Khamis, 29 September 2011

KAKITANGAN SEKTOR AWAN NAIK GAJI......

Gambar hiasan sahaja:



Kakitangan sektor awam dijangka sekali lagi menikmati kenaikan gaji tahun ini, dan kemungkinan perkara itu antara berita baik yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 di Dewan Rakyat, 7 Oktober ini.Antara tuntutan CUEPACS sebelum ini ialah pemberian bonus dua bulan, umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun dan penghapusan Gred 1 hingga 16 dalam skim perkhidmatan bagi membolehkan kakitangan awam peringkat rendah menikmati gaji lebih tinggi.




Bagaimanapun, sumber menyatakan masih tidak diketahui berapa peratus kenaikan gaji yang bakal diperoleh oleh kakitangan kerajaan kerana pada 2007 mereka menikmati kenaikan gaji antara 7.5 hingga 35 peratus.Turut tidak dipastikan lagi sama ada Najib yang juga Menteri Kewangan akan memberi dua bulan bonus atau sebulan bonus saja dan ura-ura mengenai perkhabaran ini sudah tersebar dengan meluas di kalangan kakitangan awam.Ketika pembentangan Bajet 2011 tahun lalu, bantuan khas kewangan RM500 diberikan kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan bagi meringan beban mereka dalam menampung perbelanjaan persiapan sekolah anak-anak.Baru-baru ini, CUEPACS yang mewakili lebih sejuta kakitangan awam di negara ini, mengemukakan beberapa cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam usaha memperbaiki kebajikan anggota kerajaan di samping meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.






Menurut sumber itu lagi, antara perubahan yang dijangka berlaku terhadap Sistem Saraan Malaysia (SSM) ialah kemungkinan membabitkan beberapa perkara seperti struktur gaji; elaun; peningkatan peluang kerjaya dan syarat perkhidmatan.Kali terakhir semakan struktur gaji dan beberapa perkara lain secara menyeluruh membabitkan sistem sektor awam ialah pada 1992, cuma sebelum ini kerajaan beberapa kali mengumumkan pelarasan gaji.Kita difahamkan Perdana Menteri akan mengumumkan berita baik kepada kakitangan kerajaan pada 7 Oktober ini... sudah tiba masanya untuk kerajaan melakukan satu perubahan drastik secara menyeluruh pada sektor perkhidmatan awam, katanya semalam.Sebelum ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjelaskan pelarasan gaji kakitangan awam dilakukan sebanyak enam kali dalam tempoh 15 tahun sejak 1992 hingga 2007, diberikan setiap tiga hingga lima tahun iaitu pada 1992, 1995, 2000, 2002 (dua kali) dan 2007.
Sumber : Berita Harian Online

Selasa, 27 September 2011

LAGI GAMBAR MERDEKA SAJA.....

Pk 1 Tn Hj Zor menyampaikan ucapan
Murid berhimpun mengaminkan doa


Ustaz Harun membaca doa



Antaara yang hadir



Sambutan kemerdekaan negara dan hari malaysia telah diadakan di sekolah ini.Majlis yang diadakan pada 26 Sept 2011 bermula jam 745 pagi hingga 1030 telah meriah dan menceriakan.Semoga kemerdekaan negara terjaga oleh kita semua....

GUANE FC LAWAN SK JABOR FC

Pasukan Guane FC
Guane Fc bersama SK Jabor FC



Pada Isnin,26 Sept 2011,Guane FC sekali lagi bertandang ke padang bolasepak Bandar baru Cheneh untuk mengadakan perlawanan bolasepak persahabatan dengan rakan-rakan dari SK Jabor yang bergabung dengan SK Cheneh dan SK Sg Pergam.



Perlawanan yang bermula jam 545 petang diadakan bagi mengeratkan lagi persahabatan antara guru dan kakitangan SK RKT Seberang Tayor dengan rakan-rakan guru dari Zon Cheneh.Walaupun hari yang tidak menentu,perlawanan sempat bertahan selama 45 minit sebelum perlawanan terpaksa diberhentikan oleh pengadil kerana hujan terlalu lebat.Perlawanan berakhir jam 645 petang dengan keputusan Guane FC menjaringkan 2 gol dan SK Jabor FC tiada jaringan.




Antara pemain yang turun mewakili Guane FC ialah 2 orang pemain import dari Pasir Gajah,2 orang pemain import dari J-Qaf dan 2 orang pemain import dari Hospital Kemaman,manakala pemain biasa Guane Fc yang turun ialah Zaki sebagai keper,Hadi dan Lopfi sebagai bek kiri dan kanan,Abglong Dil sebagai penyerang,Fakro sebagai bek tengah,Ustaz Zem sebagai penyerang,Zaik sebagai wing kiri,Ustaz Zul sebagai bek juga.Dalam perlawanan hari ini,Fakro tercedera di kaki dan sudah dinasihati untuk berurut dengan tukang urut di Meraga Beris iaitu Pok Loh Air Sejuk.

MAJLIS SAMBUTAN MERDEKARAYA 2011 SKRKTST

Murid perempuan bersedia dengan hidangan
Cikgu Ana dan Ustaz Shah ..tukang bagi mee goreng


Ustazah Nab dan Ustaz fakro agihkan satey


Antara juadah hidangan untuk guru dan tetamu


Guru lelaki menanti bila dibenarkan makan niii


Cikgu Mas,Cikgu Azlin dan Cikgu Sal sibuk juga tuuu


Kuih dan satey dah ada...tunggu apa lagiiii


Guru wanita menikmati hidangan


En Haznan Othman,wakil PPD yang hadir


PK Ko Pn Dorothy pilih mee kari


Pada 26 Sept 2011,Isnin,sekolah ini telah mengadakan sambutan Merdekaraya.....iaitu sambutan 2 dalam 1...merdekapun sambut raya pun sambut.Majlis bermula jam 745 pagi apabila murid yang berpakaian baju melayu bersama guru berhimpumpun di dataran himpunan.Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Harun Salleh....lepasan Madinah yang kemudian disusuli dengan laungan Merdeka sebanyak 3 kali serta nyanian lagu Negaraku,lagu negeri,jalur gemilang,keranamu Malaysia dan tanggal 31 Ogos.Kemudian,Tn Hj Mohd Zor bin Ali selaku PK1 menyampaiakan ucapan semangat berkaitan dengan Kemerdekaan.Majhlis tidak dihadiri olehTn Guru Besar kerana berkursus di Melaka.



Selesai sahaja majlis diperhimpunan,diikuti pula pertandingan melukis bagi tahap 2 dan mewarna bagi tahap 1.Pertandingan menghias basikal sepatutnya diadakan namun kerana kesuntukan waktu,hanya basikal yang telah dihiasi sahaja diambil kira.



Selesai majlis tersebut jam 1030 pagi,murid kemudiannya dibenarkan rehat dan memasuki dewan jamuan raya jam 1100 pagi.Perbagai juadah disediakan oleh guru seperti satay,mee goreng,kueh-mueh,tapey,nasi dagang,ketupat,rendang daging dan ayam,serta berbagai-bagai lagi.



Turut hadir menceriakan suasana sambutan hari raya ialah bapa angkat sekolah ini dari PPD iaitu En.Haznan bin Othman.Majlis berakhir jam 1245 tengahari.

Selasa, 20 September 2011

GUANE FC LAWAN HOSPITAL FC


Guane FC bersama Hospital FC Bergelok di gelanggang


Hospitak FC dan Guane FC



Semasa bermain



Pada 19 Sept 2011,pasukan Guane FC telah mengadakan perlawan persahabatan FUTSAL dengan pasukan Hospital FC yang diketuai oleh Deli.Pasukan Guane Fc telah menurunkan kesemua pemain untuk beraksi pada malam ini.


Pada masa separuh pertama pasukan Guane FC telah bermain dengan rentak yang menarik namun mungkin keletihan yang menyebabkan pasukan Guane Fc telah tewas kepada Hospital FC dengan 16 berbalas 11.


Guane FC masih klagi menuruinkan pemain yang gental belaka iaitu Pi,Ki,Syed ,Zem, Fakro,Zul,Zaik,Dil dan seorang pemain iaitu Hadi dipinjamkan kepada Hospital FC kerana tidak cukup pemain.Perlawanan bermula jam 930 berakhir jam 10.30 malam.

pi

LATIHAN PEMAIN BADMINTON SEKOLAH

Pemain perempuan sedsang beraksi
Latihan sedang dijalankan


Lawan jangan tak lawan


Para pemain bergambar



Pada 19 Sept 2011,Isnin,Cikgu Harun telah menghadakan latihan untuk para pemain badminton sekolah di gelanggang badminton sekolah.Pemain-pemain yang dipilih adalah terdiri dari murid tahun 4 , 5 dan 6 murid lerlaki dan perempuan.


Latihan ini bertujuan untuk mencungkil bakat pemain badminton sekolah pada tahun 2012.Syabah Cikgu Harun kerana ianya merupakan satu usaha yang patut dilakukan. bagi memastikan pasukan badminton sekolah bersedia untuk pertandingan pada tahun 2012 nanti.

Selasa, 13 September 2011

HARI IINI...UPSR 2011 BERMULA

Murid SKRKT Seberang Tayor bersedia untuk UPSR
Penuh yakin mendengar arahan Ketua Pengawa
Inilah murid tahun 6.......

Pada Selasa 13 Sept 2011,seramai 37 orang murid tahun 6 sekolah ini telah menduduki peperiksaan UPSR yang bermula jam 800 pagi.Subjek pertama hari ini ialah BM Pemahaman diikuti BM Penulisan dan Matematik kertas 2.Peperiksaan berakhir jam 1.00 tengahari.

Seramai 4 orang guru bertugas mengawasi UPSR yang diketuai oleh En.Rozaidi dari SK Kg Baru Neram.Kepada murid tahun 6 sekolah ini,kami doakan agar anda semua mampu mencapai kejayaan yang cemerlang.

MAJLIS RESTU ILMU

Murid tahun enam yang hadir
Tn Guru Besar menyampaikan ucapan
Tuan Guru Besar menghulurkan sumbangan kepada murid berjaya
Restui ilmu dari kalangan guru wanita
Restui Ilmu dari kalangan guru lelaki

Pada 12 Sept 2011,Selasa ,Unit UPSR di bawah PK1 sekolah ini telah mengadakan Majlis Restu Ilmu yang melibatkan murid tahun 6 yang akan menghadapi UPSR pada hari Selasa ini.Majlis yang merupakan kemuncak kepada penyampaian ilmu para guru kepada murid ini diadakan setiap kali menjelang UPSR.Sudah menjadi tradisi majlis begini dilakukan di sekolah ini.

Majlis yang turut dihadiri oleh Pn Rohani,iaitu Pegawai Bahagian Pendidikan dari Pejabat Felda Seberang Tayor ini dimulai dengan perhimpunan 37 orang murid dan guru-guru di dewan Tahun 6.Turut serta ialah Tuan Guru Besar,Para Guru Penolong Kanan,guru-guru tahun 6,guru-guru serta semua murid tahun 6.

Dalam majlis ini,ucapan dari YAB Menteri Besar Terengganu dibaca oleh Tuan Guru besar manakala Ucapan EXCO Pendidikan dibaca oleh PK1.Selain dari ucapan,majlis juga diserikan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zamli Hj Ya dan diikuti dengan majlis bersalam diantara para guru dan murid.Majlis yang bermula jam 1215 berakhir jam 115 tengahari.

Selasa, 6 September 2011

KELAB FUTSAL RKT: GUANE FC DAH START MAIN

Pemain GUANE FC berbaju merah
Bergambar bersama dengan Kelab Guru SK.Pusat,Kemaman
Memulakan sepakmula
Bersedia .....Zem,Zaki dan Fakru
Suasana perlawanan

Pada 5 Sept 2011,Isnin malam Selasa,Kelab Futsal SKRKTST : Guane FC telah memulakan permainannya untuk musim yang baru ini setelah sebulan berehat sempena Ramadhan.Kelab Guane FC pada malam ini telah mengadakan perlawanan bersama sahabat dikalangan guru dari Kelab Guru SK Pusat.

Perlawanan sulung kelab Guane FC yang bermula jam 930 malam ini dibarisi oleh pemain seperti Syed,Dil,Zem,Zul,Zaik,Zaki,Lotpi,Hadi dan Fakru manakala kalangan sahabat guru dari SK Pusat ialah Mat Yee,Mat Sharfiza,Kairi,Saipo,Husaini dan dua lagi pemain.

Walaupun sudah sebulan semua pemain Guane Fc tidak menyentuh bola,namun rentak permainan masih lagi dikira okay.Dil masih lagi kuat rembatannya walaupun banyak yang tak kena sasaran gol,Zem masih lagi lincah gelek bola walaupun bola doh bulat,Fakru masih lagi boleh stop bola walaupun boloa dok berapa nok berenti ,Lotpi masih lagi boleh passing bola walaupun jauh sikit,Zul masih lagi boleh tendang dengan tepat walaupun pakai kasut baru,Zaki masih lagi boleh jereba bola dua tiga kali,Hadi masih lagi boleh keluar masuk padang dua tiga kali jugok,Syed masih lagi boleh mintak bola walaupun pasing dok tepat sokmo,Zaik masih lagi boleh kejo bola walaupun dok berapa laju...semuanya masih BOLEH.

Pemainan yang selamba dan menyeronokkan ini berkesudahan Guane FC mengatasi Kelab Guru SK Pusat dengah jaringan 14 berbalas 13.Perlawanan berakhir jam 1030 malam.Ini juga salah satu cara nok eratkan perhubungan antara guru....kira okay juga ada kelab macam ni.

Isnin, 5 September 2011

UJIAN TAMBAH NILAI UPSR 2011

Tenang......memikirkan jawapan
Sedang menjawab soalan
Murid menjawab soalan
Kertas soalan Ujian Tambah Nilai

Pada 5 Sept 2011,seramai 37 orang murid tahun 6 yang akan menghadapi UPSR pada minggu hadapan mula menduduki ujian terakhir iaitu Ujian Tambah Nilai.Ujian yang dijalankan serentak di semua ekolah di Terengganu ini adalah untuk memastikan murid bersedia untuk terakhir kalinya sebelum menghadapi UPSR sebenarnya pada 13 hingga 15 September nanti.

Ujian yang berlangsung selama tiga hari ini iaitu bermula Isnin,selasa dan rabu melibatkan subjek wajib UPSR sahaja iaitu BM PM,BM PN,MT,SN dan BI.Semoga murid sekolah ini dapat mengekalkan kecemerlangan tahun lalu.

KERETA BARU KANCIL ABANGLONG DIL

Kereta Kancil Abanglong Dil
Abanglong Dil di sisi kereta baru...gambar curi niiii
Nampak tak platenya....lawa juga

Pada 4 Sept 2011,Ahad,Cikgu Fadzil atau nama glamour Abanglong Dil telah hadir bersama dengan Kereta Kancil yang baru dibeli melalui Mudah.Com.Kereta Kancil 850 ini menjadi keluarga baru dalam deretan kereta yang hadir ke sekolah ini.Kalau nak letak bawah garaj..Abanglong Dil kena datang awallah sikit...kalau tak...kereta ni kena berpanaslah...

Dengan harga yang amat sesuai,kereta Kancil ini nampak amat sesuai dengan Abanglong Dil untuk berulang alik ke sekolah ini.......Plate TAC 1651.

Jumaat, 2 September 2011

MAJLIS SUMBANG DUIT RAYA KEPADA 202 ORANG MURID

uSTAZ zUL,aBGLONG dIL,cIKGU kI,pk1 DAN gb
Cikgu Anna,Sal,Aya.......bersalam dengan murid
PK HEM {Kanan},Zita dan Marfa
Dr Kanan - Ustaz Fakro,Dil,Zul,Lotfi dan Zem
GB dan PK1- berkopiah

Pada 25 Ogos 2011,Hari Khamis,hari terakhir sebelum menjelang hari raya,sebagaimana tradisi,semua murid akan berhimpun untuk bersalam-salaman dengan guru.Di majlis ini juga,murid akan disumbangkan duit raya.Duit raya hasl kutipan dari guru dan pekerja serta sumbangan peribadi dikumpulkan untuk di agihkan kepada murid.

Tahun ini,seramai 202 orang murid disediakan sampul duit raya yang bernilai RM2.00 seorang telah disediakan oleh Pengerusi MGK iaitu Cikgu Mohamad Zaki.Murid yang beratur panjang akan bersalam-salaman dengan guru dan akan menerima duit raya yang diagihkan oleh Tuan Guru Besar dan PK1. Semoga amalan ini akan terus berkekalan di SK RKT Seberang Tayor ini.

Pertukaran Warga SEFSTAR 2018.

Pertukaran Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Norazizan Binti Abdul Rahman ke SK Chukai berkuatkuasa pada 2 Disember 2018.Portfolio ...