Ahad, 6 Januari 2013

PERHIMPUNAN AHAD PERTAMA DAN PENYERAHAN TALI LEHER UNTUK KETUA DARJAH 2013

 Guru lelaki yang hadir
 Bersedia untuk mengambil tempat
 Murid mula memenuhi dataran himpun
 Pengawas di hadapan
 Guru wanita kemas berkot
 Cikgu lelaki memakai kot
 Mendengar pesanan dari guru bertugas
Pn Nornazifa...guru bertugas
 Cikgu Mohd Asri menyampaikan ucapan
 Tuan Guru Besar di atas pentas
 Memakai tali leher kepada Ketua Darjah
Segak bergaya..ketua Darjah 2013

Pada 6 Januari 2013,Ahad jam 745 pagi,RKT telah mengadakan perhimpunan pagi Ahad pertama untuk tahun 2013.Perhimpunan yang diadakan di dataran himpun ini menggunakan pentas yang baru sahaja disiapkan pada cuti persekolahan yang lalu.Dia atas pentas baru ini,tiga orang murid menaikkan bendera Jalur Gemilang,Terengganu dan sekolah selain di pentas ini juga tersedia tempat pengerusi majlis bercakap.

Pada pagi Ahad ini,guru bertugas minggu lepas iaitu Pn Nornazifa,PK HEM Cikgu Mohd Asri bin Abd Rashid dan Tuan Guru Besar,En Mohd Saidi bin Embong telah menyampaikan ucapan.Selain itu dalam perhimpunan pada pagi ini juga turut diadakan majlis simbolik penyerahan tali leher kepada 6 orang Ketua Darjah yang disempurnakan oleh Tuan Guru Besar sendiri.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.