Selasa, 6 Ogos 2013

MAJLIS KHATAM QURAN DAN SUMBANGAN HARI RAYA DI RKT BERJAYA DILAKSANAKAN

 Ustaz Harun mengetuai peserta berkhatam quran
 Peserta lelaki
 GB bersama dif jemputan
Peserta khatam lelaki
Peserta khatam perempuan
Cikgu Wina dan Cikgu Marfa....
Murid perempuan yang tidak berkhatam
Murid lelaki yang tidak berkhatam
Suasana dalam dewan
Kaum ibu yang hadir
GB sedang berucap
Pn Noraini menyampaikan ucapan perasmian
Cikgu Zaik dan Ustaz Zulkifli.....
Murid perempuan sedang membaca surah muqaddam
Murid lelaki...membaca muqaddham
Menanti......penuh kesabaran
Bacaan doa....
Pn Noraini menyampaikan cenderahati 
Peserta khatam quran terima cenderahati
Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada Pn Noraini
Pengetua SAR menyampaikan sumbangan kepada penerima
PK HEM turut menyampaikan sumbangan
Pn Rohani Jusoh mewakili FELDA menyampaikan sumbangan
Tg Mustafa,wakil PIBG turut menyampaikan sumbangan
YDP PIBG menyampaikan bunga telur kepada ibubapa peserta khatam
Pengetua SAR terima cenderahati dari GB
YDP PIBg terima sumbangan dari GB
Ucapan perpisahan dan nasihat dari GB
Murid terima sumbangan duit raya dari GB
Bersalaman
Gambar kenangan guru bersama YDP

Pada 5 Ogos 2013,Isnin,Panitia Agama Islam telah mengadakan Majlis Penutup Ihya Ramadhan dengan mengadakan Program Khatam Al Quran dan Penyampaian Sumbangan sempena Aidil Fitri 2013.Majlis yang mula berlangsung jam 800 diadakan pagi ini telah dirasmikan oleh Pn Noraini bt Mohamad,Penyelia Pendidikan Islam PPD Kemaman.Turut serta hadir dalam majlis ini ialah YDP PIBG En Yusof bin Mat Ali,Pengetua SAR Felda Seberang tayor,Tn Hj Ramli dan AJK PIBG iaitu Tg Mustafa Tg Jaafar dan En Hussin bin Mohamad serta Pn Rohani bt Jusoh,Pembantu Pembangunan Masyarakat FELDA Seberang Tayor.Hadir sama ialah Tuan Guru Besar En Nor Azmi bin Muda dan PK HEM Pn Dorothy Looi Suit Fong.

Majlis yang telah diadakan di Dewan RKT dimulakan dengan ucapan aluan,bacaan doa ,ucapan Guru Besar serta ucapan perasmian oleh Pn Noraini Mohamad.Kemudian,seramai 70 orang murid yang dipimpin oleh Ustaz Harun bin Saleh telah memulakan majlis berkhatam Quran.

Selesai berkhatam quran,majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada peserta khatam,penyampaian hadiah pertandingan melukis dan mewarna,penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim,penyampaian sumbangan kepada pejar yang terlibat dengan banjir dan penyampaian sumbangan duit raya khas untuk kelas tahun 3 Bestari dan 2 Bestari sumbangan dari ibubapa murid.Majlis selesai jam 1030 pagi dan murid berehat.

Majlis kemudian disambung pula dengan program bersalaman dan bermaafan antara murid dan dalam majlis ini tuan Guru Besar mewakili warga RKT telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM2 seorang kepada hampir 200 murid RKT.Majlis kemudiannya diikuti dengan guru bermaafan dan menerima pulut semangat serta bunga telur.Program berakhir jam 12.00 tengahari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.