Selasa, 8 Julai 2014

MESYUARAT KECEMERLANGAN UPSR FELDA BERSAMA PENTADBIR RKT

Pada 8 Julai 2014,Selasa bertempat di perpustakaan sekolah,telah diadakan satu mesyuarat kecemerlangan UPSR diantara pihak Pentadbiran RKT bersama Pengurusan FELDA serta JKKR Felda seberang Tayor.Dalam mesyuarat ini,dibincangkan beberapa perkara berkaitan kecemerlangan pendidikan anak-anak FELDA di RKT serta memaklumi pencapaian pelajar UPSR 2014.

Turut serta dalam perbincangan ini ialah Tuan Guru Besar,En Nor Azmi bin Muda bersama Pengurus FELDA En Jamil bin Abbas bersama YDP PIBG En Zulkifli bin Abd Ghani dan Pengerusi JKKR Felda Tn Hj Ghazali.

Majlis berakhir jam 1200 tengahari.

RKT DIKUNJUNGI OLEH PEGAWAI LINUS DARI PPD KEMAMAN

Pada 8 Julai 2014,Selasa,RKT telah dikunjungi oleh Pegawai LINUS dari PPD Kemaman iaitu En Firdaus dan En Dahlan .Kunjungan Pegawai LINUS dari PPD Kemaman ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar maklumat dan mendapatkan maklumbalas dari guru LINUS.

Dalam pertemuan ini,guru yang terlibat dengan LINUS iaitu Pn Maslizawati  Abd Wahab dan Pn Nursyazwina Abdullah telah mengadakan perbincangan dengan Pegawai LINUS PPD Kemaman.Perbincangan berakhir jam 1145 pagi.

TUAN GB RAIKAN KEJAYAAN MURID MENDAPAT 5A PRA PERCUBAAN UPSR 2014

Pada 8 Januari 2014,Selasa,bertempat di dataran himpun pagi,Tuan Guru Besar En Nor Azmi bin Muda telah mengambil kesempatan untuk menyampaikan penghargaan dan rasa gembira kerana seorang murid UPSR tahun 2014 telah berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan Pra Percubaan UPSR yang di adakan baru-baru ini.Turut bersama dalam majlis ini ialah Setiausaha UPSR Pn Noorazita Razali,Cikgu Zaki Guru Tahun 6 dan PK1 Pn Norazizan bt Abd Rahman.

Adik Nur Khairunnisa Akmal  telah berjaya menempatkan diri sebagai murid pertama mendapat 5A mengatasi rakan-rakan yang lain.Selain itu Tuan Guru Besar juga turut menyampaikan hadiah kepada murid Tahun 5B iaitu Adik Nur Khairin Dania bt Jamaluddin yang berjaya mendapat 4A1B dalam peperiksaan pertengahan tahun baru -baru ini.Kepada kedua orang murid ini,penulis ucapkan tahniah.

Ahad, 6 Julai 2014

PK HEM CIKGU YM SYED AMRAN B TUAN PADAN MULA BERTUGAS DI RKT

Pada 6 Julai 2014,Ahad,PK HEM RKT memulakan tugas menggantikan Pn Dorothy.PK HEM baru RKT Cikgu YM Syed Amran bin Tuan Padan yang bertugas di SK Padang Kubu  di tugaskan berkhidmat di sekolah ini sebagai PK HEM.Cikgu Syed telah memulakan khidmat beliau di sekolah ini selama 8 tahun apabila beliau mula bertukar dari Negeri Sembilan sebagai guru biasa.

Kemudia beliau telah bertukar ke Sk Pasir Gajah dan kemudiannya di naikkan pangkat sebagai PK Kokurikulum di SK Padang Kubu.Kini beliau mula bertugas semula di RKT sebagai PK HEM.Penulis mengucapkan selamat bertugas kepada Cikgu Syed.

YM SYED AMRAN BIN TUAN PADAN
PK HEM
SK RKT SEBERANG TAYOR,KEMAMAN

Khamis, 3 Julai 2014

HARI IBUBAPA MENANDATANGI BUKU PELAPORAN KEMAJUAN MURID DI BAWAH PROGRAM TEMU MURNI IBUBAPA GURU KALI 1 /2014

Pada 3 Julai 2014,Khamis jam 1200 tengahari,Unit Kurikulum di bawah Pn Norazizan bt Abd Rahman PK1 telah mengadakan Hari Temu Murni Ibubapa bersama Guru untuk datang menandatangi buku pelaporan kemajuan murid bagi peperiksaan Penggal Pertama yang lalu.

Program ini adalah bertujuan memberi ruang dan peluang ibubapa murid berbincang bersama guru kelas untuk mendapatkan maklumbalas pencapaian anak-anak mereka di dalam peperiksaan.Anyata kelas yang terlibat ialah kelas Tahun 5B di bawah seliaan Cikgu Norehan,Tahun 4B di bawah seliaan Ustazan Wan Suryani,Tahun 3B di bawah seliaan Ustazah Pn Zurina,Tahun 2B di bawah seliaan Cikgu Pn Nornazifa dan Tahun 1B di bawah seliaan Cikgu Norsyazwina.Majlis berakhir jam 100 tengahari dimana ibubapa yang hadir dibenarkan membawa pulang anak-anak mereka bersama.

 Ibubapa menanti di luar bilik darjah
 Menyerahkan keputusan anak....
 Guru kelas melayani ibu yang hadir
 Ustazan Zurina memaklumkan keputusan kepada bapa murid
 Menanti giliran
 Kaum bapa yang hadir
Membawa anak pulang...

KELAS KLINIK MATAPELAJARAN UPSR TAHUN 6 SETIAP KHAMIS DIPERKENALKAN DI RKT MULAI JULAI INI.

 Kelas Matematik Pn Marfa
Kelas Sains Pn Noorazita

 Kelas BM Cikgu Zaki
Murid tahun 6 kelas BI
Kelas BI Pn Sabariah

Bermula Khamis bermula Julai 2014,Unit Kurikulum bersama Setiausaha UPSR telah menjalankan Perintis Kelas Klinik Matapelajaran untuk murid tahun 6 yang melibatkan 4 subjek.

Murid ini dibahagikan kepada kumpulan kecil bagi memudahkan guru mengajar dengan lebih tersusun dengan pendekatan yang lebih menumpu.Antara subjek yang terlibat ialah Bahasa Malaysia oleh Cikgu Zaki,Sains oleh Cikgu Noorazita ,Matematik oleh Cikgu Marfazilia dan Bahasa Inggeris oleh Cikgu Sabariah.

Murid ini diajar dibilik tertentu bagi memudahkan guru memberi tumpuan kepada murid.

PK HEM PN DOROTHY MENYAMPAIKAN UCAPAN DI MAJLIS PERPISAHAN SEBELUM BERTUKAR KE SK MAK LAGAM

 Pn Dorothy memulakan ucapan
 Memberi nasihat kepada murid
 Murid yang bersama mendengar ucapan
 Antara guru yang turut hadir bersama
 Murid dalam perhimpunan
 Ucapan terakhir...bersama PK Ko
 Murid menunggu untuk bersalaman

 Pn Dorothy bersalaman dengan murid
Menanti giliran

Pada 3 Julai 2014,Khamis,Pn Dorothy PK HEM yang akan bertukar ke SK Mak Lagam sebagai PK Pentadbiran telah mengambil peluang untuk menyampaikan ucapan dan kata-kata nasihat terakhir kepada semua murid di RKT semasa perhimpunan pagi Khamis.

Majlis yang dipengerusikan oleh PK Ko En Ruzaidi bin Ibrahim,antara lain turut menyatakan PK HEM akan bertukar.PK HEM Pn Dorothy yang berkhidmat di sekolah ini hampir 4 tahun setengah dalam ucapan nasihatnya meminta murid terus menumpukan perhatian kepada pelajaran untuk kejayaan yang cemerlang.

Selain itu beliau juga memohon maaf kepada semua seandainya ada salah silap selama ini berada di RKT.Beliau kemudiannya mengambil peluang bersalaman dewngan hampir 178 orang murid RKT sebagai tanda perpisahan.Turut hadir ialah Pn Norazizan bt Abd Rahman,PK Pentadbiran dan PK Ko En Ruzaidi Ibrahim bersama semua guru.

Sambutan Hari Jadi Murid.