Sabtu, 26 Februari 2011

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH S.A.W

SALAM MAULIDUL RASUL.... Itu sahaja ungkapan yang mampu kita perkatakan apabila tibanya tarikh 12 Rabiul Awal, 1 tarikh yang mengingatkan kepada kita tentang junjungan besar Nabi Muhammad saw. Selain dari itu? Mungkin akan bergema Selawat dan Puji-Pujian terhadap Baginda. Tapi bukan semua Umat Islam di Malaysia melaksanakannya. Melihat di Masjid-Masjid yang menganjurkan Sambutan ini, terbukti ramai sebenarnya di kalangan umat Islam yang lupa pada Kekasih Allah ini, yang berjaya menyebarkan Islam serata dunia. Tidak keterlaluan jika diperkatakan, tanpa Rasulullah, kita tidak akan lahir sebagai seorang Muslim. Baginda berjaya membentuk kita sebagai insan2 yang dijanjikan Syurga. Hanya perlu mengikut ajaran yang ditetapkan dengan sempurna.

Tapi, sedih apabila melihat Jasa2 dan Pengorbanan terbesar Baginda tidak dipandang serius oleh masyarakat kita. Tidak dinafikan bahawa ramai di kalangan umat Islam di Malaysia yang tidak sabar2 menunggu kedatangan Mulidul Rasul. Akan tetapi, bukan semuanya tidak sabar2 menunggu kerana dapat menyambut serta memperingati Beginda. Ada yang sekadar gembira kerana ianya merupakan cuti umum. Tidak perlu bekerja dan dapat berehat di rumah dengan tenang. Mereka tidak tahu betapa tenangnya hati dan jiwa manusia bergelar Muslim apabila mengenang jasa dan pengorbanan Baginda melalui berselawat ke atasnya.

Cuba renung dan selami jiwa kita. Rasulullah pernah menitiskan air mata apabila memikirkan nasib kita selepas ketiadaan beliau. Baginda jikalau boleh mahu hidup selama2 nya jika diberi peluang agar dapat melihat kita sentiasa terselamat dan dalam keadaan beriman. Baginda sendiri walaupun tidak sempat bersua dengan kita, namun boleh khuatir sehingga menitiskan air mata. Seolah2 Baginda mengenali kita sekian lama walaupun hakikatnya Baginda telah sekian lama tiada di muka bumi ini. Tidak rasa bersalahkah kita?

Rasulullah juga jikalau boleh mahu kita semua ditempatkan ke Syurga. Beliau amat sedih jika umatnya diseksa ke Neraka. Tapi sedih melihat umat Islam yang seolah2 terlupa dengan Rasulullah. Jika Malaysia tidak mengadakan Majlis Sambutan Maulidul Rasul, tarikh ini akan terus dilupakan. Malah ada juga umat Islam kini tertanya2, apa itu Maulidul Rasul? Kenapa mesti disambut? Agaknya inilah salah satu faktor Rasulullah menitiskan air mata dan sebak sebelum wafat. Kerana Baginda ketahui, umatnya akan semakin lupa padanya.

Hari ini hari Kelahiran seorang manusia pilihan Allah. Yang telah menjulang Islam di mata Dunia. Seorang Pemimpin Hebat. Tidak ada yang sehebat beliau. Di sini disertakan ucapan atau Khutbah terakhir sebelum Baginda meninggalkan kita semua. Baca dan hayati. Anda akan menitiskan air mata apabila membacanya. Inilah bukti betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kerana walaupun Baginda telah dijanjikan Allah akan ke Syurga tanpa bicara, hati dan jiwa Rasullullah masih mengingati kita. Hanya kita yang leka akan kasih sayang Baginda terhadap kita.

UCAPAN TERAKHIR NUKILAN RASULULLAH SAW.
Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, Sembahlah Allah, Dirikanlah solat lima kali sehari, Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku. Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)

Rabu, 23 Februari 2011

PN NAPISAH BERTUKAR KE SK SERI BANDI 2

Pn Napisah....selamat bertugas sebagai PK Kokurikulum
Sedih.........ini pengharapan dari Pn Napisah
Peninggalan Untuk Ustaz Zem.....buku-buku.
Kesedihan oleh Ustaz Shahrizal sempat GPM rakamkan
Guru Data Baru...Cikgu Mohamad Zaki dengan barang yang diserahkan oleh Pn Napisah

Pada 16 Feb 2011,Guru Agama sekolah ini ,iaitu Pn Napisah Ismail telah dinaikkan pangkat untuk jawatan PK Kokurikulum di SK Seri Bandi 2.Sekolah ini kehilangan seorang guru agama yang banyak memainkan peranan menjayakan pelbagai aktiviti keagamaan serta seorang guru yang begitu senang untuk diajak berbual.

Pada 23 Feb 2011,Pn Napisah secara sah telah menamatkan khidmatnya di sekolah ini.Kehilangan beliau amat terasa terutama dari kalangan guru Panitia Agama Islam.Hal ini dapat disakskan melalui kesedihan yang tak dapat disembunyikan lagi oleh seorang guru agama iaitu Ustaz Mohd Shahriza semasa GPM meninjau ruang meja tempat Pn Napisah berada semasa di sekolah ini.Mohon maaf seandainya ada kesilapan....dari semua warga MGK

Walaubagaimanapun,pemergian Pn Napisah telah membuka ruang kepada Cikgu Mohamad Zaki yang mengambil alih tugas sebagai Guru DATA.Buat Cikgu Mohamad Zaki,tugas ini satu amanah.Buat Pn Napisah,selamat bertugas di sekolah baru.

PROGRAM SMART ENGLISH PERINGKAT SEKOLAH

Papan tanda Program
Peserta menyanyikan lagu
Menunggu untuk bacaan
Guru terlibat bersedia
Barisan peserta yang terlibat

Pada Selasa 22 Feb 2011,bermula jam 115 tgh telah diadakan Pertandingan Smart English di bawah Yayasan Tuanku Mizan peringkat sekolah yang mana pertandingan ini melibatkan Rumah Biru,Merah dan Hijau.

Program yang dikelolakan oleh Panitia Bahasa Inggeris ini dijalankan dengan bimbingan Pn Azlin Yahaya dan Pn Dorothy.Antara guru yang terlibat dalam program ini ialah Pn Zainon ,Pn Noorazita, Pn Marfazilia,Pn Rohana serta bahagian Media iaitu Cikgu Mat Zaik dan Bahagian Siaraya iaitu Ustaz Shahriza.

Pertandingan yang dijalankan adalah mengkut kehendak yang ditetapkan bagi memilih wakil sekolah ini dalam pertandingan peringkat PKG Cheneh Baru.Program berakhir jam 310 petang.


LAWATAN PEGAWAI BOMBA CHENEH KEMAMAN

Cikgu Zaik berbincang tentang kaedah keselamatan sambil menikmati air
Pn Dorothy bersama 2 pegawai Bomba

Pada Isnin,22 Feb 2011,jam 11.00 pagi seramai 3 orang Pegawai Bomba dari Bandar Cheneh Baru Kemaman telah mengadakan lawatan pemeriksaan kesediaan keselamatan untuk sekolah ini.Antara yang diperhatikan ialah keperluan tabung pemadam kebakaran yang ada di sekolah ini dan kesesuaian letak tabung tersebut.

Selain itu pemeriksaan juga dilakukan untuk memastikan tindakan yang betul dirancang oleh pihak sekolah apabila berlaku kebakaran berpandukan pelan lakaran laluan kecemasan.Dalam lawatan tersebut,PK Ko Pn Dorothy dan Setiausaha AJK Keselamatan,Cikgu Mat Zaik telah mengiringi Pegawai Bomba.

MAULIDUL RASUL...DISAMBUT MERIAH

En.Kamarudzaman menyampaikan cenderahati kepada penceramah
Tuan Guru Besar menyampaikan hadiah kepada murid yang menang
Kumpulan Nasyid Rumah Biru
Pertandingan Azan
Murid mewarna

Pada 17 Feb 2011,Khamis jam 1130 pagi,acara bagi sambutan Maulidul Rasul telah dijalankan iaitu peraduan mewarna bagi tahap 1,Ceramah bagi tahap 2,pertandingan Azan dan Khomat, pertandingan lagu nasyid.

Pertandingan yang berkonsepkan Sistem Rumah ini telah dijalankan dengan kerjasama semua guru.Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar,En.Kamarudzaman bin Hashim.Pertandingan Azan lelaki dimenangi oleh Rumah Biru iaitu Adik Mohd Shafik bin Mohd Rani,manakala pertandingan nasyid juga dimenangi oleh Rumah Biru,Kedua rumah Merah dan Ketiga Rumah Hijau.

KELAB GURU ADAKAN FUTSAL PERSAHABATAN

Pasukan lawan......
Memanaskan badan
Bergambar macam Piala Dunia...heeee

Pada Rabu,16 Feb 2011 jam 5.00 ptg,Kelab Guru SK.Rkt Seberang Tayor telah mengadakan perlawanan persahabatan FUTSAL dengan Kelab Guru sekolah jiran iaitu SK Seberang Tayor.Dalam perlawanan ini,Kelab Guru SKRKTST yang memperkenalkan motto "Sukan Untuk Kesihatan" telah tewas buat kali pertama kalinya kepada pasukan jiran setelah 3 kali mengadakan perlawanan persahabatan.

Walaubagaimanapun,apa yang membanggakan ialah Ketua Pasukan iaitu Ahamad Lotfi telah menyumbangkan 4 gol dalam perlawanan ini.Antara pemain yang bermain ialah Ustaz Zem,Cikgu Fadzil,Cikgu Zaik,Ustaz Fakro,Cikgu Syed Amran dan Kapten Ahamad Lotfi.Perlawanan berlangsung di Gelanggang FUTSAL Seberang Tayor Hilir.

MAJLIS PENYERAHAN EBOOK 2011

Backdrop majlis penyerahan
Tuan Guru Besar SKRKT SEberang Tayor bersama YB dan penerima ebook
En.Ahamad Lotfi bersama AJK belakang tabir
AJK Hadiah dari SK RKT Seberang Tayor mempamerkan ebook pertama
Kalangan ibubapa dari SKRKTST yang hadir

Pada Isnin,14 Feb 2011,jam 200 petang bertempat di SMK Cherul,Kemaman telah berlangsung majlis penyerahan Ebook kepada murid tahun 5 dari DUN Air Puteh.Majlis tersebut disempurnakan oleh YB ADUN Air Puteh ,Tn Hj Wan Abdul Hakim kepada hampir 500 orang murid.Turut mengiringi murid ialah ibu atau bapa murid serta Guru Besar sekolah PKG Cheneh.

SKRKT Seberang Tayor ditugaskan untuk menjadi AJK bahagian penyampaian Ebook yang mana Pn Salamiah dan Pn Marfazilia ditugaskan mengiringi YB semasa penyerahan Ebook.Selain itu Cikgu Mat Zaik,Cikgu Shahriza ditugaskan memastikan jumlah Ebook mencukupi manakala Cikgu Mohamad Zaki ditugaskan untuk mengiringi murid semasa mengambil Ebook.En Ahamad Lotfi ,EIO Ebook ditugaskan menyampaikan Ebook ke pentas untuk diserahkan kepada YB.SEmua tugas ini dapat dilaksanakan dengan lancar.

Majlis yang bermula jam 200 petang berakhir jam 330 petang yang mana semua yang hadir berpeluang menikmati jamuan ringan.

PERJUMPAAN IBUBAPA TAHUN 6

Majlis baru bermula
Antara kaum ibu yang hadir bersama kaum bapa
Cikgu Syed Amran,Tuan Guru Besar dan PK1
Kaum ibu tenang mendengar penerangan yang disampaikan

Pada Rabu,9 Feb 2011 jam 1130 pagi,Tuan Guru Besar bersama Unit Kurikulum dan Persatuan ibubapa dan guru {PIBG} telah mengadakan majlis perjumpaan ibubapa dan penjaga murid tahun 6 bagi membincangkan perjalanan bagi memastikan pencapaian murid dalam UPSR tahun ini dirancang dengan baik.

Seramai lebih kurang 37 orang ibubapa murid tahun 6 telah hadir menjayakan majlis tersebut yang mana perbagai perkara telah dibincangkan dan dimaklumkan.Majlis ini dipengerusikan oleh Cikgu Syed Amran Tuan Padan .Pada majlis ini juga,Tuan Guru besar memperkenalkan diri kepada ibubapa yang hadir.Kesungguhan dan kerjasama ibubapa yang hadir bakal dapat diterjemahkan nanti dengan pencapaian murid dalam UPSR.

Khamis, 17 Februari 2011

PERARAKAN MAULIDUL RASUL 1432

Sebahagian dari murid
Pengerusi PIBG bersama Tn Guru Besar
Sentiasa mengiring murid
Murid berarak sambil berselawat
Guru wanita turut serta

Pada 17 Februari 2011,Khamis,Panitia Agama Islam telah mengadakan majlis perarakan Maulidul Rasul peringkat sekolah yang disertai oleh hampir 200 orang murid serta 32 orang guru dan kakitangan dan juga beberapa orang AJK PIBG.Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengerusi PIBG En Yusof bin Mat Ali dan Pengetua sekolah Agama Rakyat iaitu Tn Hj Ramli bin Yaakob.Majlis yang diketuai oleh Tuan Guru Besar ,En Kamarudzaman Hashim bersama Pengerusi PIBG diikuti oleh guru-guru dan murid.

Majlis perarakan yang bermula jam 8.00 pagi mengelilingi kampung dari sekolah dengan jarak 1 km berakhir jam 910 pagi.Murid kemudian disumbangkan air mineral unuk menghilangkan dahaga sepanjang perarakan tersebut.

JUARA KELAS BERSIH JANUARI

Wakil dari kelas yang memenangi pertandingan kebersihan

Ketua kelas tahun 1IB menerima hadiah

Pada hari Ahad,13 Feb 2011,telah diumumkan pemenang bagi Pertandingan Kebersihan Kelas bulan Januari.Kelas yang paling bersih diberi piala pusingan dan piala tersebut akan disimpan di dalam kelas tersebut sepanjang bulan Februari.

Pada bulan Januari ini,kelas yang paling bersih ialah kelas tahun 1 Ibnu Batuta,tempat kedua kelas tahun 6 AK dan tempat ketiga kelas 5AF.Hadiah disampaikan oleh PK1 ,Tn Hj Mohd Zor Ali.

PASUKAN CATUR RAIH KEJAYAAN

Taufikul menerima sijil dan medal dari PK1
Sharifah menerima sijil dari PK1
Sijil penyertaan dan medal

Pada 13 Feb 2011,Ahad semasa majlis perhimpunan telah diadakan majlis menyampaikan hadiah kepada para pemain catur sekolah yang telah berjaya mendapat tempat keempat di peringkat Daerah kemaman yang berlangsung sebelum ini.

Pasukan Catur di bawah bimbingan Pn Rohana Hassan telah berjaya mendapat tempat keempat dari keseluruhan pasukan yang bertanding pada hari tersebut.Tahniah kepada Unit Kokurikulum di bawah kepimpinan Pn Dorothy, Cikgu Rohana dan kepada peserta pasukan Catur sekolah tahun ini.

Rabu, 9 Februari 2011

PERLU DIGANTI ATAU DIBAIKI

Pintu tingkat kantin sekolah telah reput
Pagar roboh di bahagian belakang kantin
Belebah / peleh yang reput
Perlu baiki
Pagar yang rosak

Pada 9 Feb 2011,GPM telah mengambil beberapa photo untuk diserahkan kepada Tuan Guru Besar bagi dipanjangkan kepada pihak PPD Kemaman tentang beberapa infrastruktur yang rosak dan perlu kepada pembaikian.

Antara yang rosak dan perlu dibaiki ialah pagar sekolah di sebelah padang bolasepak,di belakang kantin dan bersebelahan surau sekolah,yang mana pagar ini telah putus dan rebah.Selain itu bahagian "Gajah Menyusur " dari Pra Sekolah ke kantin sekolah juga telah mengalami kereputan dari segi atap dan belebahnya.

LAWATAN PEGAWAI DARI PPD KEMAMAN

Perbincangan di dalam kelas Pra Sekolah
Tn Hj Raman Muda bersama Cikgu Harun dan Guru Besar

Pada 9 Feb 2011,Rabu jam 1015 pagi,sekolah ini telah dikunjungi oleh pegawai dari PPD Kemaman iaitu Tn Hj Raman bin Muda.Beliau disambut oleh Tuan Guru Besar, En.Kamarudzaman bin Hashim bagi meninjau sekolah terutama perjalanan kelas Pra Sekolah.

Semasa di dalam kelas Pra Sekolah,beliau telah berbincang dengan guru kelas Pra Sekolah itu Cikgu Harun Saleh dan turut dihadiri oleh Tuan Guru Besar.Selain dari meninjau kelas Pra,beliau juga turut sama meninjau keadaan sekolah ini.Beliau meninggalkan sekolah ini jam 1110 pagi.

Rabu, 2 Februari 2011

KEMPEN MENABUNG MELALUI TABUNG HAJI



Pegawai tabung Haji memberi penerangan
Borang pembukaan akaun
Buka akaun
Pegawai Tabung haji melayan ibubapa

Pada Selasa 1 Feb 2011,Unit Hem di bawah Pn Asmarani Abdullah bersama Tabung Haji Kemaman telah mengadakan kempen Membuka akaun untuk anak-anak yang bersekolah di sini.Kehadiran yang menggalakkan dari ibubapa menunjukkan bahawa kepekaan ibubapa murid sekolah ini terhadap tabungan masa depan anak-anak melalui tabung haji amatlah memuaskan.

Akaun boleh dibuka dengan bayaran serendah RM2.00 bagi permulaan dan tabungan boleh ditambah dari semasa ke semasa.Selain dari ibubapa,guru juga berminat untuk membuka akaun anak-anak.Yang terpenting,PK1 telah mendapat maklumat yang pendaftaran haji jika dibuat tahun ini hanya boleh menunaikan haji pada tahun 2026.Jadi,PK1 telah syorkan agar guru-guru mendaftar haji pada tahun ini.

Sambutan Hari Jadi Murid.