Ahad, 13 Januari 2013

PERHIMPUNAN PAGI AHAD RKT DIMANFAAT SEPENUHNYA

 Ustaz Zulkifli menerima sijil penghargaan dari tuan GB
 Cikgu Mohd Zaki Ramli
 Ustazah Wan Suryani bt Wan Said
 Cikgu Mohd Asri bin Abd Rashid

Pada 13 Jan 2013,Ahad,semasa perhimpunan pagi dijalankan,turut diselitkan program penyampaian sijil pemghargaan kepada 4 orang guru yang menjadi fasilitator dalam menjayakan kursus Kepimpinan Pengawas 2013.Tuan guru Besar,En Mohd Saidi bin Embong telah menyampaikan sijil penghargaan rasmi sekolah kepada Ustaz Zulkifli Ibrahim,Cikgu Mohd Zaki bin Ramli,Ustazah Pn Wan Suryani bin Wan Said dan PK HEM Cikgu Mohd Asri bin Abd Rashid.

 GB meneliti bahan taklimat / tazkirah
 PK ko bersama PK HEM hadir sama
 Guru mendengar dengan penuh teliti.

Selain itu,selepas sahaja berakhir perhimpunan,Tuan Guru Besar juga telah memanfaatkan masa yang ada untuk melakukan taklimat dan tazkirah bagi menambahbaikkan kerjabuat guru dan juga pentadbir bagi memastikan sekolah ini berada dalam suasana bersedia.Guru yang hadir berhimpun di dataran perhimpunan dan taklimat diberikan oleh guru besar ataupun pentadbir sekolah yang lain.Ini merupakan satu kaedah penyampaian maklumat yang cepat untuk mmemaklumkan kepada guru.

 Pengawas berdiri di hadapan 
 Bacaan doa oleh pengawas bertugas
 Guru bertugas menyampaikan makluman
 Murid beratur di perhimpunan
 PK Ko menyampaikan makluman
Guru lelaki kemas berkot

Manakala seperti biasa,perhimpunan pagi dijalankan bagi kali kedua minggu ini 13 Jan 2013 selepas satu kursus kepimpinan pengawas dijalankan minggu lalu.Penyusunan semula tatacara dan kedudukan pengawas serta pemnambahbaikkan dalam menjalankan tugas oleh pengawas dapat diterapkan melalui perhimpunan pagi yang dijalankan.Perhimpunan pagi ini berjalan dengan penuh teratur sebagaimana yang dihasratkan oleh pihak sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.