Isnin, 18 November 2013

GURU LINUS MEMANFAATKAN SEPENUHNYA PDp UNTUK MURID LINUS

 Guru LINUS bersama murid LINUS
 Murid LINUS tekun belajar
 Bimbingan yang berkesan
 Rakan Sebaya....ajar murid LINUS
Guru dan Rakan .....jadi pembimbing

Pada 13 Nov 2013...Penulis sempat mengabadikan semula kesungguhan guru LINUS membimbing murid LINUS......

Khamis, 14 November 2013

MGK RKT ADAKAN JAMUAN AKHIR TAHUN DI JENANG RESTOREN TOMYAN...GEMBIRA DAN MERIAH

 Pn Su,Nab dan Pn Mas
 Dil dan Zul
 Pn Zita
 Tuan Mohd Asri,PK HEM lama yang kini bertugas di PPD Kemaman
 Tuan GB sedang berucap
 Sampaikan cenderahati
 PK 1 terima cenderahati
 Cikgu Zaik terima cenderahati dari Tuan GB
 Jamu selera
 PK 1 dan PK HEM Pn Dorothy
 Jamuan tersedia.....
Kalangan guru wanita.....

Pada 14 Nov 2013,Khamis jam 100 tengahari,MGK di bawah pengurusan Cikgu Mohamad Zaki bin Ramli bersama AJK MGK 2013 telah mengadakan majlis jamuan perpisahan akhir tahun guru dan kakitangan sekolah serta jamuan perpindahan Tuan Mohd Asri bin Abd Rashid,bekas PK HEM RKT yang kini bertugas di PPD Kemaman.

Majlis jamuan ini telah diadakan di Restoren Tomyan Jenang Air Puteh Kemaman.Turut bersama ialah Tuan Guru Besar En Nor Azmi in Muda,PK1 Pn Asmarani,PK HEM Pn Dorothy,PK Ko En Ruzaidi dan guru-guru serta kakitangan sekolah.

Selain ucapan yang disampaikan oleh Tuan Mohd Adri dan Tuan GB,majlis juga turut menyampaikan cenderahati yang mana ianya disampaikan oleh Tuan Guru Besar.Kemudian ianya diikuti dengan jamuan perpisahan.Majlis berakhir jam 230 petang.

4 MURID RKT DAPAT 5A UPSR DAN GPS SEKOLAH 1.77 UNTUK TAHUN 2013

 Kertas keputusan UPSR 2013...4 orang dapat 5A
 Murid bersedia mendengar taklimat oleh GB
 Tuan GB mengumumkan keputusan UPSR 2013
 Muris tahun 6
 Guru turut memberi sokongan
 PK Ko {Kanan} hadir bersama PK HEM
 Murid yang dapat 5A...Syafikah
Nur Fatihah bt Yusof...dapat 5A 
5A...Syafikah,Fatihah,Saifullah dan Danish...

Pada 14 Nov 2013,jam 1100 pagi,Pentabdir sekolah telah mengadakan majlis pengumuman keputusan UPSR bagi tahun 2013 bertempat di Dewan Sekolah.Pengumuman ini telah dilakukan sendiri leh Tuan Guru Besar En Nor azmi bin Muda.Turut serta ialah para penolong kanan dan semua guru dan ibubapa murid serta murid tahun 6.

Pada tahun ini,seramai 4 orang telah berjaya mendapat 5A dan 3 orang mendapat 4A 1B.Murid yang berjaya mendapat 4A menerima slip dan seutas jam tangan manakala murid yang mendapat 5A pula mendapat sumbangan RM50 dari PIBG,sebuah hamper dan seutas jam dari pihak sekolah.Antara murid yang mengharumkan nama mendapat 5A ialah Adik saifullah Setafa.Adik Danish Iqbal bin zainal,Adik Syafikah bt Afendi dan Adik Nor Fatihah bt Yusof.Hadiah disampaikan oleh PK1 Pn Asmarani bt Abdullah.

Selain dari kejayaan mendapat 4 orang dalam UPSR,GPS sekolah turut meningkat iaitu 1.77.Majlis berakhir jam 1230 tengahari.

GOTONG ROYONG IBUBAPA,GURU DAN PEKERJA KEMASKAN KELAS AKHIR TAHUN 2013

 Berada di Kelas Pra
 Mengangkat barang di Pra Sekolah
 Kaum ibu turut hadir
 Bilik darjah sudah siap disusun
 Jamuan Roti Jala..Nab dan Salamiah
 Kaum ibu menikmati jamuan
 PK Ko bersama guru
PK Ko bersama Penyelaras Gotong Royong...Cikgu Zaik

Pada 14 Nov 2013,Khamis bermula jam 800 pagi,Penyelaras Gotong Royong Cikgu Zaik bersama guru,pekerja dan ibubapa telah bersama bertungkuslumus menyusun dan membersihkan kelas untuk persediaan hadapi banjir.Kerusi dan meja murid telah disusun dengan baik serta beberapa peralatan di Pra Sekolah telah dinaikkan di atas bangunan pentadbiran.

Selesai gotong royong,para ibubapa,pekerja dan guru bersama menikmati hidangan jamuan Roti Jala yang disediakan oleh AJK PIBG iaitu Pn Rohani bt Ismail bersama Pn Rokiah bt Abdullah.
Penulis mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kaum ibu ang sanggup bersama pihak sekolah melakukan kerja gotong royong ini.

Rabu, 13 November 2013

GURU ICT ADMIN SPS RKT HADIRI TAKLIMAT PENGISIAN SPS DI PKG CHENEH 2013






HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN TAHUN INI DIRASMIKAN OLEH PENGURUS FELDA

Banner Program
 Urusan pendaftaran oleh Pn Maslizawati
 PK 1 turut menyambut tetamu yang hadir
 Hadiah yang disediakan
 Kaum ibu yang hadir
 hadiah disponser oleh Kedai Sekolah dan PIBG
 Hamper sumbangan YB Dato Seri Ahmad Shabery bin Cheek,Ahli Parlimen Kemaman
 Medal dari Pentadbiran sekolah
 Wakil PPD En Mohd Haznan bersama En Jamil Pengurus FELDA
 Majlis nak dimulakan
 Mendengar ucapan
 Kehadiran ibubapa ...89 orang
 Tenaga disebalik multimedia dan juruacara
 Persembahan murid
 PK 1 sampaikan hadiah
 En Zakaria Ali..wakil JKKK Felda
 Persembahan Pra Sekolah
 Hadiah UPKK disampaikan leh Pengetua SAR Tn Hj Ramli
 En Jamil menyampaikan hadiah Tokoh Murid
 Bersambar bersama Tokoh Murid 2013
Tokoh murid bersama ibu masing-masing

Pada 13 Nov 2013,rabu bermula jam 900 pagi,Unit Kokurikulum di bawah En Ruzaidi bin Ibrahim bersama Kedai Sekolah dan PIBG telah mengadakan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2013.Majlis yang dirasmikan oleh En Jamil bin Abbad,Pengurus FELDA turut dihadiri oleh wakil PPD Kemaman,En Mohd Haznan,dari Unit HEM,Tn Hj Ghazali bin Mohamad,Ketua Peneroka FELDA,En Zakaria bin Ali Timbalan Pengerusi JKKK FELDA,Tn Hj Ramli,Pengetua SAR,ibubapa dan guru serta penerima hadiah.

Hampir 40 hadiah telah disenaraikan penerimaannnya oleh murid yang berjaya meliputi hadiah Akademik,NILAM,Kokurikulum,Sahsiah,Keagamaan dan hadiah Khas Tokoh Murid.Hadiah Tokoh murid Lelaki telah disandang oleh Adik Saifullah bin Setafa dan Tokoh Murid Perempuan oleh Adik Shamimie bt Mohd Subhi.

Selain dari hadiah yang disediakan oleh PIBG,Kedai sekolah dan pentabdiran,ibubapa juga berpeluang untuk menerima hampir 30 hadiah dari cabutan nama bertuah yang mana hadiahnya telah disumbangkan oleh YB Ahli Parlimen Kemaman merangkap Menteri Komunikasi dan Multimedia YB Dato Seri Ahmad Shabery bin Cheek.

Majlis selesai jam 1130 pagi dengan jamuan ringan untuk ibubapa dan dif pula diadakan.


Sambutan Hari Jadi Murid.