Isnin, 21 Januari 2013

BANTUAN PERSEKOLAHAN 1 MALAYSIA: MURID DI RKT MULA MENERIMA SUMBANGAN INI

 Pn Nornazifa mengagihkan surat panggilan penerima bantuan persekolahan
 Ini suratnya......
 Kami menerimanya.......
 Murid gembira menerima surat panggilan penerimaan bantuan persekolahan
 Pn Nornazifa mengagihkan bantuan persekolahan kepada seorang guru
Alhamdulillah.....bantuan persekolahan untuk anak-anak
Tuan GB RKT bersama GB dari sekolah terlibat bergambar bersama YB

Pada 21 Januari 2013 Isnin jam 1000 pagi,Majlis penyerahan Bantuan Persekolahan 1Malaysia beberapa sekolah  termasuk SK RKTST telah dilancarkan oleh YB Tn Hj Wan Abdul Hakim bin Wan Mokhtar,ADUN Air Puteh di SMK Ayer Puteh.Ibubapa dari sekolah ini juga turut terlibat dengan penerimaan bantuan dari kerajaan Malaysia ini.

Di bawah pengurusan UNIT HEM yang dikelolakan oleh En Mohd Asri bin Abd Rashid,,guru-guru dari AJk Kebajikan iaitu Pn Nornazifa,Pn Wan Suryani,Pn Syazwina dan Cikgu Mohd Fadzil telah ditugaskan memurnikan pembahagian yang dilakukan di kaunter yang ditetapkan di SMK Ayer Puteh.Selain itu,seramai 10 orang ibubapa murid dari sekolah ini telah menerima sumbangan secara simbolek bagi mewakili keseluruhan penerima dari YB ADUN Air Puteh di atas pentas.Turut hadir dimajlis ini ialah Tuan Guru Besar SKRKTST En Mohd Saidi bin Embong.

Melalui surat panggilan yang diedarkan kepada murid oleh Cikgu Nornazifa,ibubapa murid diwajibkan membawa surat panggilan tersebut untuk membolehkan wang bantuan diserahkan.Selain dari ibubapa,guru-guru yang mempunyai anak di sekolah ini turut  merasai menerima sumbangan bantuan ini yang berjumlah RM100 untuk seorang anak.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.