Ahad, 30 Ogos 2009

SAmbutan KemerdeKaan Ke 52

Murid yang terlibat
GB dan PK Hem bersedia untuk nyanyian lagu Negaraku

Barisan guru lelaki


Ini guru perempuan
Koir tahun 5


Hari ni,Ahad,30 Ogos 2009,sekolah ini telah mengadakan sambutan kemerdekaan ke 52 dengan pelbagai acara.Disebelah paginya,acara nyanyian lagu negaraku diadakan...lepas tu ucapan oleh GB dan nyanyian koir oleh murid tahun 5,bacaan sajak dan pidato.



Kemudian pemenang acara diberikan hadiah yang disampaikan oleh GB.Acara seterusnya ialah tayangan filem Bukit Kepong......hebat juga cerita melayu ni.Akhir sekali murid mewarna logo kemerdekaan.Acara tamat pada pukul 12.55 tgh.

Ahad, 16 Ogos 2009

SAmbutan Kemerdekaan MUla Dirasa

MERDEKA!!!!
Cikgu lelaki dengan bendera

Murid menyampaikan lagu patriotik
Cikgu Hisyam menerima bendera
Ustazah Zainab menerima bendera
Siapa nama guru ini?.....

Hari ini,Ahab 16 Ogos 2009,PK KO telah mengagihkan bendera kereta kepada semua guru yang hadir sebagai tanda pelancaran Bulan Kemerdekaan.Bendera ini akan ditampal di kereta guru sebagai tanda sokongan terhadap kempen peringkat sekolah.

H1N1 dan Kejayaan MURid

Adik Mat bersama PKKo menerima hadiah

Murid berjaya dalam peperiksaan percubaan UPSR bersama PKko

Guru yang peka H1N1
Antara gambaran awal murid memakai pelindung muka




Pada 16 Ogos 2009,Ahad,Perhimpuan pagi yang di adakan memaparkan be
berapa orang muerid turut memakai pelindung muka bersama sebahagian kecil guru bagi mengelak pengularan wabak H1N1.



Selain itu turut disampaikan ialah hadiah kepada murid yang berjaya dalam perperiksaan percubaan UPSR baru2 ini.Hadiah disempunakan penyampaiannya oleh PKKo Pn.Asmarani Abdullah.

Rabu, 12 Ogos 2009

PertanDingan PidatO Kemerdekaan 2009

Pk Koko,Pn Asmarani menyampaikan ulasan tentang pertandingan
Cikgu Shah,Ustaz Zem,Pak Wel dan Cikgu Cam

Cikgu Ana dan Cikgu Azlin... Juri sedang menjalankan tugas
Pengerusi Kelab Komputer,Cikgu Mat Zaik mendengar
pesertanya menyampaikan pidato
Nurul Aisyah Zahari,Peserta dari Kelab Komputer
Lagi peserta
La....ini peserta juga
Murid yang hadir

Unit Kokurikulum di bawah Pn.Asmarani Abdullah telah mengadakan pertandingan Pidato Kemerdekaan melibatkan 7 buah kelab dan persatuan.Dalam pertandingan ini,peserta telah menyampaikan pidato masing-masing yang bertemakan kemerdekaan.
Pertandingan ini yang diuruskan oleh Pn.Zatipah Mohd Yusoff dijalankan di ruang legar kantin sekolah yang bermula jam 130 tgh dan berahir pada jam 215 petang.Cik mahani telah ditugaskan menjadi juruacara dalam program yang diadakan pada 11 Ogos 2009,hari Selasaa.







Jumaat, 7 Ogos 2009

SOLat hajAT uPSR 2009

Tn Hj Ramli bersama Pengurus Felda
Antara cikgu wanita yang hadir
Semasa jamuan
Tn.Hj Moh Zor menyampaikan ucapan
Air sembahyang hajat
Cikgu Syed Amram,Cikgu Fadzil,Cikgu Ghani dan Cikgu Zaik
Bersedia untuk bacaan Yasin
Antara murid yang hadir
Kalangan wanita
Memulakan solat hajat

Unit Korikulum di bawah Pn.Rosemariah Kamaruddin dan Panitia Agama Islam bersama PIBG telah mengadakan majlis Solat Hajat UPSR pada 6.8.2009 Khamis malam Jumaat.Seramai 130 orang ibubapa bersama guru serta murid telah hadir dalam majlis tersebut yang dimulai dengan solat maghib,solat hajat,bacaan yasin dan solat isyak.

Dalam majlis tersebut,T Hj Mohd Zor Ali PK Hem mewakili Guru Besar menyampaikan uapan ringkas menyatakan harapan agar anak-anak mendapat kejayaan dalam peperiksaan UPSR.Majlis diimamkan oleh Tn Hj Ramli bin Yaakob,imam masjid Felda Seberang Tayor.Antara yang hadir dalam majlis tersebut ialah Pengurus Felda,Pengerusi PIBG,PK 1 dan PK Hem.Majlis diakhiri dengan jamuan makan malam nasi minyak.











Selasa, 4 Ogos 2009

KURsuS LADAP _ManDI JEnazAH

Cikgu Hisam dan Cikgu Zaik sewaktu menjamu selera sebelum memulakan program
Tuan Hj Mohd Zor dan Ustaz CW Fakrul Anuar
Cikgu kita ni sedang minum pagi
Dalam dewan
Dalam dewan juga...Cikgu Eng Zawiah dan Cikgu Sabariah

Pada 1 Ogos 2009,Sabtu,bertempat di SK Pasir Gajah telah diadakan satu kursus memandikan jenazah yang diuntukkan kepada guru dari tiga buah sekolah iaitu SK.Pasir Gajah,SK.Seberang Tayor dan SK.RKT Seberang Tayor.

Ceramah disampaikan oleh ustaz dari Pejabat Agama Daerah Kemaman yang berkaitan dengan teori dan praktikal memandikan jnazah.Hanya seramai 19 orang guru dan kakitangan dari SK.RKT Seberang Tayor yang hadir dalam majlis itu.Sasaran untuk mencapai 100 orang peserta ternyata tak kesampaian,itu kata penceramah apabila melihat hanya ada 60 orang peserta sahaja.

LAwaTAn KAli ke-2 KE ZOO KEmaMAn

Guru mengagihkan makanan tengahari
Sebahagian murid di hadapan air terjun
Cikgu Azlin dan Cikgu Noorazita i haapan tangga jambatan
Cikgu Zaik bersama kumpulannya di hadapan pintu masuk

Berkumpul sebelum naik bas.

Pada 4 Ogos 2009,Selasa ,seramai 79 orang murid yang terdiri dari murid tahun 3,4 an 5 bersama dengan 7 orang guru dan 2 orang pekerja teah mengadakan lawatan ke Zoo Kemaman.Rombongan yang bertolak jam 9.25 tiba di Zoo Kemaman pada pukul 945 pagi.Ahi rombongan telah dibawa melihat binatang yang terdapat di Zoo tersebut seperti burung kawasari,ular sawa,landak,kancil,beruang dan berpeluang bermain di taman permainanan serta melihat keindahan air terjun buatan.Rombongan bertolak balik jam 1.15 dan tiba di sekolah jam 145 petang.Antara guru yang turut mengiringin murid ialah Tn.Hj Mohd Zo Ali {PKHem},Pn.Asmarani Abdullah {PKKO},Cikgu Syed Amran,Cikgu Mat Zaik,Cikgu Azlin,Cikgu Noorazita,Cikgu Zainon dan Cikgu Eng Zawiah.




Sambutan Hari Jadi Murid.