Ahad, 25 Januari 2009

PENGERUSI MGK 2009

Dari kiri Ustaz Mohd Shariza {Pengerusi MGK 2009} dan Ustaz Nik Abdullah {Pengerusi MGK 2008} bersama Guru Besar.

MESYUARAT AGUNG MGK SKRKTST 2009 BERJALAN LANCAR


Pada 21 Januari 2009 Rabu ,Majlis Guru dan Kakitangan {MGK} SK.RKTST telah mengadakan mesyuarat agungnya bagi memilih pengerusi baru berserta AJK tahun 2009/2010.Pemilihan yang berjalan lancar telah memilih JK sebagaimana di bawah:


EX-OFFICO

En.Hamzah Ahmad (GuruBesar)


Pengerusi MGK

Ustaz Mohd Shahriza Zakaria


Timb Pengerusi :

En.Mohd Fadzil bin Abdullah


Setiausaha

Pn.Azlin bin Yahaya


Bendahari

Pn.Zainab bt Mat Roka


AJK

En.Nurulhisham Mohamad

YM Syed Amran Tuan Padan

Pn.Salamiah bt Jusoh

Pn.Asmarani bt Abdullah

Pn.Norhafizah Mat Din


Pemeriksa kira2

Pn.Mazlina Arifin

En.Mat Zaik b Mohd Yusof

Selasa, 20 Januari 2009

MOTIVASI GANDA USAHA 2009

Murid Tahun 6 tekun mendengar penerangan yang disampaikan.
Sudah ada gaya macam belajar kat Universiti ajeeee!!!

Tn.Hj Mohd Zor Ali sedang menyampaikan taklimat


KURSUS MOTIVASI MURID TAHUN ENAM


Unit HEM telah memulakan aktiviti pertamanya dengan mengadakan Pendedahan Motivasi Ganda Usaha 2009 siri 1 kepada seramai 38 murid UPSR tahun 6.Kursus yang diadakan di bilik Tayangan pada 19 Januari 2009,Isnin telah disampaikan oleh GPK HEM sndiri iaitu Tn Hj Mohd Zor bin Ali.Kursus ini bermula jam 815 pagi dan berakhir jam 1.00 tgh.

Menurut PK HEM,Tn Hj Mohd Zor bin Ali,kursus ini bertujuan memberi pendedahan dalam persediaan murid tahun 6 untuk menghadapi UPSR 2009.Perbagai akiviti telah dijalankan selain dari murid turut dijamukan dengan makanan yang disediakan.Turut sama menjayakan program ini ialah guru-guru tahun enam iaitu Pn.Rohana Hassan,Pn.Marfazilia dan Pn.Sabariah.

GURU BERTUKAR LAGI......

Cikgu Norulhisham nak lapor diri .....baru ditukarkan ke sekolah ini
Cikgu Zawati dipeluk erat oleh Cikgu Zainon ....sedih menyelubungi suasana

CIKGU ZAWATI BERTUKAR KE SK KG TENGAH,KEMAMAN

SK.RKT Seberang Tayor kehilangan seorang lagi guru yang sentiasa memberikan komitmen dalam menjalankan tugas apabila Cikgu Zawati Rozali telah ditukarkan ke sekolah Kebangsaan Kg Tengah,Kemaman bermula pada 18 Januari 2009.

Cikgu Zawati yang memulakan khidmatnya di sekolah ini pada tahun 2005 adalah merupakan Penyelaras SBT dan Pengerusi TKRS yang begitu disayang oleh murid sekolah ini.Namun kerana tugas,beliau akur dengan arahan yang dikeluarkan memandangkan sekolah ini mempunyai guru yang melebihi dari yang sepatutnya.

Walaubagaimanapun,sekolah ini turut menerima seorang guru baru iaitu Cikgu Norulhisham bin Mohamad yang berpindah dari SK Seberang Tayor.Beliau ditugaskan untuk mengajar di sekolah ini.Warga sekolah ini mengucapkan Selamat berpisah Cikgu Zawati dan selamat datang kepada Cikgu Norulhisham.

Ahad, 18 Januari 2009

KEDAI SEKOLAH

Belilah ...apa lagi ........banyak barang depan awak tuuu.
Boleh tawar tak hargaya cikgu...?

Cikgu Mat Zaik..mana pelanggan hari ni....tak ada lagi kee....


KEDAI SEKOLAH TERUS DIKUNJUNGI


Kedai Sekolah adalah merupakan tempat murid SK.RKT Seberang Tayor mendapatkan peralatan buku dan alatulis apabila berada di sekolah.Kedai sekolah akan dibuka pada pukul 945 pagi hingga 1045 pagi bagi memudahkan murid tahap satu dan tahap dua membuat pembelian.


Kedai sekolah yang diuruskan oleh Cikgu Mat Zaik bin Mohd Yusof sejak tahun 1999 lagi menjual peralatan seperti pensil,pemadam,buku tulis,gam,lukisan dan lain-lain lagi.Dengan prinsip keuntungan untuk murid,Kedai Sekolah ini antara lain memberi sumber kewangan yang digunakan semula untuk Hari Anugerah Cemerlang setiap tahun.Walaupun berkongsi tempat dengan bilik sukan,Kedai sekolah masih boleh menyumbang baktinya dalam menyediakan keperluan alatulis kepada murid sekolah ini.Ini adalah kerana adanya sokongan dan kepercayaan yang diberikan oleh pihak sekolah dalam membantu menjadikan Kedai Sekolah terus berfungsi.

Selasa, 13 Januari 2009

PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2009

Guru Besar,En.Hamzah Ahmad menyampaikan taklimat.
Cikgu Zatipah.Guru RMT menyatakan sesuatu tentang RMT.

Antara kaum ibu yang hadir.


PROGRAM TRANSISI MENDEKATKAN IBUBAPA KEPADA GURU


Bagi menyampaikan maklumat dan berkongsi pandangan diantara guru tahun satu,pihak pentadbiran dan ibubapa tahun satu,maka satu program yang dikenali sebagai PROGRAM TRANSISI telah berjaya dijalankan pada hari Selasa 6 januari 2009.

Program ini yang menemukan Ibubapa atau Penjaga murid Tahun Satu bersama pihak pentadbir dan guru yang terlibat dengan urusan murid tahun satu yang diadakan di Kantin Sekolah.Seramai 26 oang ibubapa telah hadir dalam program yang diadakan pada pukul 8.30 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi.


Selain pihak pentabdiran,antara guru yang memberikan taklimat ialah Pn.Rohaya Jusoh,Guru Tahun Satu dan Pn.Zatipah bt Mohd Yusuff,Guru RMT.Majlis dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Shahriza bin Zakaria.







MESYUARAT BULAN JANUARI 2009

Antara guru yang hadir dalam mesyuarat JKS

Guru besar bersama PK HEM menyampaikan taklimat dalam mesyuarat HEM

PK KOKO dan PK 1 antara yang mendengar taklimat yang disampaikan oleh GB


3 MESYUARAT TELAH DIJAYAKAN


Mungkin hal ini telah menjadi kemestian disemua sekolah,dan begitu juga dengan SK.RKT Seberang Tayor,Kemaman,bila bermulanya persekolahan maka sudah semestinya msyuarat perlu dijalankan bagi memantapkan pertadbiran dan menggerakkan P & P.


Di sekolah ini,Mesyuarat Jawatankuasa Kuriklum Sekolah {JKS}telah diadakan pada hari Rabu 7 Januari 2009,Mesyuarat HEM pula diadakan pada hari Khamis 8 Januari 2009 dan diikuti pula dengan mesyuarat Koko pada hari Ahad,12 Januari 2009.


Turut hadir dan memberi penerangan serta taklimat ialah Guru Besar,En,.Hamzah Ahmad,PK 1 Pn Rosemariah Kamaruddin,PK HEM Tn Hj Mohd Zor Ali dan PK KOKO Pn.Asmarani bt Abdullah.


Dalam mesyuarat ini turut dimaklumkan tentang pertukaran Pengerusi MGK iaitu Ustaz Nik Abdullah bin Nik Mohamad ke SK Sungai Tong dan penerimaan ustaz dan ustazah baru dari Sabah dan Selangor.


Dalam ketiga-tiga mesyuarat ini,guru-guru diberi maklum tentang tugasan yang perlu dijalankan berpandukan Buku Panduan Tugas 2009.








Jumaat, 2 Januari 2009

PERTUKARAN GURU

Sahabat baik,(dari kiri) Ustazah Rohana,Cikgu Zatipah,Zawati dan Salamiah

USTAZAH ROHANA BERTUKAR

Semasa mesyuarat pengurusan , Guru Besar,En.Hamzah Ahmad telah memaklumkan bahawa sekolah ini kehilangan seorang guru apabila Ustazah Rohana bt Abd Rahman akan mula bertukar ke SK.Felda Neram 1 apabila sesi Persekolahan 2009 yang akan bermula pada Ahad,4 Januari 2009 .
Ustazah Rohana yang mula bertugas pada tahun 2008 merupakan guru agama yang sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak sekolah dalam apa juga aktiviti yang melibatkan guru-guru.Semoga Ustazah Rohana akan dapat meneruskan bakti beliau dengan cemerlang di sekolah yang baru.Ustaz Nik Abdullah ,Pengerusi MGK mengucapkan tahniah kerana dapat bertukar.


HARI PENDAFTARAN 2009

Cikgu Zawiah dan Cikgu Zawati melayan ibu murid membuat pembayaran

En.Mohd Haslam,Pengurus Felda hadir membuat pembayaran alatulis

RAMAI IBUBAPA HADIR DAFTAR ANAK 2009
Hari pendaftaran yang dibuat pada 1 Januari 2009,Khamis mendapat sambutan dari ibubapa murid.Ibubapa yang hadir untuk membuat pengesahan kelas anak-anak serta membeli peralatan sekolah dilayan dengan penuh mesra oleh 10 orang guru kelas yang bertugas.

Tahun satu diuruskan oleh Cikgu Rohaya dan Ustazah Zainab,Tahun 2 oleh Cikgu Zainon,Tahun 3 oleh Cikgu Azlin dan Cikgu Zatipah,Tahun 4 oleh Cikgu Zawiah dan Cikgu Zawati,Tahun 5 oleh Cikgu Noorazita dan Cikgu Mazlina ,Tahun 6 oleh Cikgu Marfazilia dan Cikgu Rohana manakala PRA pula oleh Cikgu Shahida dan Pn.Rafidah.


Turut hadir memberi galakan dan beramah mesra dengan ibubapa pada hari tersebut ialah Guru Besar,En.Hamzah Ahmad,PK 1 Pn Rosemariah dan PK HEM Tn Hj Mohd Zor serta penyelaras kedai sekolah iaitu Cikgu Mat Zaik.Selain itu Pengerusi PIBG iaitu En.Yusof bin Mat Ali serta Pengurus Felda Seberang Tayor ,En.Mohd Haslam turut hadir memberi sokongan terhadap majlis ini.

Sambutan Hari Jadi Murid.