banjir di dalam kelas dan bilik khas. Maaf kerana semua guru tidak dapat bersama-sama kerana terlibat dengan Mesyuarat HEM di PKG Binjai.







Lawatan Oleh Timbalan PPD Kemaman




 Timbalan PPD Kemaman, Tuan Haji Abdul Rahman membuat lawatan persediaan awal tahun dan tinjauan banjir di RKT


Mesyuarat Unit HEM Di PKG Binjai.

Keadaan banjir yang melanda SK RKT ST tidak menjadi alasan kepada Unit HEM untuk tidak mengadakan mesyuarat persediaan awal tahun 2016. Pihak pengurusan sekolah telah mengambil langkah drastik dengan menjadikan PKG Binjai sebagai tempat mesyuarat. Tahniah kepada Unit HEM , Pihak Pengurusan Sekolah serta guru yang hadir mesyuarat walaupun ada guru  RKT yang tinggal di pusat pemindahan banjir. Tahniah, semua.




Encik Roslan Bin Ismail  dan Cikgu Syed Amran


Ustazah Wan Suryani dan Ustazah Zurina tekun  meneliti tugasan 2016.


 Cikgu Norehan khusyuk mendengar taklimat daripada GPK HEM


Selasa, 29 Disember 2015

Gambar Banjir Sekitar RKT


Jalan masuk menuju ke SK RKT ST


Jalan masuk ke SK Seberang Tayor


Hadapan SK RKT ST




Terkini,RKT Di Landa Banjir Lagi...

Seperti tahun-tahun sebelumnya, SK RKT ST sekali lagi di landa banjir. Kali ini paras kedalaman air lebih kurang sekaki.



Paras air di hadapan sekolah.

Isnin, 28 Disember 2015

Hari Kedua , Mesyuarat Unit Kokurikulum Tahun 2016

 Encik Ruzaidi Bin Ibrahim GPK KoKurikulum mempengerusi mesyuarat.


Barisan guru perempuan RKT
 
Warga baru SK RKT ST
Cikgu Zairul dan Cikgu Azri.

Ahad, 27 Disember 2015

Persediaan 2016 Sudah Bermula.

SK RKT ST telah membuat persediaan awal bagi menghadapi tahun 2016. Pada 27 Disember 2015 , Pihak Pengurusan Sekolah telah mengadakan Mesyuarat JKS Dan Guru  Kali Pertama. Selain itu juga, pengerusi panatia juga turut mengadakan mesyuarat panatia masing-masing.





Tahniah dan ucapan terima kasih kepada semua guru kerana dapat hadir ke mesyuarat.

Jumaat, 27 November 2015

Tahniah Cikgu Marfazilia Mustafa.

Tahniah kepada Cikgu Marfazilia Binti Mustafa kerana dapat bertukar ke Marang bagi tahun 2016.




Selasa, 17 November 2015

Tahniah Cikgu Harun Bin Salleh.

Tahniah diucapkan kepada  Cikgu Harun Bin Salleh atas pelantikan beliau  sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum di SK Ayer Puteh.



CIKGU HARUN BIN SALLEH
GPK KOKURIKULUM

Tahniah Dan Syabas Kepada Semua Guru SK RKT ST


Terima Kasih , Cikgu.

Tahniah, 2 Orang Murid SK RKT ST Mendapat 5A UPSR.

Tahniah diucapkan kepada 2 orang murid SK RKT Seberang Tayor yang telah mendapat 5A dalam UPSR.


NUR KHAIRIN DANIA BINTI JAMALUDDIN


SITI KHAIRUNNISA BINTI RAZINO

Isnin, 16 November 2015

Persiapan Menghadapi Banjir Di RKT

Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang hadir  bergotong-royong bersama  dengan warga SK RKT ST bagi menghadapi banjir.















Unit HEM Meraikan Hari Lahir Murid Bagi Bulan Oktober , November Dan Disember.










Kejohahan Olahraga Dan Sukaneka Tertutup Di RKT

         Pada 11 dan 12 November 2015, Unit Kokurikulum SK RKT ST telah mengadakan hari sukan dan sukaneka secara dalaman. Walaupun diadakan  secara dalaman, namun kemeriahan tetap dirasai di kalangan murid dan guru.









Selamat Datang Ke RKT




ENCIK ROSLAN BIN ISMAIL

GURU BESAR
SK RKT SEBERANG TAYOR

SK RKT Seberang Tayor telah menerima Guru Besar yang baru iaitu Encik Roslan Bin Ismail. Semoga dengan kedatangan Guru Besar yang baru akan dapat meningkatkan lagi kecemerlangan di RKT.

Sambutan Hari Jadi Murid.