Ahad, 30 Mac 2008

KAKITANGAN SEKOLAH

PN NOR HAFIZAH BT MAT DIN
PEMBANTU TADBIR

PN.SITI ZUBAIDAH BT MOHAMAD

PAR

PN.RAFIDAH BT ABDUL RAZAK

PEMBANTU PRA


KAKITANGAN SEKOLAH.
Sekolah ini mempunyai 3 orang kakitangan yang semuanya wanita yang sentiasa memberikan komitmen dalam memastikan sekolah ini terurus dan melancarkan segala urusan yang melibatkan pentadbiran.

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2008








Sambutan Maulidul Rasul 2008


Peringkat Sekolah




Pada 27 Mac 2008 ,Khamis yang lalu,sekolah ini di bawah Panitia Agama Islam dan Kelab Agama Islam bersama PIBG selah mengadakan Majlis Perarakan sempena Maulidur Rasul 2008.Setiausaha Kelab Cik Zainab bt Mat Roka bersama Ustaz Nik Abdullah bin Mohamad ,Pn.Rohana Abd Rahman dan Ust Mohd Shahriza bin Zakaria merupakan tenaga penggerak menjayakan program ini.Seramai 223 orang murid dan 22 guru telah menyertai perarakan ini.Majlis perarakan diketuai oleh En.Hamzah bin Ahmad,Guru besar SK.RKT St bersama dengan Pengerusi PIBG En.Mohd Yusof bin Ali.


Majlis tersebut juga dimeriahkan dengan acara pertandingan melukis,cerita dan syarahan.Murid turut dihidangkan dengan juadah bubur lambuk.

AKTIVITI 30 MAC 2008






PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN

PENGAWAS SEKOLAH 2008



Sekolah ini telah mengadakan Hari Penyerahan Watikah Pengawas 2008.Seramai 32 orang pengawas sekolah telah diberi watikah oleh Tuan Guru Besar.Majlis diadakan semasa perhimpunan Mingguan turut disaksikan oleh 223 orang murid dan 22 orang guru.Pn.Sabariah Daud merupakan guru yang bertanggungjawab menguruskan program ini dengan dibantu oleh Pn.Zawati bt Rozali dan En.Nik Abdullah bin Mohamad.

Khamis, 27 Mac 2008

SENARAI GURU 2009


SENARAI GURU SK.RKTST
BAGI SESI 2009


HAMZAH BIN AHMAD
Guru Besar
ROSEMARIAH BT.MI.KAMARUDDIN
PK I
HJ. MOHD. ZOR BIN ALI
PK II
PN.ASMARANI BT ABDULLAH
PKKo


SABARIAH BT. DAUD
G/Penolong
MAT ZAIK BIN MOHD YUSOF
G/Penolong {GURU PERPUSTAKAAN /MEDIA}
USTAZ BARU
G/Penolong{GURU AGAMA}
SYED AMRAN BIN TUAN PADAN
G/Penolong {PEMULIHAN}
AZLIN BT. YAHAYA
G/Penolong
MARFAZILIA BT MUSTAFA
G/Penolong
USTAZAH BARU
G/Penolong (GURU AGAMA}
ENGKU ZAWIAH S. A. RAHMAN
G/Penolong
MAZLINA BT. ARIFFIN
G/Penolong
NOORAZITA BT. RAZALI
G/Penolong
ROHANA BT. HASSAN
G/Penolong
ROHAYA BT. JUSOH
G/Penolong
ZAWATI BT. ROZALI
G/Penolong
SALAMIAH BT. JUSOH
G/Penolong
SHAHIDA BT. MAKMIN
G/Penolong {guru pra sekolah}
ZAINON BT. OTHMAN
G/Penolong
ZATIPAH BT. MOHD. YUSOFF
G/Penolong
ZAINAB BT MAT ROKA
Guru j-Qaf
MOHD SHAHRIZA BIN ZAKARIA
GURU j-Qaf

LATAR BELAKANG SEKOLAH


1. LATAR BELAKANG RINGKAS SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan RKT Seberang Tayor merupakan sebuah sekolah yang terletak di kawasan luar bandar iaitu kira-kira 25 kilometer dari bandar Cukai,Kemaman, Terengganu.Ianya terletak di dalam kawasan FELDA.Sekolah ini dapat dihubungi dengan adanya satu sistem jalanraya yang baik.Sekolah Kebangsaan RKT Seberang Tayor dibuka pada tahun 1967 bagi memberi pendidikan kepada anak-anak peneroka FELDA.Pada asalnya hanya terdapat sebuah bangunan sahaja,yang terletak di atas sebidang tanah yang luasnya 2.6 hektar.

Sekolah ini dimulakan pentadbirannya oleh En.Mohd Nor bin A.Rahman sebagai Guru Besar bermula pada 1967 hingga 1970,kemudian diikuti dengan En.Che Wan Hussain bin Nik {1971 -9177},En.Mohammad bin Mahmood { 1978 – 1983},En.Wan Enong bin Hj Wan Embong {1984-1987},En.Mamat bin Embong {1988-1989},En.Ramlan bin Ramli {1989-1993}.Tn.Hj Kamaruddin bin Ab Wahab {1994-1995},En.Ramlan bin Ramli {1996-2000},En.Abdul Rahim bin Muhamad {2001-2002},En.Muhamad bin A.Bakar {2002-2004},En.Hamzah bin Ahmad {2004 hingga sekarang - 2008}
Sekarang sekolah ini mempunyai satu lagi bangunan tambahan dua tingkat yang mempunyai 6 bilik kelas,1 bilik perpustakaan,1 bilik sumber dan 1 bilik tayangan dan sebuah bangunan tambahan 3 bilik yang menempatkan Bilik Kemahiran Hidup dan dua bilik darjah.Selain itu,sekolah ini juga mempunyai sebuah padang permainan yang luas dan sesuai untuk digunakan dalam pendidikan jasmani.Kemudahan asas lain seperti elektrik,air dan telefon turut ada disediakan.Untuk penempatkan guru-guru pula,disediakan 5 buah rumah guru berhampiran dengan sekolah ini.Selain itu,sekolah ini juga turut dibina sebuah makmal komputer dalam Fasa 3 yang mana makmal ini sudah mula digunakan bermula Mac 2004 yang lalu.

Mengikut bancian bulan April 2008,guru sekolah ini ialah seramai 22 orang manakala keramaian murid sekolah ini pula ialah seramai 224 orang yang mana dari bilangan ini,114 orang ialah murid lelaki dan selebihnya ialah murid perempuan.80% dari jumlah murid sekolah ini adalah terdiri dari anak peneroka FELDA dan selebihnya ialah murid dari kampung tradisional yang berdekatan.

Sebahagian besar ibubapa murid sekolah ini adalah terdiri dari golongan yang berpendapatan rendah dimana sektor pertanian adalah merupakan sumber pendapatan utama.Keseluruhan murid sekolah ini adalah dari bangsa Melayu.

Sambutan Hari Jadi Murid.