Selasa, 10 Mac 2009

MOTIVASI FELDA

Ibubapa yang hadir
Murid sedang mendengar taklimat program

Pengerusi PIBG bersama Pengurus Felda


MOTIVASI ANJURAN FELDA

Seramai 42 orang murid sekolah ini telah bersama menjayakan Motivasi Felda yang dianjurkan oleh Pengurusan FELDA Seberang Tayor.Motivasi Felda ini mendapat kerjasama dari Pengurusan SK.RKT Seberang Tayor dan juga PIBG SK.RKT Seberang Tayor.

Motivasi yang diadakan pada Selasa 17 Mac 2009 ini adalah bertujuan memberikan pendedahan kepada murid dalam memastikan arahtuju dan pencapaian murid tahun 6 yang terlibat dengan peperiksaan UPSR 2009.

Kursus Motivasi Felda ini turut melibatkan ibubapa murid yang mana ianya dijalankan bermula pukul 8.30 pagi dan berakhir jam 4.30 petang.Turut hadir dalam majlis penutup ialah Pengurus Felda En.Aslam bin Jahangir Khan,Pengerusi PIBG En.Yusof bin Mat Ali dan PK 1 Pn Rosemariah bt M.I Kamaruddin.

KELAB KOMPUTER SKRKTST

Cikgu Mat Zaik bersama ahli kelab dalam makmal komputer
Antara ahli kelab yang hadir

PERJUMPAAN PERTAMA KELAB KOMPUTER

Pada 10 Mac 2009,seramai 16 orang ahli Kelab komputer sekolah telah mengadakan perjumpaan yang pertama.Dalam mesyuarat itu,diadakan perlantikan AJK.Turut hadir ialah Guru Penasihat Kelab Komputer iaitu Cikgu Mat Zaik.
AJK kelab ini ialah sebagaimana di bawah:
Pengerusi : Mohd Najmi Amirudin Abd Ghani
N/Pengerusi: Mohd Ashraf b Aslan
S/Usaha : Nurul Aisyah bt Zahari
Bendahari : Sakinah Sabri
AJK 6L : Ahmad Zulhairi Zulkifli
AJK 6P : Nor Hamiza Ramlan
AJK5L : Zulhelmi Afendi
AJK5P : Nur Afikah Yusof
AJK 4L: Mohd shafik Mat Rani
AJK4P: Erni Idayu Ismanto

MESYUARAT PIBG KALI KE 23

Pengerusi PIBG {berbaju kuning} bersama En.Wan Nordin dan Guru Besar.
Pengerusi PIBG menyampaikan cenderahati kepada wakil YB.

Antara AJK yang hadir semasa mesyuarat berlangsung.


MESYUARAT PIBG SELAMAT DIADAKAN
PIBG SK.RKT Seberang Tayor,Kemaman telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agungnya untuk kali ke 23 pada 7 Mac 2009 Sabtu bermula jam 8.30 pagi hingga 12.00 tgh.Seramai 112 orang ibubapa termasuk guru hadir dalam majlis tersebut.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengurus Felda seberang Tayor,En.Aslan b Jahanggir Khan bersama Pengerusi JKKK Seberang Tayor iaitu En.Abd Jalil.Mesyuarat agung kali ini dirasmikan oleh wakil kepada YB ADUN Ayer Puteh iaitu Ybgh En.Wan Nordin Wan Omar,Pen.Setiausaha Penyelaras DUN Ayer Puteh.

Dalam majlis tersebut ibubapa telah dimaklumkan tentang sumbangan sebanyak RM2000 oleh YB ADUN serta membawa pulang melalui cabutan bertuah hamper yang disumbangkan oleh YB Ahli Parlimen Kemaman dan Ladang Rakyat KetengahPerwira.Ibubapa juga bersetuju menetapkan yuran sebanyak RM60.00 seorang murid.

Majlis tersebut memutuskan semua AJK kekal memegang jawatan sebagai AJK bagi sesi 2009/2010 yang mana pengerusinya ialah En.Yusof bin Mat Ali.

Sabtu, 7 Mac 2009

KURSUS EDUWEBTV UNTUK GURU

Pn.Azlin, En.Mat Zaik ,Pn.Noorazita,Pn.Sabariah dan Pn.Zatipah
Guru sibuk mendaftar sebagai ahli WEBTV

Cikgu Mat Zaik memberi penerangan tentang penggunaan EDUWEBTV


KURSUS EDUWEBTV PERINGKAT SEKOLAH
3 Mac 2009,Selasa bermula jam 2.00 petang hingga 5.00 petang,seramai 23 orang guru SK.RKT Seberang Tayor telah mengikut Kursus EDUWEBTV yang diadakan di Makmal Komputer.Kursus yang diadakan ini adalah merupakan lanjutan dari kursus selama dua hari yang disampaikan kepada Guru Perpustakaan/Media SK.RKT Seberang Tayor di SMK Kerteh pada 17 dan 18 Feb 2009.

Kursus EDUWEBTV peringkat sekolah disampaikan oleh Cikgu Mat Zaik bin Mohd Yusof.Antara penekanan yang diberikan semasa kursus ini ialah cara mengakses penggunaan EDUWEBTV dan bagaimana menggunaannya dalam P& P.













Ahad, 1 Mac 2009

SKRKTST JUARA

Juara bergambar bersama selepas sesi memberi medal bersama PK Ko.

SKRKTST JUARA BOLASEPAK PKG CHENEH 2009

Pasukan bolasepak SK RKT Seberang Tayor telah mengharumkan nama sekolah ini apabila dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan bolasepak Liga PKG Cheneh Baru yang diadakan selama 3 hari bermula 24 hingga 25 FEBRUARI 2009 di Padang SK.RKT Seberang Tayor.

Pasukan bolasepak sekolah ini yang telah menjadi naib johan kumpulan telah bertandang ke padang utama iaitu di SK Felda Cherul pada 26 Februari 2009 dan telah bertemu dengan SK.Felda Cherul.

Dalam perlawanan akhir,SK.RKT Seberang Tayor yang terikat 1-1 dengan SK.Cheneh Baru telah memenangi perlawanan apabila ianya ditentukan oleh tendangan penalti.Tahniah kepada semua yang terlibat terutama Cikgu Mohd Shahriza,Cikgu Mohd Fadzil,Cikgu Syed Amran dan Cikgu Mat Zaik yang memastikan latihan yang mencukupi diberikan kepada pasukan ini
.

Sambutan Hari Jadi Murid.