Isnin, 29 Julai 2013

GURU BESAR DAN PENYELARAS ICT RKT HADIRI KURSUS KESEDARAN VLE ANJURAN JPNT

 Peserta kursus mengambil tempat
 Wakil dari RKT...Guru Besar dan Guru ICT {hadapan}
Pembinaan Kalender sekolah melalui VLE

Pada 29 Julai 2013,Isinin jam 900 pagi hingga jam 100 tengahari,Guru Besar En Nor Azmi bin Muda bersama guru ICT RKT Cikgu Mat Zaik bin Mohd Yusof telah hadir di Bilik Mesyuarat SMK Sultan Ismail bagi mengikuti Kursus Kesedaran VLE anjuran Unit ICT JPNT.

Kursus yang dihadiri oleh semua Guru Besar atau wakil bersama seorang guru Penyelaras ICT telah dipengerusikan oleh Ketua Unit ICT JPNT iaitu En Ramli bin Mat Rani.Selain itu turut hadir ialah Pengawai dari PKG Cheneh iaitu En Ahmad Rafhan bersamam Pegawai dari PKG Kemasik iaitu En Roslan beserta Pegawai ICT di PPD Kemaman En Abd Ghani bin Samad.

Dalam kursus ini,3 maklumat telah disampaikan iaitu berkaitan dengan cara penyimpanan dan muatturun  surat-surat melalui email,penyelarasan pengajaran  TMK dan PBT bagi tahun 4 di Terengganu serta penggunaan VLE di sekolah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.