Ahad, 20 Januari 2013

PERHIMPUNAN AHAD MINGGU KE 4: UCAPAN TERAKHIR GB DI RKT



Guru bertugas...Ustaz Zulkifli
Tuan Guru Besar berucap di perhimpunan pagi Ahad

Murid beratur segak dan kemas
Berucap di perhimpunan....Tuan Guru Besar En Mohd Saidi b Embong

Pada 20 Jan 2013,perhimpunan pagi Ahad dijalankan seperti biasa yang mana guru bertugas minggu lepas iaitu Ustaz Zulkifli bin Ibrahim  telah menyampaikan ucapan permulaan.Berbagai perkara telah disebut oleh guru bertugas antaranya ialah mengenai ujian TOV yang baru saja selesai minggu lepas.

Majlis disusuli pula dengan ucapan Guru Besar En Mohd Saidi bin Embong yang mana beliau telah membuat pengumuman mengenai pertukaran beliau ke sekolah lama beliau iaitu SK Felda Rasau 5.Pertukaran ini merupakan pertukaran biasa tuan guru besar yang mana ianya akan lebih mendekatkan perjalanan Guru Besar ke tempat bertugas yang baru.Penulis ucapkan terima kasih atas khidmat Tuan Guru Besar sepanjang 6 bulan lebih berada di sekolah ini yang banyak juga menampakkan perubahan umpamanya macam kata PK HEM Cikgu Mohd Asri...GB berjaya mewujudkan Pentas Perhimpunan dan Pentas Dewan.Semoga Guru Besar En Mohd Saidi bin Embong akan tetap sukses walau dimana bakti dicurah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.