Rabu, 3 Julai 2013

MESYUARAT AJK PIBG KALI PERTAMA SESI 2013/2014 BERJALAN LANCAR

 Ajk dikalangan kaum bapa
 Agenda mesyuarat kali pertama
 Tuan Guru Besar bersama YDP PIBG {Kanan}
 AJK yang hadir
 Barisan pentadbir
 AJK mendengar agenda yang dibincangkan
 Ustaz Zulkifli {tengah} menyampaikan taklimat perancangan program
SU PIBG {hadapan} bersama AJk lain

Pada Rabu 3 Julai 2013,PIBG RKT telah mengadakan mesyuarat AJK PIBG buat kali pertama bagi perlantikan sesi 2013/2014.Mesyuarat yang diadakan di bilik mesyuarat Perpustakaan RKT dihadiri oleh YDP PIBG En Yusof bin Mat Ali.Antara lain yang hadir ialah Guru Besar En Nor Azmi bin Muda,PK1 Pn Asmarani,PK Hem Pn Dorothy,PK Ko En Ruzaidi,SU En Mat Zaik,AJK Guru En Mohd Zaki,Ustaz Zulkifli,Pn Maslizawati,AJK Ibu Pn Rokiah Dollah,AJK bapa En Zulkifli,En Hussin,En Baharom dan En Yusof.

Dalam mesyuarat kali ini pelbagai aktiviti dan cadangan kegiatan telah dimaklumkan oleh pihak pentadbiran sekolah untuk makluman AJk Ibubapa PIBG.Selain itu turut dibincangkan agenda keceriaan kawasan sekolah,soal pengagihan sumbangan PIBG untuk kegiatan sekolah,serta agenda SARANA Ibubapa dan SARANA sekolah.

Perbincangan telah dijalankan dengan baik dan beberapa keputusan telah dapat dibuat oleh AJK bagi memastikan penambahbaikan untuk kecemerlangan sekolah.Majlis mesyuarat berlangsung hampir dua jam  dan diakhiri dengan jamuan untuk AJK yang hadir di kantin sekolah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Jadi Murid.