Rabu, 9 Januari 2013

PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN PKG CHENEH TINJAU KEROSAKAN MAKMAL AKIBAT BANJIR 2012

 En Rafhan bersama Tuan Guru Besar
 Tuan Guru Besar menunjukkan aras air banjir di makmal
 Ukurannya ialah 161cm.....
Antara peralatan komputer yang dijangka rosak akibat banjir

Pada Isnin 7 Jan 2013,Pegawai Teknopen PKG Cheneh Baru,En Rafhan Zaid telah hadir ke RKT pada jam 1000 pagi untuk membuat pemantauan kerosakan makmal komputer yang ditenggelami banjir pada 25-28 Disember 2012 yang lalu.Kehadiran En Rafhan telah disambut oleh Tuan Guru Besar En Mohd Saidi bin Embong serta GPM Cikgu Mat Zaik bin Mohd Yusof.

Dalam pemantauan ini,beliau telah dibawa untuk melihat sendiri keadaan makmal komputer serta jumlah komputer yang dimasuki air semasa banjir tersebut.Selain itu beliau juga diberi tahu oleh Tuan Guru Besar tentang takat tenggelam air iaitu sedalam 161cm.

En Rafhan juga dibawa melihat  sendiri CPU dan monitor komputer yang dimasuki air semasa banjir tersebut.Lawatan pemantauan berakhir jam 1130 pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.