Khamis, 28 Jun 2012

SUKAN TAHUNAN KE 27,2012: MERIAH SEKALI......

Ustazah Zainab bersama peserta rumah Hijau
Pasukan tariuk tali kaum ibu......
YDP menyampaikan medal kepada pemenang
Rumah Jebat....BIRU
Ustazah Su,Cikgu Zainon,Cikgu Mafa dan Cikgu Sala

PK HEM bersama En Mahzan dan Tn Hj Hamid
Rumah Hijau....TUAH
Cikgu Masslizawati...jaga peserta
Kerani perkiraan markah...Pn Norhafizah

Peserta menuju ke padang....

Acara tarik bola tahun 3
Cikgu Fadzil....memerhati permainan

En Mahzan bin Hamzah....menyampaikan ucapan perasmian

Pada 27 JUN 2012,Rabu telah berlangsung Sukan Tahunan SKRKTST kali ke 27,2012 bertempat di Padang SKRKTST.Majlis yang berlangsung dengan penuh semangat kesukanan dan muhibbah ini.Temasya sukan kali ke 27 ini bermula jam 800 pagi hingga jam 130 tengahari.

Perlbagai acara telah dipertandingkan iaitu acar sukanena untuk murid pra hingga tahun 6 dan acara padang dan valapan.Selain itu acara wajid iaitu 4 x 100 meter jemputan tahun ini menampilkan jemputan lelaki yang terdiri dari SK Ayer Puteh,Sk pasir Gajah,Sk Seberang tayor dan SK RKT Seberang Tayor.

Tewmasya sukan tahun ini telah dirasmikan oleh En Mahzan bin Hamzah,Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman .Turut hadir bersama ialah YDP PIBG iaitu En Yusof bin Mat Ali,Ketua Polis Balai Ayer Puteh Tn Hj Hamid bin Yon,AJK PIBG dan ibubapa.Turut berada di padang ialah PK HEM En Mohd Asri bin Abd Rashid dan PK Ko Pn Dorothy.

Sukan tahunan kali ini telah dimenangi oleh Rumah Biru dengan mata 78,diikuti rumah hijau 77 mata dan rumah merah 74 mata.Sesungguhnya temasya sukan tahun ini meriah dengan kehadiran ibubapa yang menyertai pertandingan tarik tali bagi kaum ibu dan kaum bapa.

Acara isi air dalam botol tuuuuuuu......

Rabu, 27 Jun 2012

SYOKNYA HIAS RUMAH SUKAN 2012: GURU MURID SAMA SEMANGAT

 Hiasan rumah Hang Jebat
 Rumah Lekir punyalah tinggi gerbangnya
 Rumah Tuah dengan temanya HIJAU.....
 Semangat tuuuuuuu.....meme lahhhhh
Panjat...janji hebat

Pada 27 Jun 2012,petang Selasa penulis sempat bersama guru-guru rumah menghias rumah sukan masing-masing.Bermula jam 300 petang,rumah sukan mula menampakkan wajah ceria atas kreativiti guru rumah sukan masing-masing.Pelbagai bahan digunakan untuk menghias rumah sukan kerana tema tahun ini ialah BEBAS.

Seronok juga bila bekerjasama ini,rumah Hang Jebat dengan cikgu Zaik,Cikgu Zita,Cikgu Marfa dan Teacher Sabariah dibantu oleh Pok Ngah dan Yusof PIBG.....jadilah sebagaimana adanya.

Rumah Lekir pula ada Ustaz Zul dan Ustaz Fakrol bersama Cikgu Zainon,Yah dan Joh,Ustazah Su,Cikgu Mas manakala rumah Hang Tuah pula ada Cikgu Zaki,Ustazah Zainab,Cikgu Sal,Cikgu Zali maka naiklah pintu gerbang nya........yang penting....kita rasa seronok...Cikgu Fadzil ada....Cikgu Harun pula sibuk hias Rumah Pra.......manakala Lotfi pula bantu rumah Lekir.....gitulah.Pukul 600 petang barulah cikgu pulang.

Isnin, 25 Jun 2012

4 MURID RKT IKUTI KEMPEN KESEDARAN KESELAMATAN ELEKTRIK PERINGKAT NEGERI

 4 pengawas wakili RKT
 Majlis dirasmikan oleh Ybhg Tuan Pengarah Pelajaran
PK1,Pn Asmarani Abdullah...hadir mewakili GB RKT
 Cikgu Syed dan Cikgu Zaik bersama beg cenderahati.....
Cikgu Zaik dekat pameran.....

Pada 24 Jun 2012 Ahad,RKT yang diwakili oleh 4 pengawas iaitu Aishah,Natasha,Aiman dan Saifullah bersama guru pengiring Cikgu Zaik telah hadir ke program Kempen Kesedaran Keselamatan Elektrik anjuran TNB di SK Kg baru Kerteh,Kemaman.Kempen peringkat negeri ini dirasmikan oleh Ybhg Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu En Zakarian Hussin.RKT diwakili oleh Pn Asmarani binti Abdullah,PK 1.

Antara program yang diajalankan ialah  Taklimat mengenai kesedaran elektrik oleh Pegawai TNB selain dari permainan kuiz yang melibatkan murid dan guru.Program yang bermula jam 900 pagi ini berakhir jam 100 tengahari.Seramai 300 peserta dari semua sekolah dari daerah Kemaman hadir.

Khamis, 21 Jun 2012

LATIHAN SUKAN TAHUNAN BERMULA : SUKAN DEKAT DOH NAK MULA NI

 Murid tahun 1
 Acara tahun 2
 Murid tahun 6
 Guru dan murid di atas padang
Acara gelek tayar tahun 3

Pada Rabu 20 Jun 2012,bermula jam 800 pagi,telah diadakan latihan sukaneka sekolah bagi acara yang dipersetujui pertandingkan yang melibatkan 3 acar bagi setiap tahun.Bermula dengan pra sekolah,latihan sukaneka dijalankan serentak di 7 lapangan yang berbeza iaitu tahun 1,tahun 2 hingga tahun 6.

Di bawah pengelolaan SU Sukan,Cikgu Mohd Fadzil bin Abdullah,latihan sukan berjalan sebagaimana yang dirancangkan.Latihan hari pertama ini hanyalah asas bagi memperkenalkan acara kepada semua murid yang terlibat.

latihan yang berakhir jam 900 pagi ini diselia oleh PK Ko iaitu Pn Dorothy yang turut turun padang meninjau perjalanan latihan yang melibatkan semua guru.

Di sebelah petang pula ,bermula jam 400 hingga 600 ptg,dijalankan latihan untuk acara padang dan balapan yang melibatkan acara 100m,200 m dan 4x100 m bagi tahap dua sahaja.

Selasa, 19 Jun 2012

JAMUAN PERSARAAN GURU BESAR DI IMPIANA MERIAH

 cIKGU mOHD ZAKI...MEMPENGERUSIKAN MAJLIS
 Ambil makanan......ikan pun okay Tieeeee
 GB bersama Tn Hj Mohd Zor.......
 Zem dan Chah diapit oleh Dil dan Fakro
 Pi,Zaik dan Harun
 3 ustazah......
 Aya dan Ana......yang diraikan juga tuuuuu
 Meja guru lelaki......
 Orang FELDA.....Zita,Non,Marfa dan Sala
 Tie dan Zah bersama Yah dan Joh
 PK HEM bersama YDP dan isteri serta PK Ko
 GB menceritakan pengalaman setelah pencen
 Cah...terima hadiah bertukar
 Ana.....hadiah bertukar juga
 Zem...hadiah dari rakan panitia agama....
 PK 1 menyampaikan hadiah bersara kepada GB
Guru lelaki bergambar bersama

Pada 19 JUN 2012,Selasa jam 300 petang telah berlangsung Majlis Jamuan Persaraan Bekas Guru Besar En Kamarudzaman Hashim dan meraikan pertukaran rakan guru dari RKT ke sekolah lain.Majlis ini telah diadakan di Impiana Resort Cerating.

Turut hadir ialah YDP PIBG bersama isteri serta isteri En kamardzaman iaitu Pn Saadiah.Guru yang bertukar yang hadir ialah Tn Hj Mohd Zor,Ustaz Zem,Ustaz Chah,Azlin,Ana dan Aya.

Majlis dimulakan dengan jamuan makan,kemudian diikuti dengan ucapan dari semua guru yang bertukar dan akhirnya sesi menyampaikan hadiah persaraan dan pertukaran.Turut menyerikan majlis ialah kehadiran semua PK iaitu PK1 Pn Asmarani,PK HEM En Mohd Asri dan PK Ko Pn Dorothy.Semua guru RKT yang lain hadir.

Majlis berakhir jam 445 petang dengan sesi bergambar sebagai kenangan.

Isnin, 18 Jun 2012

MAJLIS JASAMU DIKENANG PERSARAAN GB KAMARUDZAMAN BIN HASHIM

 Murid perempuan berbaris
 Murid lelaki menanti ketibaan GB
 Menanti lagi niiiiii
 Ah....dah nak sampai ni...stanby kita yeeee
 Disambut mesra......
Bersalaman......
 Nak bersilat niiiiii....
 Timbalan PPD Kemaman turut hadir.....
 Barisan dif jemputan
 60 an......spek mata hitam tuuuuu
 Ibubapa yang hadir
 Hj Zor...bekas PK1 RKT hadir sama......
 Persembahan menarik
 Media dan juru acara...Pi dan Cikgu Zaik
 Timbalan PPD Kemaman menyampaikan ucapan
 Guru Besar yang hadir
 Menikmati jamuan
 Nasi minyak .......bubur kacang...sedap juga
 Berselera ....
 Menikmati jamuan......
 Ibu yang hadir......makan nasi minyak 
PK 1 bersama menikmati jamuan
 Kenangan bersama......
YDP PIBG bersama isteri..

Pada 18 JUN 2012,Isnin jam 1000 pagi,SKRKT Seberang Tayor telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang sempena persaraan bekas Guru Besar SKRKTST iaitu En Kamarudzaman bin Hashim.Majlis yang bermula jam 1030 pagi didahului degan perarakan 36 buah motosikal yang mengiringi kereta yang dinaiki oleh En Kamarudzaman.

Kemudian beliau diarak masuk dengan perbarisan murid sehinggalah di hadapan dua pesilat sekolah.Setelah selesai persembahan silat,En Kamarudzaman bersama dif jemputan masuk ke Dewan Sekolah untuk acara persaraan.

Turut hadir dimajlis ini ialah Timbalan PPD Kemaman,Tn Hj Sulaiman bin Mohamad,Tn Hj Abd Rahman bin Kadir ,Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman,En Jusoh bin Embong dan En haszan bin Othman dari PPD Kemaman,Guru-Guru Besar PKG Cheneh,bekas PK 1 Tn Hj Mohd Zor Ali,Pengurus FELDA,YDP PIBG serta ibubapa dan ajk PIBG.

Dalam majlis ini,telah dipersembahkan beberapa persembahan yang dilatih khas untuk Majlis Persaraan ini.Selain itu ianya diselangselikan dengan ucapan-ucapan yang disampaikan oleh Wakil Murid,Wakil Pentadbir,YDP PIBG dan Timbalan PPD Kemaman serta ucapan terakhir oleh En Kamarudzaman sendiri.

Sebagai menghargai jasa dan bakti En Kamarudzaman di sekolah ini,pelbagai hadiah telah disumbangkan sebagai tanda terima kasih iaitu dari semua kelas,dari ibubapa,dari pekerja swasta,dari PIBG dan akhirnya dari pentadbiran sekolah.

Majlis diakhiri dengan jamuan di kantin sekolah yang turut dihadiri oleh semua tetamu dan guru-guru.Majlis berakhir jam 130 tgh yang mana kereta En Kamarudzaman diarak pulang oleh 5 buah kereta sebagai pengiring.Penulis ucapkan Selamat Bersara kepada En Kamarudzaman bin Hashim.

Sambutan Hari Jadi Murid.