Isnin, 24 Februari 2014

RKT ADAKAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 28 2014 DENGAN JAYANYA.










Pada 19 Feb 2014,Rabu jam 230 petang,PIBG bersama SK RKT telah mengadakan majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke 28 2014 bertempat di Dewan RKT.Majlis yang berlangsung ini telah dirasmikan oleh YB Tn Hj Wan Abdul Hakim bin Tan Sri Hj Wan Mokhtar,ADUN Ayer Puteh.Turut hadir ialah wakil PPD Kemaman En Mohd Anuar bin Ibrahim,wakil JKKK dan wakil Pengurusan FELDA seberang Tayor bersama AJk PIBG bersama YDP PIBG En Yusof bin Mat Ali dan Guru Besar RKT En Nor Azmi bin Muda serta guru Penolong Kanan.

Majlis dpengerusikan oleh Cikgu Mohamad Zaki dimulakan dengan ucapan YDP PIBG En Yusof bin Mat Ali diikuti oleh ucapan Tuan Guru Besar dan wakil PPD Kemaman.Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YB ADUN Ayer Puteh.Dalam ucapan beliau tersebut,telah menyentuh tentang hal berkaitan pendidikan serta kejayaan  sekolah dalam meningkat pencapaian UPSR.

Turut diumumkan ialah sumbangan sebanyak RM3000 untuk kegiatan PIBG sekolah ini.Seramai hampir 140 orang ibubapa termasuk guru telah hadir dalam mesyuarat kali ini.Mesyuarat  juga telah melantik YDP PIBg yang baru iaitu En Zulkifli bin Abd Ghani manakala NYDP ialah Pn Rohani bt Ismail bersama beberapa AJK yang baru.Dalam majlis ini juga turut diadakan ialah kutipan sumbangan PIBG iaitu sebanyak RM167.00 serta cabutan hampur bertuah sumbangan Pejabat parlimen Kemaman dan Kilang Rakyat Ketengah Sdn Bhd.Selain itu majlis juga menerima usul untuk mengutip sumbangan PIBG sebanyak RM20 bagi satu keluarga dan bayaran untuk pembelian peralatan kegunaan PdP sebanyak RM30 bagi setiap murid.Majlis berakhir pada jam 600 petang dengan ibubapa yang hadir dan terlibat dengan banjir  menerima sumbangan beg sekolah.

Selasa, 18 Februari 2014

RKT ADAKAN KELAS TAMBAHAN MALAM UNTUK TAHUN 5 DAN 6 BERMULA MINGGU INI FEB 16

Pada 16 Feb 2014,Ahad RKT di bawah Unit Kurikulum bersama Penyelaras UPSR telah mengadakan Kelas Tambahan Malam melibatkan 5 subjek utama  untuk murid tahun 5 dan 6.Kelas malam ini adalah rentetang dari kerjasama antara PIBG,Sekolah dan ICON OFF SHORE yang mana ianya adalah bertujuan memberikan pembelajaran tambahan kepada murid selain dari apa yang dipelajari pada waktu persekolahan biasa.

Antara subjek yang diajar ialah BM,BI,matematik dan Sains yang mana antara tenaga pengajar yang terlibat ialah guru-guru tahun 6 dan guru-guru tahun 5.

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM DAN PENYERAHAN WATIKAH PSS RKT DIADAKAN SERENTAK



Pada 16 Feb 2014 Ahad jam 745 pagi,Unit Kurikulum bersama JK PSS telah mengadakan majlis pelancaran Program NILAM dan Penyerahan Watikah Pengawas PSS.Majlis yang bermula dirasmikan oleh PK HEM Pn Dorothy.

Majlis yang dipengerusikan oleh Cikgu Mohamad Zaki bin Ramli,dari Unit BBM PSS dimulakan dengan majlis penerangan tentang NILAM,kemudian disusuli dengan ucapan perasmian dan gimik pemotongan banner NILAM.

Majlis kemudian diikuti dengan gimik bercerita oleh dua orang murid dan seterusnya majlis penyerahan buku NILAM oleh Pn Dorothy kepada penyelaras NILAM Pn Wan Suryani bin Wan Said.

Majlis kemudian diteruskan dengan penyerahan watikah perlantikan pengawas PSS seramai 23 orang dan bacaan ikrar oleh Ketua Pengawas PSS.Program berakhir jam 815 pagi.

Sabtu, 15 Februari 2014

MAJLIS TEMU MESRA IBUBAPA MURID TAHUN 6 BERSAMA ICON OFF SHORE DAN PIHAK SEKOLAH








GAMBAR MENGENAI PROGRAM TEMU MURNI

Pada 13 Feb 2014,Khamis jam 1100 pagi bertempat di Dewan SKRKTST telah diadakan Program Temu Mesra Ibubapa murid tahun 5 bersama pihak ICON OFF SHORE dan pentadbiran sekolah.Program temu murni ini ialah untuk memaklumkan kepada ibubapa tentang usaha yang dijalankan oleh pihak sekolah dengan kerjasama yang cukup bermakna dari pihak ICON OFF SHORE sendiri dalam memartabatkan kecemerlangan pendidikan melalui sumbangan sebanyak RM15.000.00 kepada pihak sekolah melalui peranan yang cukup bermakna dari PIBG sendiri.

Dalam majlis yang dipengerusikan oleh Cikgu Mohamad Zaki bin Ramli ini,turut hadir ialah Pegawai dari ICON OFF SHORE En Mohd Amin bin Harun,Wakil PPD Kemaman Cik Shahani bt Shamsuddin,Tuan Guru Besar En Nor Azmi bin Muda,PK Ko En Ruzaidi bin Ibrahim dan hampir 40 orang ibu dan bapa murid serta murid tahun 5 dan 6.

Dalam ucapan yang disampaikan,Tuan Guru Besar telah menerangkan bagaimana agihan sumbangan yang diberikan akan digunakan untuk mengadakan kelas tambahan kepada anak murid sekolah ini.Selain itu wakil ICON OFF SHORE turut memaklumkan tentang hasrat dan peranan syarikat tersebut untuk membantu mencemerlangkan pendidikan anak-aak luar bandar.

Dalam majlis ini,wakil ICON telah menyampaikan replika cek berjumlah RM15,000.00 kepada tuan Guru Besar.Majlis berakhir jam 1200 tengahari dengan jamuan ringan untuk dif jemputan.

Sambutan Hari Jadi Murid.