Isnin, 29 Julai 2013

GURU BESAR DAN PENYELARAS ICT RKT HADIRI KURSUS KESEDARAN VLE ANJURAN JPNT

 Peserta kursus mengambil tempat
 Wakil dari RKT...Guru Besar dan Guru ICT {hadapan}
Pembinaan Kalender sekolah melalui VLE

Pada 29 Julai 2013,Isinin jam 900 pagi hingga jam 100 tengahari,Guru Besar En Nor Azmi bin Muda bersama guru ICT RKT Cikgu Mat Zaik bin Mohd Yusof telah hadir di Bilik Mesyuarat SMK Sultan Ismail bagi mengikuti Kursus Kesedaran VLE anjuran Unit ICT JPNT.

Kursus yang dihadiri oleh semua Guru Besar atau wakil bersama seorang guru Penyelaras ICT telah dipengerusikan oleh Ketua Unit ICT JPNT iaitu En Ramli bin Mat Rani.Selain itu turut hadir ialah Pengawai dari PKG Cheneh iaitu En Ahmad Rafhan bersamam Pegawai dari PKG Kemasik iaitu En Roslan beserta Pegawai ICT di PPD Kemaman En Abd Ghani bin Samad.

Dalam kursus ini,3 maklumat telah disampaikan iaitu berkaitan dengan cara penyimpanan dan muatturun  surat-surat melalui email,penyelarasan pengajaran  TMK dan PBT bagi tahun 4 di Terengganu serta penggunaan VLE di sekolah.


Rabu, 24 Julai 2013

PEGAWAI TEKNOPEN PKG CHENEH LAWATI PSS RKT UNTUK PEMANTAUAN 2013

 Pengisian borang pemantauan
GPM RKT diberi penerangan tentang Dongle

Pada 23 Julai 2013,Selasa jam 1000 pagi,RKT telah menerima kehadiran dua orang pegawai TEKNOPEN dari PKG Cheneh  yang hadir untuk membuat pemantauan perjalanan PSS di RKT.Kehadiran En Ahmad Rafhan dan En Badru Hishan telah disambut oleh GPM RKT iaitu Cikgu Mat Zaik.Kedua-dua pegawai ini kemudiannya ke Pejabat Sekolah untuk bertemu dengan Guru Besar En Nor Azmi bin Muda.

En Rafhan dalam lawatan pemantauan ini turut mendedahkan kepada GPM cara penggunaan Dongle serta pembukaan email 1Bestarinet yang mana beberapa maklumat untuk disimpan perlu diuploadkan.Selain itu,perbincangan juga dilakukan antara GPM,Guru Perpustakaan dan Pegawai TEKNOPEN berkaitan kelebihan dan kelemahan PSS di RKT.Turut serta dalam perbincangan ini ialah Pn Zainab bt Mat Roka,Guru Perpustakaan RKT.

Lawatan pemantauan berakhir jam 1130 pagi.

Selasa, 23 Julai 2013

UJIAN PERCUBAAN UPSR DIJALANKAN DI RKT UNTUK MURID TAHUN 6

 Peperiksaan hari kedua
 Dalam bilik peperiksaan
 Murid menjawab soalan matematik
 Seorang calon 5A UPSR RKT
 Tenang.....meneliti soalan
 Murid menghadapi Ujian Percubaa
 Ujian biasa...murid tahun 5
Murid Tahun 4

Pada 22 Julai 2013,Isnin,Unit Kurikulum di bawah seliaan PK1 Pn Asmarani bt Abdullah telah mengadakan Ujian Percubaan UPSR untuk murid tahun 6 bagi sesi 2013.Seramai 26 orang murid terlibat dengan peperiksaan ini.Ujian kali ini dijalankan di dalam bilik darjah memandangkan dewan utama digunakan untuk tujuan perhimpunan solat berjemaah.

Ujian yang dijalankan ialah pada hari Isnin,kertas BM 1 dan 2 serta Matematik.Manakala pada hari Selasa cuma kertas Matematik 2 sahaja dijalankan.pada hari rabu pula ialah subjek Sains,dan BI kertas 1 dan 2.Soalan kali ini disediakan oleh pihak JPNT bagi menyelaras hasilan markah yang didapati.

Di RKT,murid tahap 2 iaitu murid tahun 4 dan 5 juga disediakan ujian bertulis untuk tidak mengganggu  perjalanan peperiksaan percubaan UPSR ini.Ianya diselaraskan mengikut jadual percubaan manakala soalannya pula ialah dari sumber yang mudah diperolehi.


EIO EBOOK MENDAFTAR DIRI BERTUGAS DI RKT

NURUL HAFIZA BT MOHD SAFIE

Pada Isnin 15 Julai 2013,RKT telah mendapat khidmat EIO Ebook yang baru bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut di sekolah ini.Penulis ucapkan tahniah dan selamat bertugas dengan WARGA RKT sebagai EIO Ebook dalam membantu sekolah ini  berkaitan dengan Ebook .

Rabu, 17 Julai 2013

PANITIA SAINS GUNA KHIDMAT JU SAINS CIKGU SHAIRUN BAGI MOTIVASI KEPADA MURID UPSR

 Slide program
 Memulakan penerangan.....
 Pengajaran bermula.....
 Murid tahun 6 yang hadir
 Murid perempuan....tekun dengar motivasi yang diberi
Cikgu Zaik sampaikan sumbangan kepada Cikgu Shairun

Pada 17 Julai 2013,Rabu jam 1000 pagi,Unit Kurukulum  bersama Panitai Sains telah menjemput JU Sains Daerah Kemaman iaitu Cikgu Shairun Muhyuddin bin Ibrahim dari SK Cheneh untuk menyampaikan ceramah motivasi cara menjawab soalan sains upsr 2013 ini.

Seramai 24 orang murid tahun 6 dan 9 rang murid tahun lima telah dibenarkan menyertai program ini yang bertujuan memperkukuhkan lagi pengetahuan murid tentang kaedah dan cara menjawab soalan sains di bahagian A dan bahagian B.

Program ini telah diadakan di dalam Makmal Komputer SKRKTST yang memberikan sedikit keselesaan murid merasai econd terutama di bulan Ramadhan ini.Turut mengikuti ceramah yang disampaikan ialah Pn Noorazita Razali Pengerusi Panitia Sains dan Cikgu Zaik,guru sains tahun 1 dan 4.Program berakhir jam 1200 tengahari dengan majlis penyampaian sumbangan ringkas oleh Cikgu Zaik kepada Cikgu Shairun.

Isnin, 15 Julai 2013

RKT BERSAMA PIBG ADAKAN SOLAT HAJAT UPSR PERDANA LIBATKAN IBUBAPA

 Selesai solat.....
 Antara guru dan bapa yang hadir
 Murid tahun 6 dan 5 lelaki
 Ibu,guru dan murid perempuan
 Mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad
 PK Ko bersma Ustaz Mohamad Daud {Kanan}
 Kaum wanita mendengar tazkirah
Suasana dalam dewan...

Pada 15 Julai 2013,Isnin bermula jam 745 pagi,ibubapa mula datang bersama anak-anak untuk menjayakan Program Solat Hajat Perdana UPSR 2013.Program ini ialah perancangan dari Unit Kurikulum yang diuruskan pula oleh Panitia Agama Islam sebagai aktiviti bulan Ramadhan.Kehadiran ibubapa disambut mesra oleh PK1 Pn Asmarani bt Abdullah bersama Guru Besar En Nor Azmi bin Muda serta PK Ko En Ruzaidi bin Ibrahim.Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi PIBG Pn Zaimah Awang bersama AJK PIBG yang lain.

Pada jam 800 pagi,Ustaz Mohamad bin Daud Penceramah dari Tahfiz Al Faiz Pasir Gajah hadir disambut oleh Cikgu Mohd Fadzil bin Abdullah.Kemudian,majlis dimulakan dengan solat hajat dan diikuti dengan bacaan yassin.Kemudian,tuan Guru Besar menyampaikan ucapan ringkas mengalukan kehadiran ibubapa menjayakan program ini.

Selesai ucapan,majlis diteruskan dengan tazkirah ramadhan dan berkaitan kejayaan anak-anak dalam pelajaran yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad bin Daud.Kemudian,ibubapa yang hadir disedekahkan kurma dan air mineral sebagai tanda kehadiran dalam majlis ini.Majlis berakhir jam 1000 pagi.

Ahad, 14 Julai 2013

CIKGU KAMARUDIN KASIM DARI SM SAINS HULU TERENGGANU MENYAMPAIKAN CERAMAH MOTIVASI UNTUK MURID TAHAP 2

SLIDE MOTIVASI
GB bersama En Kamarudin {Kanan}
Murid tahap dua lelaki
PK 1 bersama PK Ko {kanan}
Cikgu Zaki sebagai pengacara majlis
Murid perempuan yang ikuti ceramah
GB bersama guru
Cikgu Kamaruddin menyampaikan ceramah
Cikgu Zaki memberikan tumpuan.....
PK1 Pn Asmarani menyampaikan cenderahati
Majlis penutup....Cikgu Zaki ucapkan terima kasih

Pada 14 Julai 2013,Ahad jam 845 pagi,RKT telah mengadakan Ceramah Motivasi UPSR yang disampaikan oleh Pakar Motivasi Cikgu Kamarudin bin Kasim dari SM Sains Hulu Terengganu.
Ceramah ini melibatkan murid tahap 2 iaitu murid Tahun 4 hingga 6.Cikgu Kamaruddin telah disambut oleh Tuan Guru Besar En Nor Azmi bin Muda bersama Cikgu Mat Zaik.

Ceramah ini telah diadakan di Dewan RKT yang turut disertai oleh guru-guru Tahun 6.Turut berada di dalam dewan ialah PK1 Pn Asmarani bt Abdullah dan PK HEM Pn Dorothy.Ceramah motivasi ini antara lain memberi peluang murid untuk mencemerlangkan diri dan memperlengkapkan diri untuk menghadapai UPSR 2013,2014 dan 2015 nanti.Ceramah berakhir jam 1045 pagi.


PELBAGAI KEGIATAN HARI INI DI RKT 14 JULAI 2013

 Solat Zohor.....
 Mentoo Mentee
Motivasi

PERISTIWA 1 : MENTOO DAN MENTEE - UNIT HEM

14 Julai 2013,Ahad,perhimpunan pagi hari ini telah digantikan dengan Program Mentoo dan Mentee yang melibatkan 16 orang guru serta 4 orang pentadbir.Program yang dikendalikan oleh unit HEM ini dijalankan selama 30 minit iaitu bermula jam 745 pagi dan berakhir jam 815 pagi.

PERISTIWA  2 : KEHADIRAN PENYELIA SUKAN PPD KEMAMAN - UNIT KO

Pada hari ini juga,lebih kurang jam 900 pagi,Penyelia Sukan PPD Kemaman En Mohd Nazri  telah hadir ke RKT untuk membuat pengesahan pemantauan dan mengadakan pertemuan dengan PK Kokurikulum.Perbincangan Penyelia Sukan dengan PK Ko En Ruzaidi Ibrahim berakhir jam 1045 pagi.

PERISTIWA 3 : CERAMAH MOTIVASI MURID UPSR - UNIT KURIKULUM

Pada jam 845 pagi,RKT telah menerima kunjungan En Kamarudin bin Kasim,seorang penceramah Motivasi untuk menyampaikan motivasi kepada murid tahun 4,5 dan .Program berakhir jam 1045 pagi.

PERISTIWA 4 : UNIT PERPUSTAKAAN BERGERAK  DI RKT - UNIT KURIKULUM

Pada jam 1145 pagi,Perpustakaan Bergerak Daerah Kemaman hadir sebagaimana rutin untuk memberi peluang murid memulang/meminjam buku.

PERISTIWA 5 : PENTAFSIR  SAINS DAERAH KEMAMAN  HADIR - UNIT KURIKULUM

Pada jam 1200 tengahari,Pn Fatimah dari SK Payoh hadir membuat penafsiran murid UPSR untuk Subjek Sains.

PERISTIWA 6 : SALAT ZOHOR BERJEMAAH GURU DAN MURID TAHAP 2 - UNIT HEM

Pada jam 115 tengahari,semua murid dan guru bersolat jemaah zohor di dewan RKT.

Rabu, 10 Julai 2013

LAPORAN SARANA RKT UNTUK MINGGU KE 25 PERSEKOLAHAN DI EMAIL KE PPD KEMAMAN

LAPORAN MINGGUAN PELAKSANAAN INISIATIF IBUBAPA,KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA
SK.RKT SEBERANG TAYOR 24020 KEMAMAN.
NEGERI                 :               TERENGGANU
TARIKH                 :               JULAI 2013
BIL
PROGRAM/AKTIVITI
PELAKSANAAN
TARIKH
LOKASI
KEHADIRAN
JU
GURU BESAR
YDP
NYDP
1
MESYUARAT AJK PIBG KALI PERTAMA  2013
03 JULAI RABU
JAM 1045 -1.00 TENGAHARI
BILIK MESYUARAT SKRKTST
SU PIBG EN MAT ZAIK BIN MOHD YUSOF
EN NOR AZMI BIN MUDA (GB),PN ASMARANI BT ABDULLAH
 PK PENTADBIRAN
EN YUSOF BIN MAT ALI YDP PIBG
DAN AJK PIBG










PELAKSANAAN
LAPORAN
KOS PERBELANJAAN
ISU PELAKSANAAN
TINDAKAN PELAKSANAAN
0S21000
OS24000
OS27000
OS29000
PIBG  DAN UNIT PENTADBIRAN SEKOLAH



MESYUARAT AJK PIBG, 2013
MEMBINCANGKAN AKTIVITI SEKOLAH DAN PIBG,16 ORANG HADIR







Disediakan oleh:  MAT  ZAIK BIN MOHD YUSOF Setiausaha PIBG SKRKTST
LAPORAN MINGGUAN PELAKSANAAN INISIATIF IBUBAPA,KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA
SK.RKT SEBERANG TAYOR 24020 KEMAMAN.
NEGERI                 :               TERENGGANU
TARIKH                 :               JULAI 2013
BIL
PROGRAM/AKTIVITI
PELAKSANAAN
TARIKH
LOKASI
KEHADIRAN
JU
GURU BESAR
YDP
NYDP
1
PROGRAM TEMUMURNI IBUBAPA BERSAMA GURU KELAS 2013
04 JULAI 2013 KHAMIS
JAM 0900 -10.00 PAGII
BILIK KELAS TAHUN 1,2,3,4,5,

EN NOR AZMI BIN MUDA (GB),PN ASMARANI BT ABDULLAH
 PK PENTADBIRAN
IBUBAPA MURID  SERAMAI 70 ORANG










PELAKSANAAN
LAPORAN
KOS PERBELANJAAN
ISU PELAKSANAAN
TINDAKAN PELAKSANAAN
0S21000
OS24000
OS27000
OS29000
 UNIT PENTADBIRAN SEKOLAH {UNIT  KURIKULUM}



MENGADAKAN PERBINCANGAN ANTARA IBUBAPA DENGAN GURU KELAS
 GURU BERBINCANG TENTANG PENCAPAIAN MURID DALAM PdP







Disediakan oleh:  MAT  ZAIK BIN MOHD YUSOF Setiausaha PIBG SKRKTST
LAPORAN MINGGUAN PELAKSANAAN INISIATIF IBUBAPA,KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA
SK.RKT SEBERANG TAYOR 24020 KEMAMAN.
NEGERI                 :               TERENGGANU
TARIKH                 :               JULAI 2013
BIL
PROGRAM/AKTIVITI
PELAKSANAAN
TARIKH
LOKASI
KEHADIRAN
JU
GURU BESAR
YDP
NYDP
1
IBUBAPA MURID CALON UPSR  2013
03 JULAI RABU
JAM 1045 -11.45 PAGII
DEWAN  SKRKTST

EN NOR AZMI BIN MUDA (GB),PN ASMARANI BT ABDULLAH
 PK PENTADBIRAN
IBUBAPA MURID SERAMAI 20 ORANG









PELAKSANAAN
LAPORAN
KOS PERBELANJAAN
ISU PELAKSANAAN
TINDAKAN PELAKSANAAN
0S21000
OS24000
OS27000
OS29000
PIBG  DAN UNIT PENTADBIRAN SEKOLAH {UNIT KURIKULUM}



MENGADAKAN MAJLIS PENERANGAN HALA TUJU DAN PENCAPAIAN UPSR, 2013
MEMBINCANGKAN TENTANG PENCAPAIAN MURID UPSR KEPADA IBUBAPA








Disediakan oleh:  MAT  ZAIK BIN MOHD YUSOF Setiausaha PIBG SKRKTST

Sambutan Hari Jadi Murid.