Selasa, 15 Januari 2013

CIKGU RAZALI DAN CIKGU ZAINON BERTUKAR SEKOLAH PADA 2013



Pada 1 Januari 2013,sekolah ini telah menerima berita tentang pertukaran seorang guru iaitu guru tahun 6 yang aktif,Cikgu Mohd Razali bin Mat Hussin yang dinaikkan pangkat kepada jawatan Penolong Kanan 1 di SK FELDA Cerul,Kemaman.Cikgu Razali yang mula bertugas di sekolah ini pada awal Januari 2012 adalah merupakan Setiausaha PIBG sekolah ini.Penulis ucapkan Tahniah kepada Cikgu Razali dan mendoakan agar beliau sentiasa SUKSES dalam menjalankan tugas di sekolah yang baru.

Cikgu Mohd Razali bin Mat Hussin...kini PK1 SK FELDA Cerul

Manakala seorang lagi rakan penulis yang sentiasa memberi komitmen yang tinggi dalam tugas yang diserahkan berkaitan PERPUSTAKAAN iaitu Cikgu Zainon bt Othman pula bertukar ke SK Seberang Tayor Kemaman pada 6 Januari 2013.Cikgu Zainon yang berkhidmat hampir 14 tahun di sekolah ini adalah merupakan antara guru senior yang bertugas di sini.
Cikgu Zainon Othman

Penulis difahamkan,tempat beliau ini akan diganti oleh Pn Sazwina bt Abdullah yang akan mengajar Tahun Satu.Cikgu Sazwina yang sebelum ini adalah guru yang mengajar di SK Seberang Tayor.Penulis ucapkan selamat datang ke SKRKTST.
Pn Norsyazwina 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.